Suka Ini? Kongsilah!

Apa Anda Mahu Lebih Di LiriksemuaLagu?

Arwah Izwan Pilus Rancang Sambung Belajar

Izwan rancang sambung pengajian dalam bidang penyiaran


KHAIRIL Azam Pilus atau Aril AF7 menyiram air mawar ke atas pusara abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus sambil diperhatikan ayahnya, Pilus Jani (kanan) dan ibunya, Normah Abdullah (tudung putih), adik-beradik dan sanak-saudara di Tanah Perkuburan Orang Islam Nyalas, Jasin, Melaka, semalam.


JASIN 21 Jan. – Allahyarham penyanyi Khairil Izwan Pilus, 32, atau lebih dikenali Izwan Pilus pernah menyuarakan hasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang penyiaran.
Ibu Allahyarham, Normah Abdullah, 54, berkata, arwah anak kedua daripada empat beradik itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan, Universiti Utara Malaysia (UUM) menyuarakan hasratnya itu tahun lalu.
“Arwah memberitahu saya dia berhajat sangat untuk menyambung pengajian khususnya dalam bidang penyiaran tetapi apa boleh buat Allah lebih sayangkannya.
“Saya seluruh keluarga reda dengan pemergian Allahyarham walaupun hati saya agak terkilan kerana hajatnya untuk menyambung pengajian tidak kesampaian.
‘‘Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melawat dan menguruskan jenazah hingga dibawa ke rumah kami di sini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, adik arwah yang juga penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF), Khairil Azam Pilus, 26, atau Aril AF7 berkata, dia dan abangnya sebelum ini pernah merancang untuk berduet dalam sebuah lagu.
‘‘Kami merancang untuk memilih komposer sesuai dan mencipta lagu yang cukup sesuai namun segala impian saya tidak kesampaian kerana dia pergi lebih dahulu,” katanya.
Khairil berkata, walaupun abangnya telah tiada lagi, dia tetap akan menunaikan hajat Allahyarham untuk merakamkan sebuah lagu.
Katanya, Allahyarham bukan sahaja dianggap sebagai abangnya malah sebagai rakan yang banyak membantunya dalam meneruskan karier sebagai penyanyi.
Allahyarham adalah bekas finalis Bintang RTM 2004 selain pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Palembang, Kampung Gubah, Nyalas, di sini kira-kira pukul 11 pagi hari ini.
Terdahulu jenazah penyanyi yang terkenal dengan lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapku dimandi dan disembahyangkan di kediaman keluarganya di Taman Nyalas Permai, di sini.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang dari Hospital Ampang dan tiba di rumah keluarganya kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.
Antara rakan artis di Akademi Fantasia (AF) yang hadir pada majlis pengebumian itu ialah Akim (AF7), Hafiz AF7 dan guru vokal, Siti Hajar Ismail.
Allahyarham yang berusia 32 tahun meninggal dunia akibat dijangkiti virus kencing tikus-utusan

0 comments:

Post a Comment

Komen di sini

* A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*Link LIRIK SEMUA LAGU Untuk Website & Blog Anda

Please Like Us and Be Our Friends :)

Cari Lirik