Lirik Lagu Caramu Zahid Feat Nikki

Zahid Feat Nikki

Lirik Caramu :

Caramu dan caranya berbeza…

Zahid:
Di sini bermula pertemuan pandang pertama
Hanya dingin bersuara tapi tidak terkata
Siang tercari-cari malam termimpi-mimpi
Gadis yang di impi mungkinkah jadi realiti
Personalti, hati budi ingin ku kenali
Dan tak dengar fantasi, pria fantasia
Kini kembali, hey Nikki penglipur lara
Alunan suara mula bercerita

Langkahmu yang menggoda
Gayamu mempesona
Jelaslah kau jatuh cinta kepadanya
Malang kau hanya dianggap fantasi atau jelmaan
Di dalam angan-angan yang dia ciptakan

(Bridge)
Dalam khayalan kau rupawan
Selama-lama kau didamba
Namun hakikat kau sering saja dipergunakan

(Korus)
Caramu dan caranya berbeza
Ini semua permainannya
Baik lupakan saja kerana kau
Jika bersama dia hidupmu kan sengsara
Berkali-kali telah ku ingatkan

Langkahmu makin dekat padanya
Ingin menjerat akal mu pasti lena dibuai katanya
Telah ku kenal si dia
Yang hanya pandai berpura
Memikat dan menawan mangsa ‘tuk diperdaya

Dia janjikan kemewahan
Dan perkahwinan keindahan
Namun hakikat kau sering saja dipergunakan

(Ulang korus)

Tak sanggup ku lihat kau derita
Menurut segala mahunya
Kau keliru dan kau tersiksa
Cintamu hanya dipersia

Zahid:
Hey Nikki! What?
Wo..tiada ku sangka begini jadinya
Lembut lidah manis kata semuanya dusta
Diperdaya janji semua kosong belaka
Masa dan tenaga disiakan begitu saja
Rupa parasmu buatku tertawan
Lenggang lenggok pinggulmu
Yang jadi bahan tatapan
Yang ku inginkan kejujuran
Tapi pembohongan yang kau berikan
Seperti peribahasa
Tiada beban batu digalas
Tanpa cintanya diriku kini bebas
Ku berserah semuanya pada Mu Tuhan
Setiap yang berlaku pasti dalam ingatan
Kini ku tahu manusia semua berbeza
Inginkan kemewahan bukan persahabatan
Benar kata mu ku hargai nasihatmu kawan
Cara kita berbeza


Lirik Lagu Caramu Zahid Feat Nikki

Lirik Lagu Zahid Feat Nikki Caramu

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib