Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis, Trailer, OST, Lagu Tema Drama Akasia : Tiramisu

                                                            Sinopsis Tiramisu:
                                                            Drama romantis komedi bersiri terbaru berjudul Tiramisu bakal ditayangkan pada 27 Disember 2010 ini bagi menggantikan drama Seribu Kali Cinta melalui Slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama ini diterbitkan oleh Kabir Bhatia, Mira Mustafa dan Francis Foo.
                                                            Pelakon-pelakon yang membintangi drama Tiramisu ini ialah Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik). Pastinya ramai yang tidak sabar menanti untuk melihat lakonan adik Mia Sara yang pernah berlakon sebagai watak Amani dalam drama Adamaya sebelum ini.
                                                            TIRAMISU mengisahkan Melur (Sharifah Amani) dan Dani (Pierre Andre) yang telah berkawan rapat semasa belajar di sekolah terpaksa berpisah apabila Dani memilih untuk menyambung belajar di luar negara.
                                                            Mereka berjanji bahawa sekiranya masih bujang pada usia 28 tahun, mereka akan berkahwin. Melur dan Dani berhubung menerusi emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing. Namun, takdir telah menemukan semula Melur dan Dani. Apakah mereka masih saling menyintai?

                                                            Tags:Sinopsis, Trailer, OST, Lagu Tema Drama Akasia : Tiramisu

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib