|
|
Penyanyi seksi, Shakira pernah berpakaian sebagai lelaki supaya dapat memasuki universiti. Dia yang berusia 32 tahun berehat seketika daripada industri muzik selepas memasarkan album Oral Fixation Vol. 2 (2006) untuk mengambil kursus sejarah.
Ini kerana Shakira ingin menjauhkan diri daripada tumpuan orang ramai. Semasa menjadi pelajar di University of California, Los Angeles (UCLA) penyanyi kelahiran Colombia itu berpakaian selekeh dan mengubah namanya bagi mengelakkan orang mengetahui identiti sebenarnya.
"Saya perlukan masa rehat untuk diri sendiri. Dunia ini terlalu luas dan saya tidak mahu menjadi titik tumpuan. Jadi saya membuat keputusan untuk pergi ke universiti dan mengambil kursus sejarah.
"Saya perlukan perubahan dan merasai kehidupan sebagai pelajar. Semasa di universiti, saya selalu memakai topi dan mengalas beg. Saya kelihatan seperti lelaki supaya tidak ada orang yang dapat mengenali saya.
"Memang ada orang yang meragui identiti saya dan ada juga yang bertanya tetapi saya memberitahu mereka bahawa nama saya ialah Isabelle. Jika diberi peluang, saya akan memasuki universiti lagi," kata Shakira kepada akhbar The Guardian.
Album Shakira yang terjual sebanyak 50 juta unit di seluruh dunia turut mendedahkan bahawa dia tidak faham mengapa dirinya masih meminati muzik selepas begitu lama terbabit dalam dunia muzik.
"Saya sepatutnya sudah tidak mengendahkan muzik kerana sudah 20 tahun saya menyanyi. Namun, peliknya saya amat mengambil berat terhadap karier saya. Rasanya saya tidak normal," katanya yang kini popular dengan lagu She Wolf.
Sumber: Kosmo Online
No comments:
Post a Comment
Komen di sini