(Hot!) Dapatkan Semua Lirik lagu Beyonce Sekarang!

Friday, July 3, 2015

OST Hidayahmu Ramadan

OST Lagu Tema Hidayahmu Ramadan 


LIRIK LAGU HIDAYAHMU - IPPO HAFIZ

Langit terbentang, lapang hatimu
Disaat kau lihat kebesarannya
Menanti waktu, silih berganti
Disaat kau mengharapkan kasihnya
Cahaya yang suram terlihat didepan
Saat kau mencari keredhaanNya

Ku biarkan masa berlalu
Dengarkan tangis tawamu
Menemankan sepi malam

Tags:OST Hidayahmu Ramadan, Lirik Lagu Hidayahmu - Ippo hafiz

OST Hidayahmu Ramadan (Samarinda TV3)

OST Lagu Tema Hidayahmu Ramadan (Samarinda TV3)

LIRIK LAGU KAU YANG SATU - NAZMI IRFAN

Tidak terungkap dengan rasa
Tiada cerita yang seindah kita
Tetapi ku akur
Bayangmu menjauh
Bagiku hanya kau yang satu

Selagi nyawaku bersama
Selagi jasadku dibumi nyata
Gelisah menunggu
Rinduku bertemu
Bagiku hanya kau yg satu

Bila cinta tak lagi bersama
Bila rindu tak mungku menyatu
Dan masihku tunggu
Kau kan ada disampingku
Menemani lena dan jagaku
Hanya kau yg satu

Tags:OST Hidayahmu Ramadan (Samarinda TV3), Lirik Lagu Kau Ynag Satu, Nazmi Irfan

Sinopsis Drama Hidayahmu Ramadan (Samarinda TV3)

Sinopsis Drama Hidayahmu Ramadan (Samarinda TV3)


Rangkaian televisyen TV3 akan mempersembahkan drama terbaru berjudul 'Hidayahmu Ramadan' yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3. Drama ini mula bersiaran mulai 4 Jun ini, setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.

JUDUL : HIDAYAHMU RAMADAN
EPISOD : 17 episod
TARIKH : Mulai 4 Jun 2015 (Selasa-Khamis 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios


WATAK PELAKON

  • Zara Zya sebagai Hidayah
  • Wina Azian sebagai Hidayah 12tahun
  • Aeril Zafril sebagai Amar
  • Nazrief Nazri sebagai Nazir
  • Danish Adam sebagai Nazir 12tahun
  • Reen Rahim sebagai Amira
  • Rahhim Omar sebagai Dato Mustafa
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Rogayah
  • Roy Azman sebagai Jalil
  • Sharifah Shahora sebagai Semah
  • Hairi Safwan sebagai Ismail
  • Zahira Macwilsona sebagai Dr Katrina
  • Falisha Crssley sebagai Mimi
  • Nur Qistina Raisah sebagai Mimi 8tahun
SINOPSIS:
Hidayahmu Ramadan membawa kisah cinta sepupu, yang mempunyai taraf hidup yang berbeza. Nazir graduan universiti manakala Hidayah pula hanya seorang pelajar Tingkatan Enam. Kemalangan yang menimpa menyebabkan Hidayah bergelar anak yatim.Bermula dengan rasa simpati, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Keakraban mereka akhirnya melahirkan bibit-bibit cinta. Tidak mahu bermenantukan orang miskin, ibu Nazir berusaha memisahkan mereka berdua. Apakah kesudahan cinta mereka? Dapatkah mereka bersama akhirnya? Saksikan 'Hidayahmu Ramadan' yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 4 Jun ini, setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3


Pilihan Berkaitan:


Tags:Sinopsis Drama Hidayahmu Ramadan (Samarinda TV3)

Sinopsis Drama Maid (ASTRO)

 Sinopsis Drama Maid (ASTRO)


Maid merupakan satu lagi drama adaptasi Novel yang bakal bersiaran di saluran Astro mulai 15 Jun 2015. Drama ini menampilkan gandingan mantap Zul Ariffin dan Ayda Jebat yang amat popular sebelum ini dengan drama Rindu Awak 200%. Drama ini bakal bersiaran pada bulan Ramadan ini, setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di Astro Ria & Ria HD.

JUDUL : M.A.I.D
EPISOD : -
TARIKH / MASA : Mulai 15 Jun 2015, Isnin-Jumaat (10malam)
SALURAN : Astro Ria (104) & Ria HD (123).
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Darkwave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda jebat, Nina Nadira, Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Hefny Sahad, Mak Wan Latah
PENULIS NOVEL: Suri Ryana

WATAK PELAKON:
  • Ayda jebat sebagai Noorul
  • Zul Ariffin sebagai MR.F/Harris
  • Nina Nadira Naharuddin sebagai Iman
  • Tasha Shilla Razak sebagai Elisa
  • Nina Juren sebagai Puan Sri Kirana
  • Nina Nadira sebagai Zaura
  • Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Hamdan
  • Hefny Sahad sebagai Haikal

SINOPSIS DRAMA MAID:
Drama Maid berkisarkan mengenai kehidupan seorang gadis biasa bernama Noorul (Ayda Jebat) yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang jurutera lelaki yang kacak iaitu Mr. F a.k.a Harris lakonan Zul Ariffin. Disebabkan sikap majikannya yang cerewet dan suka meminta dia masak pelbagai masakan membuat Noorul meluat akan lelaki itu.
Namun lama-kelamaan dari benci bertukar cinta akhirnya dan membawa  mereka ke gerbang perkahwinan. Namun kehadiran Elisa, yang menyintai Mr tambah merumitkan keadaan. Dapatkah Noorul menghadapi semua rintangan termasuk adik tiri yang turut menyimpan perasaan terhadapnya?Saksikanlah coretan kisah Noorul dan Mr F yang penuh dengan rencah dalam Drama MAID bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di Astro Ria & Ria HD.
 Semoga Terhibur:)


Tags:Sinopsis Drama Maid (ASTRO)

OST Eksperimen Cinta

OST Lagu Tema Eksperimen Cinta

Lirik Lagu Mungkin Kamu- Sissy Imann
Kau melihatku dari jauh
Mungkin anganku atau fantasiku
Ku terdiam dan terkaku malu
Menunggu masanya kau menegurku

Tapi sebenarnya
Mungkin pernah bersua kita
Aa.. aa.. papa

Mimpi indahku terbayangkan kamu mu mu
Sepertinya oh dejavu datang siang malamku
Terlihat kamu di sana na na
Ku tak terdaya a a

Pernahkah kita bersua dimanakah lokasinya
Mungkin di Paris
Mungkin di London
Mungkin Jakarta
Atau Korea
Mungkinkah dirimu?
Mungkin kamu

Kau tersenyum dan terus menyapa aku
Tidak ku sangka dan tidak ku percaya
Tak terkata apa nak dikatakan
Dan tak terucap apa nak diucapkan
Tapi sebenarnya mungkin pernah bersua kita

Mimpi indahku terbayangkan kamu mu mu
Sepertinya oh dejavu datang siang malamku
Terlihat kamu di sana na na
Ku tak terdaya a a

Pernahkah kita bersua dimanakah lokasinya
Mungkin di Paris
Mungkin di London
Mungkin Jakarta
Atau Korea
Mungkinkah dirimu?
Mungkin kamu

Tapi sebenarnya mungkin pernah bersua kita

Mimpi indahku terbayangkan kamu mu mu
Sepertinya oh dejavu datang siang malamku
Terlihat kamu di sana na na
Ku tak terdaya a a

Pernahkah kita bersua dimanakah lokasinya
Mungkin di Paris
Mungkin di London
Mungkin Jakarta
Atau Korea
Mungkin kamu, mungkin kamu
Mungkin kamu?

Tags:OST Eksperimen Cinta, Lagu Tema Eksperimen Cinta, Mungkin Kamu, Lirik Lagu Sissy Imann

OST Lagu Tema Drama Maid (Astro)

Lagu Tema OST Drama Maid (Astro)

Lirik Lagu Siapa Diriku- Ayda Jebat

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Aku bukan primadona
Aku bukan juga diva
Aku..aku..

Aku bukanlah superstar
Sampai nak mengada-ngada
Tunggu..Jangan cepat nak label ku
Biarkan berkata-kata apa sahaja

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Kau cuba jatuhkan ku
Tinggalkan aku seribu batu
Aku.. masih harapanmu
Biarkan berkata-kata apa sahaja

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan kau main kata
Tanpa usul periksa
Hanya manusia biasa
Kita tak sempurna

Hati-hati dengar sini
Jaga diri jaga hati
Sayang cinta rindu
Kau kata I love you

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Siapa diriku

Tags:Lirik Lagu Siapa Diriku- Ayda Jebat, OST Lagu Tema Drama Maid (Astro)

OST Drama Syurga Nur (Akasia Tv3)

Lagu Tema OST Drama Syurga Nur (Akasia Tv3)

LIRIK LAGU BENAR CINTA - AISHAHANIM

Terus berdiri aku dalam kegelapan
Dimana ku cari jalan cintaku
Apa masih ada lagi

Terus bertemu kita dalam kegelapan
Dimana hendak ku berselindung
Ada cinta atau hati ini

Aku ingin kau merasakannya
Aku ingin kau mendengarkannya
Sukar untuk ku tinggal kerna semua dah jadi
Dalam cinta

Aku ingin kau mengerti lagi
Aku ingin kau seperti dulu
Selami hati ini jangan biarkan aku
Keseorangan kasih.. Ohh..
Kasih.. Ohh..

Aku ingin kau merasakannya
Aku ingin kau mendengarkannya
Sukar untukku tinggal kerna semua dah jadi
Dalam cinta

Aku ingin kau seperti dulu
Aku ingin kau mengerti lagi
Selami hati ini jangan biarkan aku
Keseorangan kasih

Kembalikan cintaku dalam ketenangan
Agar aku dalam dakapanmu
Jangan tinggal ku sendiri
Dalam cinta - Dalam cinta

Tags:Lirik Lagu Benar Cinta- Aishahanim, OST Drama Syurga Nur (Akasia Tv3)

Sinopsis Drama Syurga Nur (Akasia TV3)

 Sinopsis Drama Syurga Nur (Akasia TV3)


Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini TV3 menyajikan drama istimewa dalam slot Akasia yang berjudul  'Syurga Nur'.  Drama ini memulakan tayangan pada 1 Julai 2015, dari Isnin hingga Khamis, jam 6:55 petang.

JUDUL : Syurga Nur
EPISOD : 28 episod
TARIKH / MASA : 1 Julai 2015 (Isnin-Khamis, 6.55pm)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Sofia J Rhyland
OLAHAN : Sheila Rusly
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
WATAK PELAKON
  • Janna Nick sebagai Nur Jannah / Nur Fatihah Nik Safuan
  • Amar Asyraf sebagai Kamil
  • Azrel Ismail sebagai Dr Haris
  • Sheila Rusly sebagai Sarina
  • Raja Ilya sebagai Alin
  • Dayana Roza sebagai Siti
  • Erwin Dawson sebagai Adib
  • Ammar Alfian sebagai Nik Safuan
  • Elin Sharliza sebagai Alia
  • Khairil Anwar Aman sebagai Dato johar
  • Anne Abdullah sebagai Datin Mariam
  • Shajiry sebagai Said
  • Aidil Alias sebagai Ustaz Azim
  • Yaya Zahir sebagai Emma
  • Mysarra Syahfiedzrien sebagai Nur (kanak-kanak)
  • Allif Ikqmal sebagai Kamil (kanak-kanak)

LAGU TEMA / OST SYURGA NUR:

1. Lirik Lagu Benar Cinta - Aisha Hanim

SINOPSIS DRAMA NUR
Syurga Nur menyorot kisah Nur(Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak kejadian itu Nur dibesarkan oleh mak ciknya, Alin (Raja Ilya) dan sering menjadi mangsa dera. Semasa Nur melarikan diri dia berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menjaga dan menyayanginya seperti anak kandung.
Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson). Mereka tidak suka kehadiran Nur dalam keluarga mereka.
Nur berjaya menjadi usahawan dan waktu itu Kamil mula mempunyai perasaan terhadap Nur. Namun dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Apabila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti, Nur mula perasan yang Kamil menyukainya.
Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Kamil akan bersama dengan Nur?


Tags:Sinopsis Drama Syurga Nur (Akasia TV3)

Pilihan Menarik

Senarai Tips Berguna & Panduan Kesihatan

Berikut Senarai Artikel Tips Berguna & Panduan Kesihatan: Makan Pisang Cegah Strok dan Hilangkan Tekanan Mengapa Kita Bertuah? ...

Pilihan Tertinggi