Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Mari SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

ANDA SUKA BLOG ini?? Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!










*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

Menjelang Pertembungan Hebat Malaysia Lawan Arsenal

Wenger berkeras simpan Van Persie



Kalau tahun lalu ia melibatkan Cesc Fabregas dan Samir Nasri, kini tiba giliran ketua pasukan, Robin Van Persie yang enggan melanjutkan kontraknya. Pemain Belanda itu secara terbuka mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan Emirates bagi mencari cabaran baru.

Wenger yang sendiri dapat menduga tidak dapat mengelak soalan mengenai perkembangan Van Persie, sekali lagi mengulangi niatnya untuk menyimpan ayam tambatan yang meledak 37 gol sepanjang musim lalu itu.

"Robin ialah penyerang bertaraf dunia dan kamu semua tahu saya ialah penyokong setianya, dia ialah pemain yang saya bawa masuk sejak muda lagi.

"Namun buat masa ini, terdapat permintaan tinggi terhadap khidmatnya. Harapan kami ialah dapat menyimpannya," ujar Wenger pada sidang akhbar sempena ketibaan skuad Gunners di Hotel Saujana Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, Wenger mengakui pemergian Van Persie mungkin tidak dapat dielakkan dalam keadaan tertentu apabila menambah: "Pada akhirnya, kita akan mengambil keputusan yang difikirkan terbaik untuk kelab ini."

Sementara itu, Wenger percaya Jelajah Asia memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan di kalangan pemain dalam skuadnya.

Skuad bimbingan Wenger akan memulakan siri jelajah menentang Malaysia esok, sebelum ke Beijing untuk bertemu Manchester City dan kemudian bertandang ke destinasi terakhir di Hong Kong.

Kata-kata semangat Wenger itu disahut dua pemainnya yang turut berada di sidang akhbar, penjaga gol Wojciech Szczesny dan bintang tengah England, Alex Chamberlain.

Arsenal membelasah Malaysia, yang dibimbing Datuk K.Rajagobal 4-0 tahun lalu.

Pilihan Berkaitan:


No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik