Rancangan Astro sepanjang ramadhan
BULAN Syaaban dalam kalendar Islam semakin menghampiri penghujungnya dan umat Islam kini pasti menunggu kehadiran bulan yang penuh mulia iaitu Ramadhan al-Mubarak.
Seperti biasa, walau ia bulan yang sentiasa akan dipenuhi dengan amal ibadah, namun stesyen TV tidak akan ketinggalan memenuhi jadual mereka dengan pelbagai rancangan yang bersesuaian dengan bulan ini.
Astro sendiri tidak ketinggalan mengekalkan kegemilangan dan tradisi dalam menyediakan kepelbagaian kandungan untuk memenuhi cita rasa penonton yang berbeza dengan program-program terbaik yang penuh dengan pengajaran dan memupuk kasih serta ikatan kekeluargaan
Malah, pihak Astro turut menaikkan jumlah pelaburan untuk tayangan program-program istimewa Ramadhan dengan menambah jumlah siaran jam di saluran-saluran terpilih dari 173 jam (2009) menjadi 197 jam pada tahun ini.
Saluran-saluran Melayu Astro iaitu Astro Citra, Astro Prima, Astro Warna, Astro Ria dan Astro Awani akan terus berselang-seli memberikan program-program terbaik 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di sepanjang bulan Ramadhan.
Astro Citra terlebih dahulu akan memulakan hari dengan menyiarkan seleksi filem-filem kegemaran Malaysia melalui segmen Sinema Sahur dan diakhiri dengan siaran langsung solat sunat Terawikh dari Masjidil Haram di Mekah melalui Astro Oasis.
Menurut Pengurus saluran Astro Oasis, Izelan Basar, pada tahun ini, 19 buah program baru diperkenalkan berbanding 13 buah program baru sahaja pada tahun lalu.
"Seperti biasa solat sunat Terawih akan disiarkan secara langsung dari Masjidil Haram, Mekah dan bacaan Tadarus al-Quran juga bakal dibacakan melalui Astro Oasis setiap hari.
"Program-program hebat seperti drama bersiri, telefilem, majalah mahupun filem-filem telah disusun teliti sepanjang hari bagi memastikan para penonton disajikan dengan hiburan-hiburan ringan di sepanjang bulan Ramadan ini.
"Pelbagai program yang mempunyai pengisian nilai-nilai kerohanian dan suntikan elemen-elemen pengajaran di sebalik hiburan yang bermutu tinggi akan disediakan," ujarnya ketika ditemui di majlis pratonton Astro Ramadhan 2010 di sini baru-baru ini.
Merisik khabar
Ujar Izelan, Astro Prima turut menyediakan senarai khas bagi telefilem-telefilem yang akan bersiaran sepanjang bulan Ramadhan bagi kepuasan penonton.
Di antara drama-drama yang bakal menanti para penonton ialah Isteri Buat Ayahku, Mee Janda, Burger Layan Diri, Teh Tarik Kurang Manis dan Anak Rintih.
Selain itu, dua buah drama bersiri dijangka akan menarik perhatian para penonton di sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu Geng Surau (Astro Oasis) dan juga Qalesya (Astro Prima) yang kembali bagi musim kedua.
Geng Surau merupakan sebuah drama komedi yang berunsur ilmiah dan menerapkan ilmu agama dan dijangka dapat menarik minat ramai orang kerana ia bersifat santai walaupun menerap unsur dakwah.
Istimewa pada bulan puasa kali ini juga, Astro Prima akan menyiarkan sebuah program majalah hebat berjudul Merisik Khabar yang diambil ilham melalui segmen bersama Aznil Nawawi di Radio Era.
Rancangan ini memaparkan wartawan Astro membantu golongan-golongan susah yang terpilih bagi menaikkan taraf hidup mereka.
Astro Citra juga akan menyediakan Slot Sinema Sahur setiap hari bermula 4.30 pagi yang menyiarkan pelbagai filem tempatan menarik sepanjang Ramadhan seperti Talentime, Rock, I'm Not Single, Cuci, Los & Faun dan banyak lagi.
Slot itu diadakan sebagai menemani mereka yang bangun pagi dan menyediakan juadah untuk sahur bersama keluarga.
Astro Ria juga tidak ketinggalan menyiarkan Uniknya Ramadhan… Shahir yang akan membawa penonton mengikuti perkembangan Shahir dan persiapannya menyambut Hari Raya sebagai seorang bintang.
Sumber: Utusan online.
Tags: Astro Citra, Slot Sinema Sahur, Uniknya Ramdhan bersama Shahir, Talentime, Rock, I'm Not Single, Cuci, Los & Faun, Astro Ria, Astro Prima, Astro Warna, Astro Awani,solat sunat Terawikh dari Masjidil Haram di Mekah melalui Astro Oasis, Isteri Buat Ayahku, Mee Janda, Burger Layan Diri, Teh Tarik Kurang Manis dan Anak Rintih.Geng Surau ,Astro Oasis, Qalesya
Lagu Raya best, Download Lagu, OST Drama 2024, OST Drama melayu, lagu terbaik, tonton drama melayu online, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu malaysia, lagu inggeris, lagu korea, OST Dia Yang Ku Jadikan Suami, OST mechamato movie, lagu mechamato movie, lirik lagu temaniku yonnyboii, OST kampung people 3, ost terima kasih cinta, ost jesnita, ost luka di hati diya, ost hati tanpa rasa, ost kudeta, , ost i love you mr clown,
Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024
- Lirik Lagu Raya Baru :Syukur Lebaran -Aina Abdul
- Lirik Lagu Raya Baru :Indahnya Raya-Fairuz Misran
- Lirik Lagu Raya Baru: Selamat Berhari Raya-Ariff Bahran & Sar...
- Lirik Lagu Raya Baru :Menanti Di Aidilfitri-Wany Hasrita, Wan...
- Lirik Lagu Raya Baru: I Love You I Miss You Raya-Ukays
- Lirik Lagu Raya Baru: Tak Dapat Raya-Floor 88 & Baby Shima
- Lirik Lagu Raya Baru: Bersyukur Seadanya - Hael Husaini
- Lirik Lagu Raya Baru : Joget Lebaran -Lan Solo & Fitri Haris
- Lirik Lagu Raya Baru :Seru Hari Lebaran-Syamel & Ernie Zakri
- Lirik Lagu Raya Baru: Sepuluh Jari - iamNEETA
- Lirik Lagu OST Diari Ramadan Rafique
- Lirik Lagu Raya Baru: 10 Jari Aidilfitri -Forteen
- Lirik Lagu Raya Klasik: Cahaya Aidilfitr- Black Dog Bone
- Senarai Lagu Raya Terbaru + VIDEO
- Lirik Lagu Raya Projector Band-Sudah ku Tahu Raya +Video...
- Lirik Lagu Raya Cinta Di Hari Raya-Salem + Video
- Lirik Lagu Raya Berakhir Ramadhan-Atmosfera + Video
- Lirik Lagu Raya HidayahMu - Shila Amzah + Video
- Lirik Lagu Raya Lara Dalam Kerinduan-Aiman Tino + Video...
- Lirik Lagu Raya Ku Pohon Restu Ayah Bonda -Mamat (Exist) + Video...
- Lirik Lagu Raya Selamat Hari Raya-Saloma(+ Video)
- Lirik Lagu Raya Rindu Raya -Spider _+ Video
- Lirik lagu Raya Pulanglah - Aishah + Video
- Lirik Lagu Raya Salam Aidil Fitri-Jamal Abdillah+ Video
- Lirik Hang Raya Pi Raya-Khalifah + Video
- Lirik Lagu Raya Khalifah -Hang Pi Raya
- Lirik Lagu Raya Jamal Abdillah- Salam Aidilfitri
- Lirik Lagu Raya Siti Nurhaliza- Hari Kemenangan
- Lirik Lagu Raya Siti Nurhaliza- Air mata Syawal
- Lirik Lagu Raya Siti Nurhaliza-Nazam Lebaran
- Lirik Lagu Raya Siti Nurhaliza-Sesuci Lebaran
- Lirik Lagu Raya Black- Anugerah Terindah
- Lirik Lagu Raya Bunkface- Anugerah Syawal
- Lirik Lagu Raya Dayang Nurfaizah -Syukur Selalu
- Lirik Lagu Raya P Ramlee- Dendang Perantau
- Lirik Lagu Raya Rafeah Buang- Bila Takbir Bergema
- Lirik Lagu Raya Sudirman- Balik Kampung
- Lirik Lagu Raya Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
- Lirik Lagu Raya Sanisah Huri- Bersabarlah Sayang
- Lirik Lagu Raya Sanisah Huri-Aidilfitri
- Lirik Lagu Raya Al Jawaher- Selamat Hari Raya
- Lirik Lagu Raya Saloma -Selamat Hari Raya
- Lirik Lagu Raya Sharifah Aini- Suasana Hari Raya
- Lirik Lagu Raya Anuar Zain dan Elina- Suasana Di Hari Raya
- Lirik Lagu Raya Aman Shah- Kepulangan Yang Di nanti
- Lirik Lagu Raya Mamat Exist- Ku Pohon Restu Ayah Bonda
- Lirik Lagu Raya Al Mizan - Selamat Hari Raya
- Lirik Lagu Raya Ahmad Jais- Selamat Hari Raya
- Lirik Lagu Raya Senario- Puasa Dan Raya
- Lirik Lagu Raya D.J Dave- Menjelang Hari Raya
- Lirik Lagu Raya S. Jibeng- Musafir Di Aidilfitri
- Lirik Lagu Raya Aisyah -Pulanglah
- Lirik Lagu Raya M Nasir -Satu Hari Di Hari Raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Arkib
-
▼
2010
(1098)
-
▼
August
(9)
- OST 8 BULAN - LAGU KEKANDA ADINDA -- MONOLOQUE & A...
- Lirik Lagu Taylor Swift -Mine lyrics
- Lirik Harapan Ramadhan - Raihan feat Mambai
- Lirik True Love - Katy Perry feat Ke$ha lyrics
- Lirik Bunkface - You And Me lyrics
- Program Terbaik Di Astro Pada Bulan Puasa
- TEATER CUCI THE MUSICAL LEBIH HEBAT
- ASYRAF, JUARA SULUNG IMAM MUDA
- Katy Perry - Teenage Dream lirik
-
▼
August
(9)
No comments:
Post a Comment
Komen di sini