Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Rozita Che Wan Kahwini Zain Saidin Julai Ini

                                                            Rozita Che Wan Pilih Julai Kahwin Zain Saidin



                                                            Zain dan Rozita ketika bercuti di Universal Studios Singapura baru-baru ini. - Foto Instagram Zain Saidin.

                                                            Aktres Rozita Che Wan menjelaskan merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, pelakon, Zain Saidin pada penghujung Julai depan. Rozita, 42, juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggap tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

                                                            Bila Tarikh Nikah?

                                                            “Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

                                                            Dapat Restu Ibu

                                                            “Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.


                                                            Apa ciri Zain Yang Menarik Hati Rozita?

                                                            "Dia seorang yang romantik dan paling penting berani melamar saya. Sesiapa sahaja boleh meluahkan perasaan cinta tapi tidak sepertinya yang berani mengambil langkah seterusnya," jelasnya.

                                                            Zain  terkejut!

                                                            "Memang sebelum ini saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam jangkamasa terdekat tetapi apa pun kami akan berbincang mengenai tarikh yang sesuai," jelasnya.


                                                            kredit: mstar


                                                             Pilihan Berkaitan:

                                                            Tags:Zain Saidin, Rozita Che Wan

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib