Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Mari SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

ANDA SUKA BLOG ini?? Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!










*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

Zulfahmi Hampiri Kejayaan

Zulfahmi terbayang podium pertama

KUALA LUMPUR - Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin memperoleh peluang terbaik untuk memahat sejarah menaiki podium pertama dalam kariernya apabila bakal memulakan Grand Prix Catalunya hari ini dari petak kedua.

Pelumba muda AirAsia-Sic-Ajo itu menamatkan sesi kelayakan dengan catatan kedua terpantas, hanya 0.268 saat di belakang pemenang petak pertama dari Sepanyol, Maverick Vinales (1.52.160s).

Ini adalah petak terbaik pernah diperoleh Zulfahmi dalam kariernya selepas meraih petak kelima di Estoril, bulan lalu. Dia menamatkan perlumbaan di tangga keempat.

Malah, dia sempat mencatat masa terpantas ketika kelayakan berbaki empat minit.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya apabila melihat Fahmi bakal memulakan perlumbaan dari petak kedua.

"Saya tidak mahu terlalu teruja dan nasihat saya kepada Fahmi, berlumba dengan bijak dan sabar,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Razlan Razali.

Zulfahmi juga mengetepikan pelumba handalan seperti juara Grand Prix Perancis, Louis Rossi yang mencatat masa ketiga terpantas, manakala juara Grand Prix Portugal dan pendahulu kedudukan dunia, Sandro Corese di tempat keempat.

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik