Mari SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

Jom Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!








*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

Video Nor Amalina Jawab Tohmahan

Berapa bintang? 

Nor Amalina Jawab Tohmahan

05/01/2012 12:13:00

Enam tahun lalu, Nur Amalina Che Bakri mencipta gemilang apabila menjadi pelajar cemerlang dengan memperoleh 17A dalam Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.

Tetapi kini dia ditohmah kerana dikatakan sudah berubah perwatakan sejak melanjutkan pengajian ke Eropah.

Untuk menjawab tohmahan itu,  satu sidang video bersama media diatur keluarga Nur Amalina di rumah ibunya di Kota Tinggi, Johor, semalam.

Ini antara blog yang memaparkan perkembangan Nur Amalina di United Kingdom.

Dia kini menjalani latihan amali di Hospital Diraja Edinburgh untuk melengkapkan pengajian perubatannya di Universiti Edinburgh.

Sidang video ini digunakan Nur Amalina untuk menjawab segala tohmahan dan cemuhan terhadapnya.

Menurutnya, dia lali dengan cemuhan negatif mengenai dirinya.

Termasuk khabar angin dia didakwa gagal dalam pengajiannya.

NUR AMALINA CHE BAKRI
Lagi menguatkan Amalina sebenarnya. Lebih tegar. Lebih motivate me more to prove to them I can kalau Insyaallah balik dengan mengharumkan nama Malaysia dan berbakti semula pada negara.

Mengenai gaya berpakaiannya, ini jawapan Nur Amalina.

NUR AMALINA CHE BAKRI
I love fashion. I love dress up memang dari dulu dari sekolah suka dress up. Mama suka beli dress, beli baju lelawa. That just me. Tanya kekawan Amalina, semua tahu.
Orang kata terlebih mat salleh. Itu dua layers, seolah macam kulit. That not my skin.

 
Yang pasti, Nur Amalina terus cemerlang dalam pengajian perubatannya.

Dia meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi dan badan perubatan Eropah.

Ibunya, Sabariah Hassan turut meminta orang ramai tidak lagi mencemuh Nur Amalina, sebaliknya mendoakan yang terbaik buat anaknya.
.- berita tv3

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik