Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            OST, Lirik Lagu, Sinopsis Tema Drama Soffiya Tv3

                                                            Sinopsis Drama Soffiya di TV3


                                                            Slot AKASIA menayangkan sebuah lagi siri drama penuh emosi, SOFFIYA lakonan hebat Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Azhar Sulaiman dan Syazwan Zulkifli mulai 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

                                                            Sinopsis Drama Soffiya:

                                                            Soffiya, seorang gadis cantik yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman yg merupakan seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.

                                                            Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?

                                                            OST Drama Soffiya (slot Akasia)
                                                            Lagu Tema Drama Soffiya



                                                            Lirik Lagu :
                                                            Beralih musim ke musim
                                                            Hati tetap serupa
                                                            Tiada yang berubah
                                                            Dari hari dikau pergi
                                                            Dikau pergi

                                                            Penjara.. hidup ini penjara
                                                            Tanpa ada simpati
                                                            Kepada sang kekasih
                                                            Yang dilanda, yang dilanda
                                                            Kehilangan..

                                                            Chorus:
                                                            Masih jelas setiap garisan halus
                                                            Bila senyuman kau ukirkan untukku
                                                            Masih jelas setiap lekuk penjuru
                                                            Menghiasi wajahmu
                                                            Waktu kau renung aku

                                                            Ratib sendu..
                                                            Ratib sendu bergetar dalam kalbu
                                                            Hingga menitis linang
                                                            Dari kelopak mata
                                                            Keranaku keranamu dipisahkan

                                                            (ulang chorus)

                                                            Sudah suratan takdir begini
                                                            Segalanya sementara
                                                            Selagi hayat masih ada
                                                            Kau bertakhta di hatiku

                                                            (ulang verse 1)

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib