PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Tonton Sumpah Bunian Episod 1 - Sinopsis Episod 1

Sinopsis Drama Siri Lagenda Sumpah Bunian Episod 1 :

Siti Hawa, budak perempuan Bunian yang kesunyian dan suka merayau masuk ke dunia manusia telah ternampak seorang budak lelaki yang baik. Dia mula menyukai budak lelaki itu yang bernama Adam apabila melihat kebaikannya membantu anak perempuan kenalan keluarganya , Zira dan keluhuran hatinya kepada binatang2.

Sejak itu Siti Hawa sering menghendap ketika Adam bermain dengan sepupunya, Fikri dan Zira, walaupun keluarganya melarang keras Siti Hawa pergi ke situ. Adam kemudian dengan berat hati terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke bandar untuk memperbaiki taraf hidupnya. Siti Hawa menjadi sangat sedih.

18 tahun kemudian Adam kembali ke kampung untuk berkhemah di hutan bersama Fikri. Dia ingin menikmati keindahan alam semulajadi manakala Fikri pula berniat untuk memburu binatang menyebabkan mereka sering berbalah kerana kecintaan adam terhadap Flora dan Fauna membuatkan dia tidak bersetuju dengan Fikri.

Siti Hawa yang kebetulan berada di situ telah terlihat akan perbalahan itu menyebabkan dia mula teringat akan Adam yang disukainya 18 tahun lalu. Dia yakin itulah Adam apabila melihatkan ketaatannya kepada agama. SEjak itu dia mula merindui Adam dan sering menemui Adam walaupun keluarganya bimbang akan dirinya.

Namun Siti Hawa, gadis Bunian yang degil dan mengikut kata Hati. Tanpa kebenaran keluarganya dia masih lagi mengintai-ngintai Adam kerana telah jatuh cinta dengan kebaikan hati pemuda itu.


Barisan pelakon : Nora Danish (Hawa), Rizal Jaafar (Adam), Qazem Nor (Fikri), Elly Mazlein (Azeera), Mahmud Ali Bashah (Hashim), Fetty Zul (Normah), Dian P. Ramlee (Kasmah), Bienda (Jasmin), Mubarak Majid (Malik) dan Aznah Hamid (Mariam).

Jumlah Episod : 19

Saluran : TV3 , TV9

Tonton Drama Siri Lagenda Sumpah Bunian Episod 1 :











No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib