Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            8TV Showdown 2011 Final, Siapa Juara?

                                                            Akhirnya rancangan tarian terhangat di Malaysia iaitu Showdown 2011 telah pun diketahui siapa pemenangnya. Sebelum ini juri telah mengejutkan para peserta ini apabila mengumumkan keempat-empat mereka layak ke final. Pada Battle yang terakhir dua krew telah dipilih untuk berentap. Dua krew itu ialah HMC phlow dan Elecoldxhot. Ternyata dua krew ini telah menampilkan persembahan yang cukup mantap dan hebat namun rezeki lebih menyebelahi ECX setelah mendapat undian tertinggi penonton. Maka Elecoldxhot diumumkan sebagai Juara Baru Showdown musim kedua seLepas Wakaka.

                                                            Apapun semua krew berhak mendapat pujian atas persembahan menghiburkan yang disajikan. Mereka semua berusaha keras dan bersaing sengit antara satu sama lain. Namun Rokustep terlebih dahulu diumumkan tersingkir daripada pertandingan. Kemudian diikuti Bounce Stepperz yang cukup dikenali dengan identiti unik mereka yang menyelitkan unsur tradisi. Selain itu persembahan krew top 12 lain juga patut dibanggakan...




                                                            Laporan minggu sebelumnya:

                                                            Kini satu lagi Rancangan Realiti Terhangat di Malaysia bakal melabuhkan tirai. Bahangnya kian terasa.


                                                            INi recap untuk episod lepas yang menarik dan menghiburkan. Tamat Live Show ini, maka tinggal 4 lagi kumpulan atau crew yang akan bertanding nanti.Rancangan realiti tv 8TV SHOWDOWN 2011 akan menuju ke final pada Rabu depan.  Siapa agaknya bakal memenangi RM 50 000?

                                                            Sama-sama kita nantikan!


                                                            Mari kita imbas kembali apa terjadi pada episod lepas. Dengan tema Magic, Panic Crew mempamerkan persembahan kurang memberangsangkan berbanding kumpulan lain. Maka pada penghujung rancangan, mereka diumumkan tersingkir.
                                                            Berikut nama Krew yang tersenarai dalam Top 5:
                                                            • Bounce Stepperz
                                                            • Rokusteps
                                                            • Panic
                                                            • Elecoldxhot 
                                                            • HMC Phlow


                                                            Seperti biasa ECX membuat persembahan terbaik dan terkecuali dari pusingan Battle. Mereka berada dalam kelas tersendiri dengan kreativiti yang ditunjukkan. Malah HMC Flow yang diwar-warkan bakal mencabar ECX makin kurang menyengat. Pengacara Showdown, Hafiz hampir berjaya membuat para penonton tertipu apabila memanggil keluar ECX sewaktu mengumumkan 4 kump bottom4.

                                                            Dalam pusingan Battle, HMC Phlow telah berlawan dengan Panic. Mereka berjaya memikat hati juri dan diberi kemenangan. Bounce Stepperz pula kalah kepada Rokusteps
                                                            Buat pertama kali, crew yang kalah dalam Battle bersaing sekali lagi. Kali ini adalah Bounce melawan Panic.

                                                            Dan Panic sekali lagi tewas dalam Battle ke-2 ini dan diumumkan tersingkir oleh juri.

                                                            Pada yang terlepas Live Show episod ini, korang boleh tengok semula rancangan tersebut di sini Live Show SHOWDOWN 2011

                                                            Siapa agaknya yang anda rasa bakal bergelar juara antara ECX, HMC Phlow, Bounce Stepperz atau Rokusteps? Kongsi pendapat anda...

                                                            Sama-samalah kita saksikan nanti pada 6 Julai! Jangan lupa sokong krew kegemaran anda.

                                                            tags: The Final Showdown 2011, final showdown8TV Showdown 2011 Final, Showdown akhir, keputusan the final showdown 2011, Siapa juara Showdown, pemenang showdown, tonton live final showdown 2011, crew showdown, siaran langsung, 8tv showdown, the battle showdown, Bounce Stepperz, Rokusteps,Panic,Elecoldxhot,HMC Phlow, photo showdown, foto showdown, gambar showdown 2011, video showdown 2011, the final showdown results,

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib