Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Artis Sabah Sokong Perajurit Malaysia

                                                            Artis Sabah Sokong Perajurit Malaysia


                                                            Pencerobohan di Lahat Datu bukan sahaja mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang prihatin mengenai isu keselamatan negara malahan sebahagian artis dari Sabah turut membantah kejadian itu selain memberi sokongan terhadap anggota keselamatan yang berjuang untuk negara.

                                                            Berikut pendapat penyanyi berasal dari Tambunan, Sabah, Jimmy Palikat, 34.

                                                            "Saya sangat sedih mendengar ramai anggota polis kita yang mati dibunuh tentera Sulu, sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menghormati dan menyanjung mereka yang terkorban sebagai wira negara.

                                                            "Selama ini kita selalu mempertikaikan tugas-tugas anggota polis dan tentera, sekarang baru kita sedar betapa besarnya tanggungjawab yang mereka pikul untuk pertahankan negara."


                                                            "Selama ini kita hidup dalam keadaan aman damai, jadi bila timbul huru-hara seperti ini kita jadi panik dan ingin tahu. Lebih-lebih lagi tempat tinggal saya di Tambunan tidak jauh dari tempat kejadian," ujarnya.


                                                            Menurut Marsha Milan Londoh pula:
                                                             

                                                            "Ketika menerima berita ini, saya sangat terkejut, selama ini kita hidup aman sejahtera dan tidak menyangka ia boleh jadi begitu serius.

                                                            "Saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa sebarang pertumpahan darah lagi.

                                                            Marsha  berasal dari Tamparuli, dan risau dengan keselamatan ahli keluarga yang tinggal di bandar berhampiran iaitu Tawau.

                                                            Bagi Penyanyi Adam (AF) pula:

                                                            "Ada rakan-rakan saya yang pindah buat sementara sehingga isu ini selesai bagi menjaga keselamatan keluarga, ada juga segelintir yang berada dalam keadaan ketakutan di sana," katanya.

                                                            Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, berkata dia ada bertanya khabar berita daripada rakan-rakannya di sana, dan kebanyakan mereka berada dalam keadaan bimbang, malah ada yang sudah berpindah ke tempat lebih selamat.

                                                            Menurut pengarah dan pelakon Afdlin Shauki, 42:

                                                            "Saya secara peribadi merasa amat bimbang dengan apa yang terjadi di Lahad Datu, Sabah. Saya harap ada saluran yang boleh saya beri bantuan dan pertolongan yang patut," katanya.

                                                             Pilihan Berkaitan:

                                                            Tags:Artis Sabah Sokong Perajurit Malaysia,

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib