Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Video You Tube Pelajar Malaysia Cedera Dipukul Dan Dirompak Di London, UK

                                                            VIDEO RUSUHAN DI TOTENHAM
                                                             Video You Tube Pelajar Malaysia Cedera Dipukul Dan Dirompak Di London, UK




                                                            Berikut laporan Utusan Online:

                                                            Penuntut Malaysia dibelasah, samun


                                                            MUHAMMAD Asyraf Haziq Rossli, 20, (kanan) dipukul dan disamun perusuh di London, semalam. – Youtube


                                                            IPOH 9 Ogos - Seorang penuntut Malaysia cedera dibelasah dan disamun sekumpulan remaja dalam kejadian rusuhan yang berlaku di London dan beberapa bandar di Britain.
                                                            Dalam kejadian yang berlaku di Barking, Timur London itu, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang patah tulang rahang dan gigi terpaksa dimasukkan ke Hospital Royal London.
                                                            Difahamkan ketika kejadian, penuntut bidang perakaunan berasal dari Ampang itu keluar bersama rakan-rakannya untuk membeli juadah berbuka puasa.
                                                            Visual Asyraf yang duduk sambil mengusap mulutnya yang berdarah dan dikelilingi lebih 10 remaja itu dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube hari ini di bawah tajuk 'Heartless robbery in London riots!!!!
                                                            Video itu juga sempat merakamkan aksi seorang pemuda berkulit putih yang dengan selamba membuka beg galas Asyraf dan menyamunnya lalu berlalu tanpa sesiapa pun yang menegahnya.
                                                            Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom, Dzuhair Hanafiah berkata, Asyraf kini menjalani pembedahan membetulkan tulang rahang.
                                                            Menurut Dzuhair, Barking adalah salah satu kawasan tegang dan panas dalam beberapa siri rusuhan serta kekacauan sejak tiga hari lalu di London.
                                                            Katanya, Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) dan Kelab UMNO London kini berusaha memindahkan penuntut ke kawasan selamat.
                                                            Penuntut serta rakyat Malaysia yang terjejas dinasihatkan menghubungi MSD di UK atau Kelab UMNO UK di info@umnolondon.com atau talian +447435644040.

                                                            tags:asyraf hazlan, gambar video youtube pelajar malaysia cedera dipukul di rompak dlm rusuhan di london uk, heartless robbery in london riot video, pelajar tajaan mara perakaunan, tv3, video rusuhan,Video Pelajar Malaysia Cedera Dipukul Dan Dirompak Di London, Video Pelajar Malaysia Cedera Dipukul Dan Dirompak Di Totenham,Video You Tube Pelajar Malaysia Cedera Dipukul Dan Dirompak Di London, UK

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib