Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Bekas Kekasih Sindir Puteri Sarah Bertudung di Facebook?

                                                            Ammar Alfian Sindir Puteri Sarah Bertudung di Facebook?


                                                            Umum sedia maklum yang pelakon Puteri Sarah telah pun mengubah imej  kepada bertudung baru-baru ini. Ada juga khabar angin bertiup kencang yang mengaitkan tindakan tersebut disebabkan dirinya yang telah putus cinta dengan kekasihnya, Amar Alfian pada akhir tahun lalu.

                                                            Kini timbul kontroversi baru berikutan kenyataan Ammar di Facebook yang kononnya menyindir Puteri Sarah. Adakah benar tanggapan itu? Apa pula kenyataan tersebut?

                                                            Berikut petikan dari lama Facebook Amar Alfian:

                                                            "Dah mula pakai tudung eloklah tunjuk perangai baru yang baik, bukan untuk publisiti kononnya sudah berubah tapi perangai hina orang lain itu tidak menunjukkan yang awak sudah berubah,"

                                                            Berikut pula penjelasan Amar Alfian mengenai isu tersebut di Mstar Online:

                                                            "Saya tulis secara ‘random’ (rambang) sahaja, tidak maksud atau tujukan kepada orang tertentu, ia hanya kenyataan umum sahaja.

                                                            "Kalau dia (Puteri Sarah) dah pakai tudung itu bagus untuk diri dia, sebab sebelum ini dia pernah bercerita kepada saya hasratnya untuk pakai tudung,"


                                                             Pilihan Berkaitan:

                                                            Tags:Berita hiburan, Puteri Sarah, Artis bertudung, foto

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib