Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Lagenda Budak Setan

                                                            Trailer Filem Lagenda Budak Setan,



                                                            Lagenda Budak Setan mengisahkan mengenai kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. kehadiran pelajar baru yang menambat hati pemuda terbabit, Ayu, telah mengubah sikap dan kenakalan Kasyah.

                                                            Bibit percintaan mulai bercambah pabila hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat. Pada semester akhir, Kasyah telah pergi ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.

                                                            Sewaktu kepergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya masih mencintai Kasyah.

                                                            Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.

                                                            Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi bergoncang lantaran sikap panas baran dan pemabuk Azmi . Ayu sering menjadi mangsa pukul. Suatu malam, akibat tidak tahan didera Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.

                                                            Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kisah lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta memperkenalkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.

                                                            Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.
                                                            Para pelakon: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar dan Nur Fazura.

                                                            Tags: Filem Lagenda Budak Setan, Sinopsis Lagenda Budak Setan, Lisa Surihani, OST Lagenda Budak Setan, Farid Kamil, Lagu Tema Lagenda Budak Setan, Novel terlaris Ahadiat Akashah Lagenda BUdak setan

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib