Mari SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

Anda Boleh Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!






*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

BoBoiBoy Kartun terbaru TV3 lebih hebat dari Ipin dan Upin?

Berapa bintang? 

BoBoiBoy saingan Upin & Ipin?


ANTARA babak-babak menarik yang bakal menghiasi animasi BoBoiBoy yang bakal menemui penonton di TV3 pada Mac 2011.


WATAK-watak dalam siri animasi memainkan peranan yang cukup penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah karya. Apa sahaja bentuk animasi yang dihasilkan dari dalam mahupun luar negara, ia cukup dekat dengan jiwa kanak-kanak.
Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang memperjuangkan daya kreatif menghasilkan animasi BoBoiBoy iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin sesungguhnya dinantikan oleh peminat animasi tempatan.
Biarpun ini merupakan buah tangan pertama daripada Animonsta Studios, kebolehan mereka menterjemah daya kreativiti sebelum ini diakui ramai dengan terhasilnya Upin & Ipin sehingga mencipta fenomena tersendiri tidak lama dahulu.
Rantaian 26 episod itu bakal menemui penonton di layar kaca TV3 dengan durasi 11 minit setiap episod bermula Mac tahun depan.
Menariknya, selain ditayangkan di TV3, BoBoiBoy bakal melangkah jauh menjentik emosi rakyat di 16 buah negara.
Ini kerana kini Animonsta Studios dalam proses akhir menandatangani persetujuan bersama sebuah TV stesen berbayar Asia Pasifik dan antarabangsa yang bakal bersiaran sekitar Jun 2011.
Animasi yang dihasilkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris itu membawa dua pelantun suara, Nurfathiah Diaz, 11, dan Wong Wai Kay, 10, sebagai watak utama BoBoiBoy.
Seperti yang diketahui ramai, suara comel adik NurFathiah atau Fatiah sebelum ini memikat hati rakyat Malaysia apabila menjadi penyumbang suara untuk animasi Upin & Ipin.
“Saya seronok dapat peluang jadi penyumbang suara dalam BoBoiBoy pula.
“Berbanding Upin & Upin, rasanya BoBoiBoy lebih mencabar sebab perlu lakonkan suara untuk tiga karakter yang berbeza.
“Saya terima peluang ini kerana keseronokan yang pernah saya lalui semasa dengan Upin & Ipin,” kata Fathiah berkongsi pengalaman.
BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza.
BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.
Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.
Bagi penyumbang suara versi Inggeris pula iaitu Wai Kay, ini suatu pengalaman yang berbeza buatnya sementelah sebelum ini dia lebih condong beraksi untuk komersial.
Memulakan sesi rakaman suara sekitar Ogos lalu, akui Wai Kay, ia memberi cabaran yang berbeza kepadanya.
“Mula-mula rakaman sahaja sudah ambil masa separuh hari dan saya perlu berdiri sehingga tiga jam. Memang penat tetapi saya rasa seronok,” katanya.
Dalam memberi mood, jelas Wai Kay, dia mengikuti latihan agar lakonannya lebih berkesan bersesuaian dengan situasi dan intonasi suara.
Versi bahasa Inggeris BoBoiBoy telah dirakamkan sekitar Ogos lalu manakala versi Melayu pula bakal dirakamkan dalam waktu yang terdekat.
Selain BoBoiBoy, satu lagi watak yang dijangka bakal menarik perhatian ramai ialah Yaya yang dilakonkan oleh Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Alisya) untuk versi Melayu dan Fairuz Arfa Ariff Syah (Fairuz) untuk versi Inggeris.
Keterujaan mereka melakonkan watak tersebut cukup terserlah apabila masing-masing turut menyumbang idea berhubung gaya bahasa yang sering diungkapkan oleh kanak-kanak.
Bagi si cilik yang gemar menari, Nur Sarah Alisya atau Alisya, peluang melakonkan animasi tersebut tidak dipersiakan begitu sahaja.
“Watak Yaya kelakar sebab dia suka masak biskut dan berikan kepada kawan-kawan. Tetapi bila kawan-kawan dia kata tak sedap dia akan marah,” kata pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Selangor ini lagi.
Tambah Alisya, ketika ini perasaannya berdebar sementelah menunggu masa untuknya beraksi sebagai Yaya.
Tidak suka kepada keganasan dan sikap suka membantu membuatkan Fairuz Arfa, 9, tertarik untuk melakonkan watak Yaya untuk versi Inggeris.
Biarpun ini merupakan kali pertama dia menyumbang suara sebagai pelakon animasi namun segalanya memberikan keseronokan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
“Masa rakamkan suara memang susah sebab ini pertama kali tetapi saya suka sebab kena buat suara yang comel.
“Yaya seorang sangat comel dan tidak suka keganasan. Dia juga suka membantu terutama ketika kawan dia dalam kesusahan,” katanya mengenai karakter yang dilakonkannya.
Yaya merupakan watak sampingan yang tidak kurang hebatnya. Sebagai budak perempuan bertudung yang mempunyai kuasa terbang, karakter berkenaan pasti menjadi tarikan kepada peminatnya kelak.
Antara watak lain yang turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah superhero pertama kanak-kanak Malaysia itu ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.

TagS: Kartun Upin Dan Ipin,  BoBoiBoy , Kartun Baru TV3, Rancangan Kanak-kanak, Rancangan Cuti sekolah, Kartun Best, Lagu Kanak-kanak, Lirik Kartun,

1 comment:

Komen di sini

Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik