Mari SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

Jom Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!








*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

IRMA Hasmie sah sudah nikah



Irma, Mohd. Redza selamat diijab kabul


IRMA Hasmie Ibrahim menerima mas kahwin daripada suaminya, Redza Syah Azmeer Mohd. Redzuan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 29 Jun - Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie Ibrahim, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer Mohd. Redzuan, 31, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahannya di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman pada pukul 3.55 petang di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Redza Ahmad.

Pada majlis yang diadakan cukup sederhana tersebut, Irma menerima mas kahwin berjumlah RM 2,220 dan wang hantaran RM33,333.33.

Rombongan lelaki membawa 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang oleh pihak perempuan.

Irma ketika ditemui, melahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan saya rasa sangat bersyukur kerana ditemukan dengan Redza.

"Malah saya yakin dia merupakan pilihan terbaik lebih-lebih lagi kami ditemukan di Tanah Suci Mekah," katanya.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai turut dihadiri kira-kira 500 tetamu terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin.

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik