Mahu Lagu Terbaru? SERTAI kami di Facebook SEKARANG :)

Anda Boleh Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!






*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

Ziana Zain Dan Azlan Typewriter Serasi

Berapa bintang? 
Ziana dan Lan, saling memuji


RAMAI yang terpegun melihat 'pertarungan' vokal Ziana Zain dengan Lan & The Typewriter pada majlis yang diadakan di Genting Highlands baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mendendangkan lagu Anggapan Mu, dendangan asal oleh Ziana dan Lagu Untukmu, yang didendangkan oleh Lan ketika bersama kumpulan Meet Uncle Hussin.

Malah ramai yang beranggapan, persembahan mereka adalah kemuncak pada majlis yang menghargai populariti artis berdasarkan hasil kerja mereka.

Lan atau Norazlan Rosle, 28, ketika ditemui berkata, impiannya untuk berduet dengan penyanyi pujaan berjaya direalisasi.

"Dulu sebelum menjadi artis, penyanyi idola saya adalah kak Ziana dan Siti Nurhaliza. Sekarang ini tengah tunggu peluang untuk menyanyi dengan Datuk Siti pula.

"Sebenarnya, saya dan kak Ziana sempat buat latihan dua hari sahaja. Alhamdulillah, sebaik selesai persembahan, ramai yang kata kami ada keserasian," katanya tersenyum.

Menurut Lan, jika diberi peluang untuk merakam lagu duet bersama penyanyi idolanya itu, dia tidak akan melepaskan peluang.

Katanya, Ziana yang selama ini dikenali kerana lagu-lagu pop mampu menjadi penyanyi rock dan layak digelar Ratu Rock selain Ella.

"Kalau ada kesempatan, memang saya teringin rakam lagu duet dengan kak Ziana untuk lagu rock. Lagipun saya tidak mahu terikat dengan satu genre saja.

"Saya mahu tunjuk pada peminat, bahawa saya boleh dendang apa sahaja rentak lagu. Namun di waktu yang sama muzik yang membawa saya ke dunia seni iaitu indie tidak akan dilupakan," katanya terus terang.

Dalam pada itu, Ziana Zain, 44, berkata, sebelum ini dia pernah mendendang lagu Anggapan Mu secara berduet dengan Awie dan adiknya, Anuar, sebelum digandingkan dengan Lan.

Apa pun katanya, dia bersedia digandingkan dengan sesiapa sahaja, asalkan ada keserasian.

"Tidak salah mencuba sesuatu yang baru kerana sebagai penyanyi, saya harus peka dengan kehendak semasa. Seperti gandingan dengan Lan, memang saya suka.

"Yalah, kami dari genre muzik yang berbeza tapi bila disatu dalam satu lagu, tidak ada perbezaan. Apa yang penting orang terhibur mendengar lagu tersebut. Lan mempunyai vokal yang bagus," katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu bernada tinggi itu berkata, dia bersedia berkolaborasi dengan Lan atau penyanyi lain jika kena dengan konsep lagu.

Kata Ziana atau Siti Roziana, sekarang dia sedang mengumpul bahan untuk pembikinan album baru yang bakal diterbitkan di bawah Zig Zag Beat.

"Memang sekarang ini saya sibuk mengumpul bahan untuk rakaman lagu baru. Saya ada minta tolong Nuar tengok-tengokkan sama kerana sebelum ini dia pernah terbit album sendiri, jadi sudah ada pengalaman," katanya.

Ziana yang sudah 21 tahun terlibat dalam bidang seni dan ibu kepada empat orang anak itu berkata, selain memenuhi undangan persembahan, dia juga sibuk menjayakan iklan.

"Saya baru sahaja buat iklan dengan anak perempuan, Qaseh. Alhamdulillah, kontrak saya dengan beberapa iklan masih diteruskan dan ada yang baru," katanya tersenyum.

Tonton Video Youtube Anggapanmu & Lagu Untukmu nyanyian Lan (The Typewriter) dan Ziana Zain Di ABPBH 25

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik