Mari SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

Jom Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!








*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

Harimau Harus Terkam Chelsea!


Debaran pertemuan antara Harimau Malaya lawan Chelsea pastinya telah dirasai oleh para peminat sukan bola sepak negara. Meskipun pertemuan ini diibaratkan hanya seperti pemanas badan bagi anak-anak buah pengurus Jose Mourinho namun pasukan Harimau Malaya pasti mempunyai misi tersendiri.

Ini kerana selain mahu mencipta kejutan, pasukan Harimau Malaya juga kini dalam rangka persiapan menghadapi saingan kelayakan Piala Asia pada Oktober ini.Sebelum berdepan Bahrain, skuad negara terlebih dahulu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di Jepun dari 23 Julai hingga 1 Ogos dan seterusnya bertemu kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos.

Tengku Abdullah Tuntut Permainan Terbaik daripada Rajagobal!


Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menuntut jurulatih dan pemain negara agar memberi persembahan terbaik semasa bertemu Chelsea hari ini.

“Saya harap Rajagobal akan membariskan pemain yang terbaik dalam kesebelasan utama, cukuplah terus bereksperimen, sebab kali ini kami mahu mereka bermain dengan serasi memandangkan pusingan kelayakan Piala Asia akan berlangsung tidak lama lagi.

“Jadikan perlawanan ini sebagai persiapan terakhir untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap,” katanya.


Kalau boleh kami nak menanglah, kami harap Harimau Malaya membuat percubaan lebih dan mudah-mudahan dapat jaringan yang setimpal, memang akui perlawanan ini susah tapi sekurang-kurangnya cuba pertahan kedudukan dan tunjukkan corak permainan yang baik.

“Kami mahu lihat benteng pertahanan pasukan negara sepanjang perlawanan itu serta keupayaan penyerang-penyerang kita dalam segi statistik percubaan pada separuh masa pertama dan kedua,” katanya.



Mourinho Laung Amaran.


Sementara itu Mourinho yakin bahawa hanya beliau sahaja yang mampu menggantikan reputasi yang telah dicipta bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson yang telah bersara Mei lepas. Berikut petikan kata-katanya,

"Saya akan menjadi pengurus terulung dalam saingan Liga Perdana England.

"Perubahan besar dalam liga ialah pengurus terhebat (Ferguson) sudah tidak ada lagi.

"Beliau adalah pengurus yang sangat dihormati, dikagumi dan dipandang tinggi semua orang seperti bapa kepada liga di negara ini.

"Namun, beliau sudah tiada dan bagi saya, ini adalah masa untuk mengubahnya.

"Kini, saya adalah antara pengurus yang banyak menghabiskan masa dalam bola sepak, satu-satunya pengurus yang telah memenangi trofi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana England.

"Jadi, saya ada lebih banyak tanggungjawab untuk dipikul sebagai seorang pengurus yang berpengalaman.

"Begitupun, dalam aspek lain iaitu kelakuan, sokongan di UEFA, saya rasa sikap hormat dan tanggungjawab saya semakin kuat serta ia perlu dibawa ke arah lebih positif," ujarnya lagi

Chelsea Hanya Menang Tipis Lawan Thailand All Star


Walaubagaimana penampilan pertama Chelsea di bawah kendalian Jose Mourinho yang kembali bersama kelab itu musim ini tidak segah digambarkan sebelum ini. Ini berikutan hanya kemenangan tipis 1-0 berjaya dicatatkan ke atas Thailand All Star di Stadium Rajamangala di sini, malam tadi.

Walaupun keputusan itu lebih baik berbanding Manchester United yang dimalukan dengan jaringan 1-0 oleh pasukan yang sama.

Chelsea akan bertemu pasukan Malaysia XI kendalian Datuk K Rajagobal di Stadium Shah Alam hari ini, 21 Julai 2013 tepat jam 9:45 malam.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Harimau Malaya!


Tags:Chelsea, Liga Inggeris, EPL,

Pilihan Berkaitan:




No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik