‘Kami berjuang habis-habisan’
2012/02/01
LEE Chong Wei berharap skuad negara mampu menjelmakan semangat
berpasukan yang utuh buat mengharungi liku melepasi pusingan kelayakan
Piala Thomas-Uber yang dijadualkan berlangsung di Macau, 13 hingga 19
Februari ini.Baginya, biar sesiapapun lawan yang berada di depan mata, setiap pemain perlu memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam gelanggang dan tidak dibelenggu perasaan mudah menyerah kalah.
Pada pusingan kelayakan itu, skuad lelaki negara diundi bersama pilihan kedua, Korea Selatan dan Hong Kong di dalam Kumpulan D manakala skuad Piala Uber diundi bersama pasukan pilihan China dan India di dalam Kumpulan A, untuk mencari tiket ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China Mei depan.
“Kami tidak boleh lakukan apa-apa kerana undian sudah pun keluar. Kami akan cuba sedaya upaya untuk layak ke Piala Thomas.
“Namun apabila bertemu Korea Selatan, kami perlu mendapatkan satu mata daripada perseorangan pertama, perseorangan kedua dan beregu utama. Mungkin Muhammad Hafiz Hashim akan bertemu Shon Wan Ho (Korea) dan kami sasarkan peluang 50-50,” katanya.-BH
0 comments:
Post a Comment
Komen di sini