Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Penyanyi Aishiteru Kena Tipu

                                                            Mahu sambung Aishiteru 2

                                                             Zivilia Band kini muncul dengan single kedua mereka, Aishiteru 2.

                                                            Ujar vokalis dan pencipta kedua-dua lagu Aishiteru dan Aishiteru 2, Zulklifli atau Zul: “Jika Aishiteru mengisahkan tentang rindu kepada kekasih kerana berada jauh di negara lain, Aishiteru 2 pula berkisar tentang pertemuan namun cinta yang cuba dipertahankan terkandas akhirnya.

                                                            “Saya akui, ia ditulis berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri. Sebenarnya lagu Aishiteru merupakan sebuah trilogi. Ini kerana akan ada satu lagu kesinambungannya iaitu Aishteru 3 dan rasanya itu merupakan yang terakhir,” tutur Zul.

                                                            Kenapa Pilih Judul Sama?

                                                            “Walaupun pernah dikritik, Zivilia Band tidak ada idea banyak untuk judul lagu, namun hakikatnya itulah yang menjadi cabaran buat band ini,” kata Zul lagi.


                                                            ZIVILIA BAND terdiri daripada Obot, Zul dan Idham.

                                                            Dalam pada itu dedah Zul, sebelum bersama Zivilia Band di bawah naungan Nagaswara Music Corp. pada tahun 2010, single Aishiteru sudah berkemandang menerusi corong-corong radio tempatan Indonesia.

                                                            Zul pernah ditipu

                                                            “Saya pernah merakam single Aishiteru pada tahun 2008 sebelum wujudnya kumpulan Zivilia ini.

                                                            “Setelah merakamnya di studio, saya perdengarkan kepada teman-teman saya. Tidak dinafikan, ternyata lagu ini dapat diterima ramai.

                                                            “Justeru, mereka menyebarkannya sehinggalah ia diputarkan di corong-corong radio. Namun, ketika itu pendengar tidak mengenali kami dan memberikan pelbagai judul untuk lagu ini,” ceritanya yang turut merakam lagu ini sebanyak dua kali sebelum ia meraih populariti bermula pada tahun 2009.

                                                            Katanya lagi, dia pernah ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab kononnya ingin membantunya untuk bernaung di bawah label syarikat rakaman terkemuka.

                                                            “Mereka mahu peruntukan sejumlah wang kononnya untuk membuat perbelanjaan bagi mengenali orang kuat syarikat label serta penerbit terkenal.

                                                            “Namun, ternyata saya ditipu dan saya tidak mendapat apa-apa pulangan. Tetapi, setelah lagu ini melonjak dan dikenali, saya juga mula berasa optimis bahawa saya boleh menemui kejayaan dengan single tersebut,” cerita Zul mengimbau kenangan ketika ingin memulakan karier sebagai sebuah band.


                                                            sumber: Kosmo


                                                            Pilihan Berkaitan:




                                                            Tags:Aishiteru 2, Zivilia Band, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib