Mari SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

Anda Boleh Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!






*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

IRMA Hasmie sah sudah nikah

Berapa bintang? 


Irma, Mohd. Redza selamat diijab kabul


IRMA Hasmie Ibrahim menerima mas kahwin daripada suaminya, Redza Syah Azmeer Mohd. Redzuan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 29 Jun - Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie Ibrahim, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer Mohd. Redzuan, 31, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahannya di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman pada pukul 3.55 petang di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Redza Ahmad.

Pada majlis yang diadakan cukup sederhana tersebut, Irma menerima mas kahwin berjumlah RM 2,220 dan wang hantaran RM33,333.33.

Rombongan lelaki membawa 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang oleh pihak perempuan.

Irma ketika ditemui, melahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan saya rasa sangat bersyukur kerana ditemukan dengan Redza.

"Malah saya yakin dia merupakan pilihan terbaik lebih-lebih lagi kami ditemukan di Tanah Suci Mekah," katanya.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai turut dihadiri kira-kira 500 tetamu terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin.

Kelantan Atasi Selangor 29 Jun 2012

Berapa bintang? 

PERLAWANAN KE-22 LIGA SUPER 2012



Keputusan Penuh : Kelantan ( 1 ) – ( 0 ) Selangor

Kedudukan terkini carta liga super 29 Jun 2012
r5vLn keputusan kelantan vs selangor liga super 29 jun 2012

Video Kelantan Vs Selangor 29 Jun 2012









Osman Kering disahkan meninggal dunia

Berapa bintang? 
Osman Kering disahkan meninggal dunia





Osman kering disahkan meninggal dunia



Osman Kering atau nama sebenar Osman Kassim yang kini berusia 58 tahun meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras,kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat.Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu

Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun

Anak kedua Allahyarham iaitu Nur Ain yang dihubungi mStar Online petang Jumaat berkata, sejak dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan tenat serta tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia


“Keadaan ayah amat kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh sehinggalah dia meninggalkan kita semua,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan jadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang



Kes Khalwat Beego

Berapa bintang? 


27 Jun – Kes perbicaraan yang melibatkan aktor terkenal Beego bersama dua rakan lelakinya berhubung kes khalwat ditangguh kepada 18 Julai depan.
Menurut mynewshub, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah menetapkan tarikh baru itu bagi memberi peluang kepada peguam Beego atau nama sebenar Fakhrul Azman Abu Hasan yang baru sahaja dilantik bagi mendapatkan dokumen berkaitan kes itu.
"Memandangkan Fakhrul baru dilantik sementara peguam pendakwa tiada bantahan untuk menangguhkan kes, maka permohonan itu diluluskan bagi memberi peluang kepada Fakhrul membuat representasi," kata Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.
Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah bersama Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dikenakan pada 8 Mei lalu. Sementara dua rakan wanita mereka, Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua wanita tersebut bagaimanapun membayar denda.
Kelima-lima tertuduh disyaki berkhalwat selepas sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang pada 23 Februari 2011 kira-kira pukul 6 pagi.
Kesemua mereka yang ditahan didakwa di bawah Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat yang membawa hukuman denda maksimun RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Aktor berusia 32 tahun ini merupakan seorang duda pernah berkahwin dengan Intan Shariza Mohd Shahru, 31, namun telah berpisah pada 16 Mac 2009 selepas dua tahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
Sementara itu, Beego melarikan diri apabila sedar pihak media yang berada di luar mahkamah ingin menemuinya. Beego turut melarang jurugambar merakam gambarnya ketika keluar dari mahkamah.

Ras Adiba Botak tidak dibenar baca berita?

Berapa bintang? 
'Potong pendek bukan botak' - Ras


'Potong pendek bukan botak' - Ras

RAS ADIBA RADZI mendakwa dia hanya memotong pendek rambutnya, bukan botak. Justeru, dia melihat ia tidak harus menjadi satu isu besar.


RAS ADIBA RADZI penyampai berita di saluran ntv7 tiba-tiba menjadi bualan baru-baru ini kerana tindakan menyokong kempen Jom Botak Majlis Kanser Nasional.
Melalui laporan beberapa akhbar tempatan sebelum ini, ekoran tindakan Ras Adiba membotakkan rambut, dia tidak dibenarkan keluar televisyen sebagai pembaca berita ntv7 seperti biasa.
Namun, kenyataan daripada pihak Media Prima Berhad menjelaskan pembaca berita itu tidak pernah digantung dari tugasnya dan sokongan penuh diberikan berhubung penampilan terbaharunya untuk kempen amal yang disokongnya.



Isu ganja Erin Malik

Berapa bintang? 
Erin Malek tak mahu ulas isu ganja

sumber: Yahoo Malaysia


Erin Malek tak mahu ulas isu ganja
25 Jun – Pelakon remaja terkenal, Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek mengambil keputusan untuk berdiam diri dari mengulas isu ganja yang dikaitkan dengan dirinya.
Perkhabaran mengenai isu ganja yang membabitkan namanya telah tersebar di beberapa laman web hiburan tempatan yang mendakwa kononnya dia terlibat dengan pengambilan dadah jenis ganja ketika penggambaran drama "Mis Cinta" bulan lalu.
Dipetik dari portal hiburan Murai, Pelakon berusia 18 tahun itu berkata, tiada apa yang boleh diulasnya kerana baginya tuduhan tersebut adalah tidak berasas.
"Saya tak mahu komen lagi. Jika saya nafikan pun orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.
"Sepatutnya pihak media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya. Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya," katanya.
Menurut Erin, berikutan gosip tersebut tersebar dia menerima pelbagai tohmahan daripada orang ramai. Katanya lagi, jika perkara ini masih berterusan dia akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mendakwa pihak yang menyebarkan fitnah itu.

Norish Karman Lahir Anak Luar Nikah?

Berapa bintang? 
Norish Karman Lahir Anak Luar Nikah?

sumber: yahoo malaysia


Foto Tersebar: Norish Karman Lahir Anak Luar Nikah

26 Jun – Penyebaran beberapa keping gambar yang memaparkan seorang wanita dipercayai Norish Karman berada di hospital seakan memberi jawapan kepada spekulasi hangat mengenai aktres tersebut sebelum ini.
Menerusi laman Rotikaya, Foto- foto yang dimuatnaik oleh seorang peminat hiburan di forum Cari beberapa hari lalu menyaksikan wanita yang didakwa sebagai Norish bersama seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang.

Terdapat gambar yang menunjukkan tag yang tertera maklumat hospital dan butiran peribadi si ibu yang bertulis, 'Nor'asikin Karman' (sama dengan nama sebenar Norish Karman), tarikh lahir pada 11/05/74 (yang juga merupakan tarikh lahir pelakon berusia 38 tahun ini) dan bayi lelaki yang diberi nama Alexander Bin Abdullah.

Jumaat lepas, program hiburan sensasi TV9 ada menyebut mengenai seorang aktres wanita yang sanggup memakai tudung labuh dan purda dipercayai demi menyembunyikan identitinya yang baru lepas bersalin. Laporan tersebut adalah susulan daripada dakwaan seorang pengguna laman Facebook yang menyiarkan foto seorang wanita didakwa Norish, berada di atas kerusi roda (dipercayai baru keluar dari bilik bersalin) sambil mengenakan tudung labuh lengkap purda.

Tahun lepas heboh seketika dunia hiburan Malaysia apabila memperkatakan tentang seorang aktres yang khabarnya menetap di Bali, Indonesia bukan kerana melebarkan sayap karier lakonannya sebaliknya cuba menyembunyikan kandungan luar nikahnya.

Maka ramai pemerhati dunia hiburan mengatakan aktres tersebut adalah Norish Karman lantaran ketiadaan kelibatnya pada masa khabar angin itu hangat diperkatakan. Walaubagaimanapaun, Norish kemudiannya menafikan dakwaan tersebut sekitar Disember 2011 lalu.
Norish sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Pengerusi Eksekutif syarikat Perspec Prime (M) Sdn Bhd, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Haqiem Amany, 13, Muhammad Hady Amieran,9, dan Nur Hanyz Amanda,9 sebelum bercerai pada 15 Julai 2008 selepas Norish didakwa menjalin hubungan sulit dengan Mohd. Luqman Mohd. Amin, abang kepada penyanyi Farahdhiya.

Biodata Mario Balotelli

Berapa bintang? 


Profil dan Biodata Mario Balotelli



Mario Balotelli



Fakta mengenai Mario Balotelli:


Kewarganegaraan: Italian
Tarikh Lahir: 12 Ogos 1990
Tempat Lahir: Palermo, Italy
Ketinggian: 6' 2"
Kelab : Manchester City (2012)


Profil dan Biodata Pemain Bola Sepak Lain:

London 2012 Aksi Terakhir - Lee Chong Wei

Berapa bintang? 
London 2012 aksi terakhir saya’
Oleh Hussain Said

2012/06/29


SAMA ada misinya memenangi pingat emas tercapai atau tidak di Sukan Olimpik, hujung bulan depan, Lee Chong Wei tetap menegaskan London 2012 adalah penampilan terakhirnya di pentas terulung itu.

Jaguh negara berusia 30 tahun itu yang bakal tampil buat kali ketiga di temasya berprestij itu berkata, dia tidak akan mengikuti jejak pemain veteran Denmark, Peter Gade dan bintang sensasi Indonesia, Taufik Hidayat yang beraksi di temasya terulung itu walaupun usia mereka sudah melebihi 30 tahun.
“Tempoh empat tahun selepas London 2012 terlalu lama dan saya bimbang diulit kecederaan. Namun, saya sedia beraksi buat kali terakhir di Sukan Asia atau Sukan Komanwel selain Piala Thomas, tetapi bukan Sukan Olimpik di Rio de Janeiro,” katanya.
Chong Wei yang kehilangan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia kepada seteru Lin Dan minggu lalu selepas memegangnya sejak 21 Ogos 2008 berkata demikian selepas meraikan petugas media cetak dan elektronik dengan jamuan makan tengahari di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Namun, dia yang masih menjalani proses pemulihan dan baru pulih 70 peratus daripada kecederaan buku lali di Piala Thomas bulan lalu menegaskan sedikit pun tidak terganggu apabila statusnya sebagai pemain nombor satu dunia di rampas juara dunia empat kali dan pemenang emas Olimpik itu.

“Ranking itu cuma nombor buat saya. Apa yang penting ia tidak mengganggu tumpuan dan persediaan saya untuk Olimpik. Saya dapat bersedia lebih baik sebelum ke London,” katanya.

BANYAK LAGI BERITA SUKAN SENSASI KLIK SINI!

Balotelli Bawa Itali Ke Final Singkir Jerman

Berapa bintang? 
Dua jaringan Balotelli sahkan Itali ke final


2012/06/29


WARSAW: Pasukan bukan pilihan Itali mara ke final Euro 2012 untuk bertemu Sepanyol selepas menewaskan Jerman 2-1 menerusi dua jaringan pemain kontroversi, Mario Balotelli di National Stadium, sebentar tadi.

Penyerang Manchester City itu meledak menerusi tandukan pada minit ke-20 dan tendangan padunya pada minit ke-36.
Jerman dihadiahkan gol sagu hati menerusi penalti yang disempurnakan Mesut Ozil pada minit-minit terakhir masa kecederaan.

Pilihan Utama LAIN:

Tonton Itali Vs Jerman Live Online Streaming EURO 2012

Berapa bintang? 

Tonton Itali Vs Jerman Live Online Streaming EURO 2012





Keputusan Terkini ITali Vs Jerman: Separuh masa pertama
                         2 - 1 ( Gol Mario Balloteli min 19:30 & 36')


Tags:Tonton Itali Vs Jerman Live Online Streaming EURO 2012, Tonton bola sepak Live, Tonton siara langsung Itali vs Jerman, Euro 2012

Senarai POST TERBARU Bulan Jun 2012

Berapa bintang? 


Piala AFC: Malaysia 4, Taiwan 2

Berapa bintang? 
Piala AFC: Malaysia tumpaskan Taiwan 4-2

KUALA LUMPUR 28 Jun - Malaysia mencatatkan kemenangan kedua pada Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) apabila menumpaskan Taiwan 4-2 di Stadium Aung San, Myanmar hari ini.

Ia merupakan perlawanan ketiga pasukan negara apabila sebelum ini Malaysia kalah 2-3 kepada Korea Selatan, Sabtu lepas sebelum bangkit mencatatkan kemenangan pertama membelasah Filipina 7-0 pada Isnin.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi pemain Sabah, Rozaimi Abdul Rahman sebelum pemain Taiwan Chen Yen-Jui menjaringkan gol sendiri pada minit ke-32 untuk memastikan skuad negara selesa dengan kelebihan dua gol.

Rozaimi sekali lagi menampilkan aksi cemerlang apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga buat skuad negara pada minit ke-40 sebelum Taiwan berjaya menembusi gawang negara menerusi Lin Chang-Lun pada minit ke-50.

Pemain tengah D. Saarvindran menambah derita pasukan Taiwan apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-78 sebelum Taiwan menyumbat masuk gol kedua mereka pada masa kecederaan menerusi Wen Chih-Hao.

Skuad muda negara bakal berdepan laluan sukar Sabtu ini apabila dijadualkan bertemu pasukan Vietnam yang membelasah Filipina 9-0 dalam satu lagi perlawanan kumpulan G yang berlangsung di Stadium Thuwunna hari ini. - BERNAMA




Pilihan Utama Lain:


Sepanyol Mara Ke Final Tewaskan Portugal

Berapa bintang? 

Sepanyol mara ke final



2012/06/28


DONETSK: Sepanyol mengesahkan tempat ke aksi final Euro 2012 apabila menumpaskan Portugal 4-2 menerusi tendangan penalti selepas terikat 0-0 tamat masa tambahan di Stadium Donbass Arena, sebentar tadi.

Perlawanan penuh dramatik itu berakhir menerusi penalti kemenangan Cesc Febregas selepas Bruno Alves gagal menyempurnakan penalti untuk Portugal.
Sebelum itu penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menyelamatkan penalti Joao Moutinho, diikuti tendangan Alves terkena palang gol.
Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo tidak menyempurnakan penalti kerana dia diletakkan sebagai pemain kelima untuk penentuan penalti itu.

Sepanyol sebagai juara bertahan sepatutnya mendahului pada sepauruh masa pertama masa tambahan namun bola yang dikuis Andres Iniesta berjaya ditampan penjaga gol Portugal Rui Patricio

Kedua-dua pasukan mempunyai beberapa peluang terbaik untuk memperoleh gol termasuk sepakan percuma Ronaldo pada minit ke-90 hampir membolosi gawang Sepanyol.

Lawan Sepanyol di final Isnin ini akan ditentukan pada satu lagi perlawanan separuh akhir, pagi esok antara Itali dan Jerman.

Video Sepanyol vs Portugal

Mara Clara OST, Lagu Tema, Sinopsis (Drama Telenovela TV3)

Berapa bintang? 

Mara Clara OST, Lagu Tema, Sinopsis (Drama Telenovela TV3)


Mara Clara Promo




Sinopsis Mara Clara


Mara dan Clara tertukar semasa lahir. Mara serang budak yang bijak dan manis tetapi dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Clara pula seorang budak yang bijak tetapi manja kerana dibesarkan dalam keluarga kaya. Mara dan Clara rapat di sekolah. Tetapi lama kelamaan, Clara membenci Mara kerana dia beranggapan Mara ingin merampas kehidupan dia. Clara banyak menyeksa Mara sehinggalah rahsia mereka terbongkar bahawa Clara sepatutnya menjadi Mara, dan Mara sepatutnya menjadi Clara.


Say Anything - Mara And Me Lyrics


There are babies with guns beheading their friends
In shopping malls around the world
Yet somehow the Kings of Leon still find time to write songs about girls

I don't suck much less at least those dudes
Have no illusions of angst and hopelessness

And if I claim revolutionary or I give to charity
They'll all know it's a plea for someone like me
Disgusted with lies and cut down by their own beatnik poetry

I'm just one man with no face and no friends
God, in this dank Brooklyn bar I can feel it again, it's eating me
Wait a second, I can't sing the same damn song over and over again

I can't define myself through irony and self-deprecation
I can't deny myself being alive through my alienation

Everything that you do keeps me running back to you
Can't give up, live the dream even if I don't believe
We can't afford to surrender, we can't afford

Fake players and the twisted web they weave
I contend that the coming holocaust will be of those who choose to believe
Anything but a phallic sense of self
Hang alone in the attic tied up tightly with your father's belt

You bathe in blood like Mr. Crowley
Your cost, their loss, their memory haunts me
I stand opposed to chaos that you chose
New heart, new bones, am I not alone?

Fake players are the ones who play the game
(You're the flame, you're the flame, come on)
Fake players are the ones who play the game
(Fake players, fake players)

Fake players are the ones who play the game
(You're the flame, you're the flame, come on)
Fake players are the ones who play the game
(Fake players)



tags:Mara Clara OST, Lagu Tema, Sinopsis (Drama Telenovela TV3)

Suri OST, Sinopsis (Drama Slot Azalea TV3) Lirik Lagu tema, video

Berapa bintang? 

Suri OST, Sinopsis (Drama Slot Azalea TV3) Lirik Lagu tema, video
Sinopsis Suri lakonan Hanez Suraya,drama slot Azalea TV3




Sinopsis drama Suri

Hanez Suraya melakonkan watak utama, Suri, gadis yang sudah mula mengenali erti berdikari sejak kecil lagi. Perceraian ibu bapa Suri menyebabkan dia diserahkan kepada neneknya untuk dipelihara. Sejak itu, ibunya iaitu Marisa jarang sekali menjenguknya, apatah lagi untuk bertanya khabar.

Namun, apabila nenek Suri meninggal dunia, barulah Marisa muncul untuk memikul tanggungjawabnya sebagai ibu. Tidak lama selepas itu, Marisa membawa Suri berpindah ke pinggir bandar untuk tinggal bersamanya.

Pada hari pertama dia menjejak kaki di sekolah barunya, secara tidak sengaja Suri telah memalukan rakan sekelasnya yang bernama Kira. Sejak itu, Suri sering menjadi sasaran buli Kira dan rakan-rakannya. Guru kelas mereka sering memuji kebijaksanaan Suri dan ini menambahkan lagi kebencian Kira terhadap Suri.



Alangkah kecilnya dunia ini apabila Suri mendapati Farid, teman lelaki ibunya yang bakal dikahwini adalah ayah Kira. Kira cuba menghalang Farid daripada meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan Marisa. Namun, Farid tetap mengahwini Marisa dan sejak itu Marisa dan Suri dibawa tinggal bersama Farid.

Masih belum puas, Kira terus galak membuli Suri sehinggakan pernah suatu hari, Kira memasukkan sampah ke dalam bekal makanan Suri manakala air minuman Suri digantikan air mangkuk tandas. Namun, Kira berpura-pura melayan Suri dengan baik apabila berada di depan Farid dan Marisa. Walaupun Kira telah tinggal sebumbung dengan Suri, dia tidak mahu rakanrakannya mengetahui gadis yang paling dibencinya itu sudah menjadi kakak tirinya.

Jika Suri semakin cemerlang dalam pelajaran, Kira pula sebaliknya. Kira lebih gemar berkawan dengan beberapa remaja liar hingga mula terjebak dengan dadah. Malangnya, pihak polis mula menghidu aktiviti Kira dan rakannya dan menyerbu rumah Kira. Sewaktu operasi menggeladah rumah, polis menjumpai dadah dalam bilik Suri. Kira sengaja menyembunyikan dadah itu dalam bilik Suri. Selepas kejadian itu, Suri dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak.

Setelah setahun berlalu, Suri dibebaskan dari pusat pemulihan. Ketika itu Kira menyambung pelajarannya di sebuah kolej. Kira berasakan dia lebih berjaya daripada Suri kerana Suri masih belum menduduki SPM dan kini Suri hanya mampu bekerja di sebuah kedai.

Sementara itu di kolej Kira tertarik dengan seorang pelajar tampan dan kaya yang bernama Hariz. Kira berusaha untuk menunjukkan bahawa dia juga berasal dari keluarga yang setaraf Hariz. Dia sering mengambil kesempatan ke atas Suri dengan menggunakan wang saku Suri untuk berlagak mewah.

Sementara itu, Suri mendaftar di pusat tuisyen untuk menduduki peperiksaan SPM. Dengan berkat usahanya dia telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Suri menyambung pelajarannya di kolej sama dengan Kira. Bermulalah kehidupan Suri dan Kira di kolej sama walaupun berlainan kelas dan tahun pengajian.

Kehadiran Suri di kolej itu telah mengetuk pintu hati Hariz untuk jatuh cinta terhadap Suri. Pada masa sama, Suri juga mula menyimpan perasaan terhadap Hariz. Apabila Kira mengetahui lelaki idamannya menyukai Suri, dia menjadi amat marah. Seperti biasa, Kira tetap mempunyai pelbagai helah untuk menyeksa hidup kakak tirinya.

Apakah helah seterusnya yang dilakukan Kira untuk menjatuhkan Suri? Berjayakan Suri menikmati perasaan cinta bersama Hariz? Adakah Suri akan berjaya menemui kebahagiaan setelah banyak pengorbanan dilakukan? Ingin mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya? Jangan lupa saksikan Suri setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang di TV3!

Pengarah Drama Suri: Emi Suffian Abd Sabhe
Mula Siaran: 11 Jun
Skrip: Nurul Shadila dan Azmi Arif
Pelakon: Hanez Suraya, Izreen Azminda, Datin Noniswara, Datuk Eizlan Yusof, Kaza, Sharnaaz Ahmad, Puteri Sarah, Mariani dan Kamarool Yusof.

OST Suri (Slot Azalea) Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar



tags:Suri OST, Sinopsis (Drama Slot Azalea TV3) Lirik Lagu tema, video

Pilihan Lain:


Harimau Muda Bukti Pemain Tempatan Hebat

Berapa bintang? 
Shabery puji aksi Harimau Muda


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kemenangan besar Harimau Muda ke atas Filipina merupakan satu kemenangan sangat 'istimewa'.

Kelmarin, skuad kendalian Ong Kim Swee itu membelasah The Azkals 7-0 pada aksi kedua kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun di Stadium Aung San Yangon, Myanmar.

"Saya ucapkan tahniah kepada semua anak-anak buah Ong Kim Swee.

"Kemenangan 7-0 merupakan satu kemenangan yang begitu manis.

"Semalam (kelmarin), keputusan yang diraih oleh skuad negara begitu memberangsangkan selepas kita berjaya mengalahkan Filipina 7-0.

"Ini menguatkan kepercayaan kita bahawa dalam sukan seperti bola sepak ini, kita tidak boleh bergantung kepada pemain-pemain yang diimport.

"Kebiasaannya pemain-pemain seperti ini hanya datang ke negara kita selepas tidak mampu memberikan aksi terbaik di liga negara mereka sendiri yang mana terdiri daripada golongan pemain yang telah berusia," katanya pada sidang akhbar program Next Hero Junior Swing di Putrajaya semalam.

Jelasnya, beliau yakin dengan kemampuan barisan pemain negara yang mampu memberikan impak kepada bola sepak tempatan sekali gus memartabatkan imej pemain negara di peringkat antarabangsa.

Pilihan Popular Lain:

Portugal Tak Takut

Berapa bintang? 
DONETSK, Ukraine – Portugal tidak berasa tertekan untuk berdepan dengan Sepanyol pada aksi separuh akhir Euro 2012 di Donbass Arena, Donetsk awal pagi esok.

Kapten Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa mereka tiada perasaan gentar menentang juara bertahan Euro itu.

Peledak berbisa berusia 27 tahun itu kini berada pada prestasi terbaik apabila meledak tiga gol setakat ini sekali gus membantu The Navigators muncul antara empat pasukan terbaik pada kempen Euro kali ini.

Pada aksi awal pagi esok, Ronaldo bakal berentap dengan sebahagian besar rakan sepasukannya di Real Madrid seperti Xabi Alonso, Sergio Ramos dan Iker Casillas selain seteru utamanya di Barcelona seperti Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Cesc Fabregas.

Namun, Ronaldo tanpa berselindung mengakui tidak tertekan dengan pertembungan tersebut dan menganggap ia hanya perlawanan biasa seperti mana dalam saingan Liga Sepanyol.

“Tidak ada apa-apa yang istimewa mengenai perlawanan ini kerana bagi saya ia hanya satu perlawanan biasa.

“Apa yang akan saya lakukan hanyalah untuk meledak gol sekali gus membantu Portugal menyambar slot ke final,” kata Ronaldo.

Meskipun La Roja dilabel sebagai pasukan pilihan, Ronaldo tetap optimis mengenai kejutan yang bakal dilakar Portugal seperti mana edisi 2004.

“Jika berjaya melangkah ke final, sudah tentu ia sesuatu yang cukup istimewa.

“Berdepan pasukan yang hebat seperti Sepanyol, perlawanan ini pastinya diibaratkan seperti hidup dan mati bagi kedua-dua pasukan,” katanya. – Agensi

Pandu Laju Di denda RM 2000

Berapa bintang? 
Denda tinggi didik pemandu


2012/06/27


KUALA LUMPUR: Orang ramai melihat kadar penalti lebih tinggi sehingga RM2,000 bagi kesalahan jalan raya, termasuk gagal mematuhi isyarat lalu lintas mampu mendisiplinkan pengguna.

Pekerja swasta, Mohd Azam Dinor, 26, berkata kadar baru yang dijangka diluluskan Dewan Rakyat itu antara langkah mendisiplinkan pemandu agar mengikut had laju ditetapkan ketika di jalan raya.
“Langkah ini adalah relevan kerana pemandu sentiasa berwaspada supaya tidak memandu laju sehingga mengakibatkan kemalangan. Siapa yang sanggup membayar RM2,000 semata-mata bawa kereta laju.
“Lebih baik memandu mengikut had laju dan peraturan kerana itu lebih bagus daripada membayar denda atas kesalahan lalu lintas,” katanya di sini, semalam.
Beliau mengulas kadar penalti lebih tinggi sehingga RM2,000 mungkin dikenakan bagi beberapa kesalahan jalan raya selepas pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan kelak.

Perkara itu antara terkandung dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 yang mencadangkan tindakan lebih tegas bagi kesalahan lalu lintas, termasuk menaikkan denda maksimum sehingga RM2,000 bagi beberapa kesalahan utama.

Rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, semalam dibentangkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri.
Pelajar kolej swasta, Liyana Jamaluddin, 20, berkata beliau setuju jika denda lebih tinggi dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Kadangkala kemalangan terjadi akibat kecuaian pemandu yang memandu laju sehingga mengorbankan pemandu berhemah.

“Cara ini boleh mengajar pemandu yang gemar memandu laju menghormati undang-undang dan hak pemandu lain,” katanya.

Sementara itu, Ismail Abu, 60, pula melihat denda baru berkenaan terlalu tinggi dan bukan semua pesalah trafik daripada golongan berada.

“Mungkin langkah ini antara inisiatif mengawal pemandu supaya lebih berhati-hati tetapi tidak semua pesalah mampu membayar denda dikenakan itu,” katanya.


Pilihan Popular Lain:



Tragis, Mati Di Bakar Kekasih

Berapa bintang? 
Mati selepas 4 hari dibakar kekasih


2012/06/27


KUALA LUMPUR: Wanita yang melecur 90 peratus tubuhnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya dalam pertengkaran di rumah mangsa di Taman Segar, Cheras di sini, Jumaat lalu, meninggal dunia, tengah hari semalam.

Mangsa berusia 23 tahun yang cedera teruk dan melecur seluruh badan selepas disimbah petrol sebelum dibakar, meninggal dunia jam 12.50 tengah hari semalam, empat hari selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Sebelum ini kita siasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Namun, berikutan kematian mangsa, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302.

“Berdasarkan siasatan polis, kejadian itu bukan berlaku secara tidak sengaja, tetapi suspek mempunyai niat (membakar mangsa),” katanya, semalam.

Khairi berkata, teman lelaki mangsa berusia 35 tahun yang turut melecur di tangan dalam kejadian itu direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dikatakan disimbah petrol sebelum dibakar oleh teman lelakinya selepas mereka bertengkar dipercayai berpunca masalah cinta menyebabkan wanita terbabit melecur 90 peratus bahagian badan.
Mangsa dikejarkan ke HUKM untuk rawatan oleh jirannya yang terdengar wanita itu menjerit meminta tolong.



Pilihan Popular Lain:


  • Buat Duit Mudah!

  • Pandu Laju, Saman RM2000

  • TRAGIS, Wanita DiBakar Kekasih Meninggal

  • Rahsia Gigi Putih !
  • Banyak lagi berita Sensasi.. !
  • Rooney Tak Matang

    Berapa bintang? 

    Rooney belum tunjuk matang


    2012/06/27


    KRAKOW: Satu lagi kejohanan utama dan satu lagi detik kecewa besar buat Wayne Rooney.

    Ikon yang dianggap pemain bola sepak Inggeris berbakat dalam generasinya terlepas peluang membuktikan dirinya sudah matang dan mampu memperagakan aksi lebih baik berbanding penampilan pertama di Euro 2004.
    Digantung dua perlawanan pada awal kempen England, Rooney kembali beraksi dengan menyumbat gol ketika pasukan menang 1-0 ke atas Ukraine - kemenangan yang membantu The Three Lions muncul juara Kumpulan D.
    Walaupun penyerang Manchester United itu tampak jauh daripada prestasi sebenar, pengurusan pasukan England bagaimanapun kekal optimis Rooney akan lebih menyerlah ketika menentang Itali di suku akhir.

    Bagaimanapun, penyerang berusia 26 tahun itu gagal memperagakan aksi seperti diharapkan pengurusan pasukan apabila sekali lagi gagal membuktikan bakat dalam kejohanan utama selepas kekecewaan Euro di 2004 dan Piala Dunia 2006.

    Pengurus England, Roy Hodgson bagaimanapun menegaskan dia gembira dengan tahap kecergasan penyerang itu apabila menyertai pasukan bulan lalu.

    “Kami memantau tahap kecergasannya dan dalam latihan dia kelihatan cukup cergas,” kata Hodgson sebelum England meninggalkan pangkalan latihan mereka di Krakow.
    “Dalam perlawanan pertama dia tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan dan dia bermain selama 120 minit ketika menentang Itali kelmarin.” - AFP

    Hajat Kelantan Terbantut

    Berapa bintang? 
    HAJAT Kelantan menyamai pungutan mata dengan pendahulu Liga Super, Lions XII terbantut apabila tercicir dua mata berharga selepas seri 2-2 menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

    Pada babak pertama, Kelantan memperoleh gol awal menerusi Norfarhan Mohd yang melepaskan rembatan padu menewaskan Shamirza Yusof. Selang 15 minit, anak buah Bojan Hodak melebarkan jaringan hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti oleh kapten Badri Radzi.
    Tuan rumah merapatkan jurang apabila penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Abdul Hadi Yahya menyepak kencang hantaran pemain import, Francis Doe sebelum Muslim Ahmad menanduk cantik menyamakan kedudukan minit ke-50.
    Di Stadium Perak, tuan rumah Perak bangkit daripada ketinggalan satu gol menewaskan T-Team 3-2. Pasukan pelawat mendahului menerusi Faiz Subri pada minit ke-19 sebelum Nazri Kamal kembali menyamakan kedudukan enam minit sebelum rehat.

    Pada babak kedua, dua gol pantas Failee Ghazali (m-64) dan Albert Bodjongo (m-67) memastikan Perak di depan dan Faiz sekali lagi meledak jaringan buat pelawat pada minit ke-70 merapatkan jurang.

    Di Stadium Shah Alam, pertemuan adik beradik antara Selangor dan PKNS menyaksikan skuad abang mengutip tiga mata menerusi jaringan tunggal Amri Yahyah pada akhir babak pertama.

    Di Stadium Pasir Gudang, Johor FC kembali berada di zon selamat daripada tersingkir ke saingan Liga Perdana selepas menang tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot, Kuala Lumpur hasil sepakan percuma kapten Mohd Khairul Ismail pada minit ke-58.
    Dalam perlawanan lain, Sarawak menang tipis 1-0 ke FELDA United hasil jaringan tunggal Joel Epalle pada minit ke-38 di Stadium Hang Jebat manakala Sabah turut ceria menewaskan Kedah 1-0 menerusi sumbangan Juffrey Omopor pada minit ke-52 di Stadium Likas.

    David Silva Jelmaan Messi Sepanyol

    Berapa bintang? 
    DONETSK: Lapan gol dalam empat perlawanan – sekalipun separuh daripadanya dilakukan ketika menundukkan Ireland – Sepanyol kini menuju ke tarikh yang bakal menentukan takdir mereka dengan sasaran yang tidak pernah dilakukan - kejuaraan utama ketiga berturut-turut.
    SILVA (kiri) tonggak utama Sepanyol bertemu Portugal pada saingan separuh Euro 2012 awal pagi esok.
    Sepanyol berdepan banyak kritikan ketika menentang Itali dan Croatia kerana mereka tampak sukar menampilkan permainan menakjubkan, lebih-lebih lagi dengan jurulatih, Vicente Del Bosque yang tidak gemar menggunakan khidmat penyerang.
    Apa digunakan pengendali berkenaan – seperti Barcelona ialah cuba menggunakan sembilan pemain dengan memberi laluan kepada Cesc Fabregas – namun di Barcelona, peranan itu dimainkan Messi yang bertindak di posisi serangan.
    Untuk adil kepada Fabregas, dia sudah menjaringkan dua gol di Euro kali ini, namun di Barca, dia boleh memberikan peranan itu kepada Messi dan Del Bosque berkata jika Sepanyol mahu mencari kelibat pemain terbaik dunia itu, ia bukan dari Fabregas.

    “David Silva adalah Messi Sepanyol,” kata Del Bosque baru-baru ini sekalipun dia tidak meletakkan pemain Manchester City itu di posisi Messi dengan meletakkan di bahagian kanan sama seperti beraksi bersama kelabnya.

    Begitupun, Del Bosque melihat Fabregas sebagai tunjang utama bahagian tengah sambil memilih memasukkan Fernando Torres mencuri peluang atau serangan balas.

    Fabregas sendiri mengakui dia tidak sepatutnya dibandingkan dengan Messi.
    “Saya tidak pernah membandingkan diri saya dengan Messi, ia pastinya bodoh.” – AFP

    OST Miss Octopus (Drama): Lirik Lagu Kenapa-Daus AF8

    Berapa bintang? 
    OST , Lagu Tema Miss Octopus | Daus AF8 – Kenapa
    DRAMA BERSIRI,MISS OCTOPUS

    Lirik Lagu Tema Drama Miss Octopus | Daus AF8 – Kenapa

    Tubuhku menggeletar
    Di hati rasa berdebar
    Apabila kau muncul menjelma di depan mata
    Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
    Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
    Apakah sudah masuk musim cinta

    Chorus

    Katakan kenapa
    Kau buat malamku sukar untuk tidur
    Menanti esok tiba ‘tuk berjumpa
    Katakan kenapa
    Kau buat siangku asyik mengelamun
    Kepingin untuk bersama denganmu
    Katakan kenapa

    Ku jatuh hati padamu
    Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
    Bak kata mereka yang terbaik dari ladang
    Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
    Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
    Apakah sudah masuk musim cinta

    Ulang Chorus

    Ku jatuh hati padamu
    Apakah sudah masuk musim cinta

    Ulang Chorus

    Kepingin ‘tuk bersama denganmu
    Katakan kenapa

    Video, ,mp3 OST, Lagu Tema Miss Octopus





    tags:OST Miss Octopus (Drama): Lirik Lagu Kenapa-Daus AF8, Lagu Tema Miss Octopus, Sinopsis Miss Octopus, Miss Octopus, Lirik baru, Lirik lagu tema

    Tonton Drama Ameera Episod 12

    Berapa bintang? 
    Tonton Drama Ameera Episod 12

    Bahagian 1


    Bahagian 2

    Tonton Ameera Episod 13

    Berapa bintang? 

    Tonton Drama Ameera Episod 13

    Bahagian 1


    Bahagian 2

    Tonton Ameera Episod 14

    Berapa bintang? 
    Tonton Drama Ameera Episod 14 (Online)

    Bahagian 1


    Bahagian 2

    England Tersungkur Pada Penentuan Penalti

    Berapa bintang? 
    England tumpas kepada Itali menerusi penalti


    2012/06/25


    KIEV: England mengakhiri saingan Euro 2012 apabila tumpas kepada Itali 4-2 menerusi penentuan penalti selepas terikat 0-0 tamat masa tambahan suku akhir awal pagi tadi.

    Ashley Young dan Ashley Cole gagal menyempurnakan penalti bagi membolehkan Itali melangkah ke separuh akhir bertemu Jerman.
    Pengurus England Roy Hodgson berkata pemainnya melakukan yang terbaik Dan patut berbangga kerana terkandas menerusi penalti.
    Badi kegagalan penalti menjelma lagi buat England untuk kali keenam dalam tujuh percubaannya dalam saingan Euro sejak 1990.

    Tonton Video England VS Itali suku Akhir 2012 (Penalti 4-2)





    LEBIH BANYAK VIDEO, BERITA DAN LAPORAN TERKINI EURO 2012! Klik sini...

    Aksi Panas Bront Dalam Jiwa Taiko Memeranjatkan

    Berapa bintang? 
    RAMAI yang berdebar tatkala melihat satu persatu adegan panas Bront Palare di atas katil dalam filem terbaru lakonannya, Jiwa Taiko. Bukan tidak biasa melihat adegan sebegini dalam mana-mana filem tetapi untuk pelakon ini adegan bersama pelakon Nadiya Nisaa memang memberikan impak yang cukup besar.

    Semakin ramai yang datang menonton semakin banyak persoalan yang mereka bangkitkan. Bukan apa, kerana Bront memang terkenal sebagai pelakon hebat yang tidak pernah melakonkan babak begini.

    Bertemu dengan pelakon ini baru-baru ini, dia mendedahkan segala-galanya. Segala yang terbuku di hati peminat segera dijawab agar apa sahaja yang menimbulkan keraguan dapat dileraikan.

    "Memang pada awalnya saya sudah mengetahui tentang perkara itu. Osman Ali sudah beritahu awal-awal lagi yang saya kena melakonkan adegan panas seperti mana yang semua lihat di panggung.

    "Kalau ada di antara adegan dalam filem itu menyinggung mana-mana hati peminat, saya mohon maaf. Tidak ada niat lain yang membuatkan saya berani sebegitu sekali tetapi sekadar mencuba sesuatu yang baru.

    "Rasanya cukuplah sekali saya berani buat macam ni. Kalau pada masa hadapan masih ada lagi tawaran macam ni, memang saya tolak," kata pelakon yang cukup terkenal dengan filem Anak Halal ini lagi.

    Pada dasarnya, Bront tidak pernah meletakkan apa-apa syarat kepada mana-mana pengarah. Apa yang dilakukan olehnya hanyalah permulaan untuk satu kanvas baru yang bakal menentukan ke mana arahnya selepas itu.

    "Orang mungkin ingat kami benar-benar intim melakukan adegan berkenaan. Tapi sebenarnya ia dibantu oleh tenaga kerja yang lain termasuklah beberapa teknik yang digunakan untuk menampakkan ia benar-benar berlaku," jelasnya lagi.

    Bercerita mengenai industri perfileman pula, Bront lebih gembira dengan dasar yang telah ditetapkan oleh Finas yang mahu menayangkan satu filem baru setiap minggu sebagai satu alternatif mengurangkan lambakan filem baru.

    Walaupun ada pihak yang kurang senang dengan dasar baru berbanding dua minggu untuk syarat wajib tayang sebelum ini, bagi Bront ia perlu dipandang dari sudut positif terutama bagi mereka yang bekerja di belakang tabir.

    "Memang ada yang kurang senang dengan perkara itu. Saya melihat ia akan mendatangkan pekerjaan kepada orang-orang belakang tabir dan secara tidak langsung ia memperlihatkan industri kita yang semakin berkembang pesat.

    "Kita juga dapat tengok kesungguhan pembikin filem dalam menghasilkan karya-karya yang baik kerana mereka perlu bersaing dengan orang lain. Lantas, ini akan menimbulkan titik perbandingan dan peminat boleh menilai sendiri mana filem bermutu dan mana filem yang tidak bermutu.

    "Seharusnya tidak timbul isu filem yang tidak berkualiti memandangkan kita ada segala-galanya. Kalau aspek teknikal yang menjadi kekangan, saya rasa industri filem kita tidak seperti dulu lagi. Apa yang paling penting tenaga kreatif perlu pushing the limits untuk memberi yang terbaik dalam karya mereka," kata Bront.

    Elfira Loy Berlagak Tak Pakai Barang Murah?

    Berapa bintang? 

    Elfira Loy mula berlagak?



    SUMPAH, Joyah rasa loya-loya tekak bila dengar gosip ni sampai di telinga. Loya bukan sebab petanda mengandung ya adik kakak. Ni loya dengan kelakuan artis ni. Hah ini gosip mengenai artis remaja bernama Elfira Loy. Ala...jangan nak buat-buat tak kenal pula. Pelakon baru yang bulu keningnya hitam lebat tulah!
    Cerita seorang kawan Joyah ni, Elfira ni kecil-kecil pun boleh tahan perangai gedik dan berlagaknya.
    Cerita teman Joyah ni, si Elfira suka sangat mencanang pada orang yang dia ni pakai cuma barang berjenama.
    Barang-barang tak ada jenama, alergilah gamaknya kot.
    Hah kau! Maklumlah, tawaran berlakon sana sini gamaknya, jadi nak cakap kat orang yang duit dia berkepuk-kepuk lah? Macam tu?
    Ha...jangan buat main ya adik. Kita mulut ni memang kena selalu jaga. Kalaupun awak tak ada niat nak menunjuk-nunjuk, sekurang-kurangnya tak perlulah cakap begitu.
    Mampu beli, maka belilah. Tapi tak payah nak berlagak sangat. Kalau orang lain yang tak mampu tu mendengarnya, apa perasaan dia?
    Tapi Joyah pun ada juga terfikir. Betul ke barang-barang dia berjenama? Entah-entah made in Uptown atau Downtown jua. . . .tak ke kelakar tu?
    Apa pun, ini sekadar teguran. Bukan apa, Joyah takut kalau tak ditegur sekarang, nanti dah besar makin melarat. Jaga diri ya Elfira.

    sumber: utusan malaysia

    Tonton England Vs Itali Live Online Streaming 25/6/2012, Isnin

    Berapa bintang? 

    Tonton England Vs Itali Live Online Streaming 25/6/2012, Isnin

    Perlawanan Akan Bermula Jam 2:45 Pagi... Harap Maklum

    Sila Klik Link di bawah untuk menonton.


    Link 1

    Tonton Bukan Bidadari Episod 1

    Berapa bintang? 
    Tonton Drama Bukan Bidadari Episod 1

    Bahagian 1


    Bahagian 2


    Bahagian 3





    Pilihan Lain Yang Popular:


    Tonton Dejavu Di Kinabalu Episod 1

    Berapa bintang? 
    Tonton Drama Dejavu Di Kinabalu Episod 1

    Bahagian 1

    Dertyhbf Ep1_chunk_1 by mmfpage

    Bahagian 2

    Dertyhbf Ep1_chunk_2 by mmfpage

    Bahagian 3

    Dertyhbf Ep1_chunk_3 by mmfpage


    Pilihan Lain Yang Popular:


    Tonton Seindah Sakura Episod 24 (Akhir)

    Berapa bintang? 

    Tonton Seindah Sakura Episod 24

    Bahagian 1


    Bahagian 2


    Bahagian 3




    Pilihan Lain Yang Popular:




    Tonton Seindah Sakura Episod 23

    Berapa bintang? 
    Tonton Seindah Sakura Episod 23

    Bahagian 1


    Bahagian 2


    Bahagian 3



    Pilihan Lain Yang Popular:


    Tonton Drama Naziha Episod 2

    Berapa bintang? 
    Tonton Naziha Episod 2
    Bahagian 1


    Bahagian 2


    Bahagian 3



    Pilihan Lain Yang Popular:


    Tonton Drama Naziha Episod 1

    Berapa bintang? 
    Tonton Drama Naziha Episod 1

    Bahagian 1


    Bahagian 2


    Bahagian 3





    Pilihan Lain Yang Popular:



    Mampukah England?

    Berapa bintang? 
    Mampukah England?


    2012/06/24

    KAPTEN England Steven Gerrard (dua dari kiri) dan rakan sepasukan ketika sesi latihan di Krakow, semalam.

    Kemenangan ke atas Itali harus cipta sejarah

    KRAKOW: Kemenangan ke atas Itali pada suku akhir, awal pagi esok, akan membuka lembaran baru dalam bola sepak England.
    Ini kerana pasukan itu tidak pernah menewaskan negara bekas juara Piala Dunia itu pada peringkat kalah mati kejohanan utama yang diadakan di luar England.
    Jika berjaya menewaskan Itali, mereka akan bertemu Jerman di separuh akhir - pasukan yang belum pernah ditewaskan dalam kejohanan di luar Wembley.

    Satu-satunya pencapaian terbaik England ialah menewaskan Argentina 1-0 pada peringkat kumpulan ketika Piala Dunia 2002.

    “Kemenangan ke atas Itali akan membuka lembaran baru dalam bola sepak England,” kata pengendalinya, Roy Hodgson.

    “Semua statistik negatif yang membayangi pasukan ini boleh dihapuskan apabila anda mendapat satu keputusan positif. Saya sering berdepan situasi sebegini (ketika mengendali West Bromwich Albion).
    “Kami tidak pernah menang ke atas Aston Villa di Villa Park, kami tidak pernah menang perlawanan di Stoke, tidak pernah itu dan tidak pernah ini.”

    Dengan persiapan kurang rapi England menjelang kejohanan ini yang turut menyaksikan Hodgson dilantik menjadi pengendali pada saat-saat akhir sebelum siri kecederaan melanda pemain tonggak, kemenangan ke atas Itali boleh dianggap satu kejayaan besar pada kempen kali ini.

    “Kami mahu bermain dengan baik dan memenangi perlawanan. Kami tidak mahu tersingkir. Kami mahu meneruskan kempen ini.” - AFP
    Inspirasi Gerrard, Buffon


    2012/06/24



    "England lebih mantap di bawah Roy Hodgson berbanding pada 2010. Mereka mereka lebih tersusun dan serangan balas mereka juga pantas,” kata pengendali Jerman, Joachim Loew.

    Sebelum ini England cukup bersemangat, tetapi kini mereka disokong gaya permainan lebih kemas dan sukar ditembusi.
    “Dalam tempoh singkat, Hodgson membina pasukan baik, mantap dan bersedia menghadapi lawan mereka.
    Mereka tidak kelam kabut seperti 2010. Sekarang mereka bermain sebagai satu pasukan. Secara taktikal, mereka lebih baik berbanding 2010,” katanya yang masih segar dengan kemenangan pasukannya mengatasi Greece 4-2 pada aksi suku akhir, awal pagi semalam.

    Skuad kendalian Loew yang mempunyai jentera serangan berkesan itu, akan menanti pemenang antara England dan Itali, awal pagi esok pada aksi separuh akhir 28 Jun di Warsaw.

    Dalam pertemuan terakhir di kelompok 16 terakhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jerman membelasah England 4-1.

    Itali pula bukan pasukan sama tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 - pertama kali bekas juara dunia keluar terlalu awal. “Mereka bagus di bahagian pertahanan, bermain dengan baik. Kombinasi yang baik serta mempunyai pemain yang cukup pantas di bahagian serangan, amat berbahaya dalam serangan balas,” katanya. –

    Buffon Suruh Pasukan Tingkat Prestasi Hadapi England

    Berapa bintang? 
    Buffon lancar perang psikologi

    BUFFON yakin Itali memiliki kemampuan untuk menewaskan England pada aksi suku akhir awal pagi esok.

    KRAKOW, Poland - Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon melancarkan perang psikologi menjelang aksi suku akhir menentang England di Stadium Olimpik, Ukraine awal pagi esok.

    Meskipun mengakui terlalu awal untuk meramal Itali menjuarai Euro kali ini, Buffon, 34, berkata, skuad The Azzurri memiliki kemampuan untuk mencabar pasukan lain.

    Penjaga gol Juventus itu menegaskan bahawa Itali selaku juara dunia empat kali perlu memperbaiki prestasi mereka sekiranya mahu mara ke separuh akhir.

    Itali memulakan kempen Kumpulan C dengan keputusan seri 1-1 bertemu juara dunia, Sepanyol dan Croatia sebelum mencatat kemenangan 2-0 ke atas Ireland, sekali gus menduduki tangga kedua dalam kumpulan.

    Sebelum ini, kapten Itali itu menjelaskan bahawa dia tidak yakin dengan kemampuan pasukan itu untuk menjuarai kempen Euro kali ini dan sekali lagi menyatakan perkara yang sama pada satu sidang akhbar kelmarin.

    "Saya pernah beritahu sebelum ini bahawa saya rasa kami mungkin sukar untuk memenanginya. Kalau saya beritahu sebaliknya hari ini (kelmarin), maka saya mungkin seorang yang gila," kata Buffon secara berseloroh.

    "Ketika itu mungkin terlalu awal untuk membuat andaian kami mampu menjuarainya kerana kami akan berdepan Sepanyol, juara dunia dan juara Eropah, serta Jerman yang lebih hebat daripada kami.

    "Begitupun, ia tidak bermakna kami adalah pasukan belasahan bagi mereka."

    Itali masih belum kalah pada kempen Euro kali ini tetapi England turut memiliki rekod yang sama apabila memulakan kempen ini dengan seri 1-1 dengan Perancis sebelum menewaskan Sweden 3-2 dan Ukraine 1-0 untuk muncul juara Kumpulan D.

    Buffon yakin, untuk menjinakkan skuad kendalian Roy Hodgson itu, Itali harus meningkatkan prestasi mereka berbanding perlawanan lepas.

    "Kami berada pada peringkat lapan pasukan terbaik Eropah dan kami berjaya melepasi halangan dalam kumpulan tanpa sebarang kekalahan.

    "Namun, apa yang kami lakukan setakat ini masih belum cukup. Kami perlu meningkatkan lagi tahap permainan sekiranya mahu meneruskan kemaraan," tambahnya. - AFP

    Mizz Nina Teruja Kongsi Pentas Dengan Justin Bieber

    Berapa bintang? 
    Mizz Nina memerah keringat

    NINA mengaku dia dan Noh sama-sama memberi sokongan padu terhadap karier masing-masing.

    SOROT matanya redup menahan penat yang menjengah saban ketika. Lewat usia kariernya yang kini sudah berada di takat selesa berbanding dulu, Mizz Nina berjaya meletakkan dirinya dalam legasi sendiri.

    Benar dia bukan penyanyi yang mencabar kualiti vokalnya dengan lagu skala tinggi namun dia berani mencorakkan persada seni yang diceburi.

    "Alhamdulillah kini hala tuju karier saya semakin jelas dan pintu rezeki sentiasa terbuka," ungkap anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

    Tidak bergantung pada status keluarga, pemilik nama Shazrina Azman itu yakin akan kemampuannya berdiri atas kaki sendiri dalam segala aspek.

    Buktinya, selepas sambutan Aidilfitri tidak lama lagi Nina akan muncul bersama konsert jelajah hasil keringat dan titik peluh sendiri.

    "Insya-Allah, kalau tiada aral melintang saya ingin buat konsert jelajah sekitar September.

    "Konsert itu merangkumi Malaysia, Hong Kong dan Thailand," ceritanya bersungguh-sungguh.

    Kata Nina, dia masih mencari penaja untuk siri jelajah yang memendam sejuta makna bagi dirinya. Dalam pada itu, kalendar tahun 2012 milik Nina juga sudah semakin penuh terisi .

    "Tahun 2012 merupakan tahun yang sibuk bagi saya kerana banyak perancangan sementelah album Take Over dilancarkan pada bulan Mei lalu.

    "Bagaikan kena tepat pada masa, saya diundang pula untuk membuat persembahan pembukaan konsert MTV World Stage nanti," bicaranya menyusun kata.

    K-Pop

    Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan mentafsirkan jiwa Nina yang bergelojak saat diberi peluang beraksi selama 30 minit untuk konsert mega yang bakal berlangsung pada 14 Julai di Surf Beach, Sunway Lagoon kelak.

    "Konsert ini sangat besar maknanya kepada saya, ia umpama mimpi jadi realiti! Memang sudah lama saya idamkan untuk membuat persembahan di pentas MTV World Stage.

    "Lagi pula saya akan berkongsi pentas dengan Justin Bieber, Jay Park dan Kara, itu yang bertambah teruja," luncur katanya.

    Singkap Nina, pengalaman pertama kali ini tidak akan dipersiakan dan pelbagai kejutan akan dihadiahkan buat peminat.

    "Saya akan menyampaikan beberapa buah lagu antaranya What You Waiting For, Take Over dan Rentak Yang Sama, tapi selebihnya rahsia.

    "Konsert ini kali pertama saya menukar persalinan ketika menyanyi dan elemen yang saya ketengahkan adalah kuasa wanita! Saya juga tekankan permainan grafik dan pencahayaan," cerita Nina.

    Demi memantapkan persembahan itu lagi, Nina kini sedang giat menjalani latihan bersama penari-penari profesional setiap malam Isnin hingga Jumaat selama tiga jam.

    Janjinya lagi, dia akan turut mendendangkan sebuah lagu yang belum pernah dinyanyikannya sebelum ini semata-mata untuk konsert itu.

    Sementara itu, bisik Nina dia baru disunting oleh penyanyi K-Pop dari Korea untuk berduet dalam lagu terbaharu. Namun, jelasnya status itu masih dalam perbincangan.

    "Ini peluang saya untuk menerpa ke pasaran antarabangsa, memandangkan mereka yang berminat untuk bekerjasama maka tidak pula salahnya.

    "Kami boleh menggabungkan idea terbaik kami untuk mencambahkan muzik," kata Nina.

    Sedikit khabar mengenai album solo keduanya, Take Over yang sudah menjengah pasaran Jepun dan Singapura, cerita Nina, rata-rata pendengar memberikan respons positif.

    "Kelainan corak muzik antaranya beberapa lagu remix mencuri perhatian ramai, peminat pun kebanyakannya selesa mendengar arah muzik baharu seperti itu," ujarnya.

    Zuriat

    Dia bersedia, selaku penghibur harga privasi yang mudah diperdagangkan harus ditelan bulat-bulat.

    Tidak lari daripada tanggungjawab isteri kepada seorang penyanyi, ungkap Nina dimensi karier dan rumah tangga dua item berbeza.

    "Masing-masing faham tugas sebagai penghibur, saya dan Noh tidak putus memberi sokongan padu untuk karier masing-masing.

    Usai melangsungkan perkahwinan dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh pada sambutan hari jadinya ke 31 pada 1 Julai tahun lalu, bertalu-talu soalan perancangan keluarganya diaju.

    "Insya-Allah tahun depan kami merancang untuk mendapatkan cahaya mata, tapi kita tunggu dan lihat," jawab Nina.



    Pilihan Popular Lain:


    Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

    Kami Hantar lagu ke email anda

    Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

    Loading...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Arkib

    Cari Lirik