Jom SERTAI ribuan kawan kami di Facebook SEKARANG :)

Anda Boleh Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!






*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

Nora Danish Serasi Dengan Adi Putra

Berapa bintang? 

Nora kagumi Adipix_gal0

Aku Terima Nikahnya temukan dua finalis ABPBH 2011 

JODOH kuat menyatukan mereka sekali lagi. Daripada drama terbitan Grand Brilliance berjudul Tentang Dhia yang mula disiarkan 9 November lalu menghiasi slot Akasia TV3, keserasian dua finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 ini mula berhasil hingga menjadi bualan ramai dan mencipta fenomena baru.
Bijak mencuri kehangatan populariti dan sorotan kejayaan yang diraih, Metrowealth Pictures (MIG) milik David Teo pantas menyunting Adi Putra, 31, dan Nora Danish, 30, untuk membintangi filem Aku Terima Nikahnya arahan Eyra Rahman yang mula menjalani penggambaran sejak 18 Februari lalu.
Kedua-duanya bukan artis naungan MIG. Ia menjadi percubaan pertama finalis Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular itu bersama MIG, manakala yang ketiga buat Nora selepas filem Cuti Cuti Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2. 

Difahamkan, ada perancangan sebuah penerbitan untuk menyatukan kedua-duanya dalam satu filem lagi selepas ini dengan judul sementara, I Love You. Bersama B*POP, Adi dan Nora juga sempat mencuri waktu di sebalik kesibukan ke sesi fotografi, iaitu hari sama majlis pelancaran filem berkenaan diadakan. 

Butik milik Rizman Ruzaini di Bandar Sri Permaisuri menjadi saksi mereka bersatu memberikan pos terbaik lagi romantik. Rizman Ruzaini turut berkolaborasi dengan Hazwani Osman menaja rekaan masing-masing buat persalinan Adi dan Nora. Namun, di sebalik masing-masing cuba memberikan mood diingini, si hot mama kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashraf (Qaqal) berusia tiga tahun ini masih membiaskan rasa segan hingga menguntum senyum saat berdampingan dengan suami kepada Aida Yusof itu. 

“Masalah Nora yang paling ketara ialah takut berlakon dengan suami orang. Kena ada batas dan jurang tertentu. Hal pertama yang Nora paling utamakan kalau berlakon dengan suami orang ialah isterinya sendiri. Mujur juga isteri Abang Ady sangat memahami. Nora sendiri pernah berjumpa Kak Aida dan berhubung menerusi BBM dengannya. Malah Nora perasan dia (Aida) sangat menghormati kerjaya suaminya dan tak pernah datang ke set. Mungkin juga tuntutan kerjanya yang masih di ruang lingkup seni sebagai penerbit membuatkan dia faham kerjaya seni si suami. Kepercayaan mereka sangat tinggi,” kata Nora memulakan bicara. 
Tanpa berselindung, Nora cukup mengagumi bakat seni dimiliki Adi. Lucunya, dek terlalu menghormati Adi, finalis Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2011 itu sudah terbiasa memanggil pelakon kelahiran Singapura itu dengan pangkat abang biarpun sudah mengetahui jarak usia mereka hanya setahun. 

“Nora sendiri pun tak menyangka gandingan kami mampu mencipta keserasian. Peminat di laman Twitter pun suka kami bergandingan. Tak sangka pula, ada pihak penerbit seperti MIG yang memilih untuk menggandingkan kami sekali lagi ke medium layar perak. Berbeza pelakon bujang atau pelakon lelaki lain yang pernah Nora berlakon sama seperti Beego, Kamal Adli, Ryzal, kami boleh jadi gila-gila. 

“Tetapi dengan Adi, jadi protokol semacam. Mungkin juga pembawaan diri dan karismanya seperti seorang abang membuatkan ada kalanya kami jadi segan atau kekok,” katanya yang memegang peranan sebagai isteri kepada Adi dalam Aku Terima Nikahnya. 

Menyingkap fasa kerjaya lakonan ibu tunggal yang belum bertemu pengganti ini, peningkatannya amat mendadak. Pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini dulu lebih diingati dengan karakter gadis manja, periang dan komedi tetapi tidak lagi sekarang Nora membuktikan bakatnya lebih daripada mempertaruhkan wajah cantik. 

“Alhamdulillah, beberapa tahun kebelakangan ini dengan tawaran watak lebih berat dan serius contohnya menerusi drama rantaian Tentang Dhia, Ariana Mikhail (TV9) dan Jujur Aku Dayus mula menyerlahkan sedikit demi sedikit bakat yang boleh dikongsi. Watak serius ini juga menuntut cabaran. Persediaan saya bermula dari rumah dan bersambung hingga ke set penggambaran dalam menghayati setiap helaian skrip yang perlu ditelaah. Masa berehat pun skrip menjadi peneman setia. Kalau ada masa saya tak lupa berkomunikasi dengan peminat di laman Twitter (@Nor4Danish). 

“Mendapat pujian dan kata-kata semangat peminat Nora di Twitter lebih 200,000 juga cukup mengujakan. Dalam pada itu, sesibuk manapun berlakon, selepas habis satu penggambaran, tempoh seminggu bersama Qaqal menjadi agenda wajib untuk Nora habiskan masa bersamanya,” katanya yang tak lupa menitipkan terima kasih buat peminat dan pengundi yang menyokongnya untuk ABPBH 2011. 

Sebelum berakhir temu bual, Nora sempat diaju gosip mengaitkan dirinya dengan penjaga gawang bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. Nora menjelaskan, dia tidak pernah bersua atau sama sekali bercinta dengan lelaki kegilaan ramai wanita itu. 

“Nora jadi jatuh kasihan kepadanya apabila timbul cerita dan gosip bukan-bukan kepadanya. Mungkin juga ada orang dengki dengan dia hingga mereka-reka cerita tidak betul. Pada usia 21 tahun, skil dan potensinya di padang cukup hebat tetapi sayang pula ada pihak macam nak jatuhkan dia. Sebaliknya kita kena sokong bakat sepertinya,” kata Nora.

Lega tak dicuit kontroversi 

ADI PUTRA ketika sesi fotografi bersama B*POP berlangsung baru saja selesai menjalani penggambaran filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof. Dia memegang watak sama, Jai seperti versi pertama filem itu. Malah, untuk fotografi ini Adi menghitamkan kembali rambutnya yang pada asal berwarna blonde (demi tuntutan watak Jai). Terima kasih Adi. 

Mula berlakon di Malaysia sekitar 2003 menerusi karya Erma Fatima, Adi hanya mula dikenali pada 2006 menerusi drama Mya Zara. Biarpun dianggap menyerlah pada usia yang agak lewat atau lebih sesuai ditafsirkan sebagai late bloomer, Adi sesekali tidak pernah menyesal. 

“Satu benda yang tak pernah ada dalam kamus hidup saya ialah sikap berputus asa. Yang penting hanya perlu teruskan usaha. Insya-Allah, jalan yang betul dan tahu apa yang kita nak, pasti ada jalan di kemudian hari. Bukan populariti dan glamor dikejar, saya mahu kerjaya ini jadi profesional dan berbaloi. 

“Alhamdulillah tahun kedua dicalonkan pada ABPBH 2011 ia datang secara berganda. Nama saya lekat dua kategori berbanding hanya satu pada tahun lalu. Ia satu rahmat berharga apabila bakat kita mula diperhati. Bagi saya untuk membuktikan sesuatu, tiada masa jangka tertentu. 

“Setiap orang ada pelbagai cabaran dan liku yang harus dilalui sama ada perlu menunggu lama atau tidak untuk berada di tahap selesa. Jadi menang atau tidak untuk ABPBH 2011, ia bukan persoalan kerana kemenangan saya sudah bermakna disokong peminat setia yang menggelarkan mereka sebagai Hotlovers,” katanya yang disapa peminat ketika bercuti bersama isterinya di Eropah, Januari lalu. 

Mengenai pembabitannya dengan syarikat produksi MIG, Adi akui sudah lama dilamar David Teo. Malah sudah beberapa skrip dipilih Adi untuk berlakon bersama MIG. Namun ketika itu, masa agak mencemburui hinggalah tawaran berlakon Aku Terima Nikahnya di samping Nora datang tepat pada waktunya. 

“Semuanya bagaikan dipermudahkan. Mungkin juga doa dimakbulkan peminat di luar sana yang ingin melihat saya dan Nora bersama lagi. Jujurnya, pada mula berlakon, saya dan Nora agak canggung bersama tetapi dengan kerjasama serta peranan pengarah, Feroz Khan, penulis skrip, Azlin Pa’Wan dan kombinasi semua, ia jadi lebih istimewa. 

“Dengan pengalaman saya dan Nora, kami cuba meletakkan profesional mengatasi segala-galanya. Saya juga bersyukur sepanjang berlakon jarang dicuit dengan gosip atau kontroversi yang boleh menjatuhkan imej. Saya bekerja bukan hanya atas nama selebriti tetapi ia sebahagian daripada ibadat. Saya mencari nafkah dan saya tahu meletakkan posisi sebenar sebagai suami orang. Itu yang saya praktikkan hingga kini,” katanya yang kali terakhir berlakon untuk kaca TV menerusi drama Tentang Dhia. 

Menyentuh sisi peribadi, rumah tangga yang dibinanya sejak enam tahun lalu tidak lepas diuji. Empat kali isterinya, Aida keguguran, namun jauh sekali ia melunturkan kasih sayang serta cinta sesama mereka. Ketabahan si isteri dan kesabaran masing-masing terus bertahan. 

“Saya menghormati dia (Aida). Mungkin ada hikmah di sebalik apa terjadi. Kami perlu kuat menghadapinya. Insya-Allah suatu hari nanti, rezeki kami menimang cahaya mata akan dipermudahkan. Kami tak putus berusaha. Malah pernah terdetik di hati menerusi perbincangan untuk mengambil anak angkat. 

“Tapi urusan itu (mengambil anak angkat) bukan perkara mudah. Kena betul-betul bersedia dari segi fizikal dan mental. Bimbang pula timbul masalah berkongsi, seandainya kami dikurniakan anak sendiri pada masa mendatang dan bayangkan ketika itu kami mungkin membela anak angkat,” katanya yang turut ralat dengan sikap sesetengah orang kita yang sanggup membuang anak. 

Selain KL Gangster 2 dan Aku Terima Nikahnya, Adi kini juga sedang menanti giliran filem Langgar dan Hanyut. Adi dan Nora juga dilantik sebagai duta syarikat Triways Hujjaj International Services Sdn Bhd (This), anak syarikat Triways Travel Network (M) Sdn Bhd (TTN) dalam usaha memperkenalkan pakej pelancongan Islam dan pakej umrah kepada orang ramai. Adi dan Nora dijangka mengerjakan umrah bersama pakej syarikat itu bermula 28 April ini. 

Penaja hadiah ABPBH 2011 

  • Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd (beroperasi di 62-68, Jalan Ipoh, 52100 Kuala Lumpur) menaja hadiah utama untuk pembaca bertuah Berita Harian iaitu Nissan Livina X-Gear 1.6 L manakala untuk Bintang Paling Popular, Nissan Teana 250 XV V6 bakal menjadi rebutan calon artis bertanding. 
  • Holiday Villa Hotel & Suite Subang menjadi hotel rasmi untuk sidang media ABPBH 2011. www.holidayvillahotelsubang.com 
  • Rafflesia Mandalay menaja bernilai RM 1 juta termasuk hadiah idaman calon ABPBH 2011 iaitu untuk Bintang Paling Popular berjumlah RM250,000.

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik