Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis Drama Satu Hari (Ratu TV9)

                                                            Sinopsis Drama Satu Hari (Ratu TV9)



                                                            JUDUL : SATU HARI
                                                            EPISOD : 14 episod
                                                            TARIKH : 2 Disember 2014 ( Selasa & Rabu - 8.30 malam)
                                                            SIARAN : Slot Ratu saluran TV9
                                                            PENGARAH : Jamal Khan
                                                            TERBITAN : Primeworks Studio Sdn. Bhd
                                                            PELAKON : Remy Ishak, Sara Ali, Rita Rudaini, Miller Khan

                                                            WATAK PELAKON DRAMA SATU HARI

                                                            Remy Ishak sebagai Isfahan
                                                            Sara Ali sebagai Sabrina
                                                            Rita Rudaini sebagai Lia
                                                            Miller Khan sebagai Moez

                                                            Sinopsis:

                                                            Drama Satu Hari mengangkat kisah seorang suami yang kecewa akibat dikhianati si isteri tercinta.

                                                            Akibat tidak dapat menerima hakikat itu, Isfahan (Remy Ishak) telah membawa diri dan tinggal di Sarajevo. Isteri yang telah dikahwini selama 9 tahun, Lia (lakonan Rita Rudaini) akhirnya berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan).

                                                            Di Sarajevo hati Isfahan tertarik dengan kehadiran Sabrina (Sara Ali) seorang penganalisa air mentah di Sarajevo. Wajah comel dan sikap misteri yang dimiliki gadis itu membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta lagi.

                                                            Namun ada halangan yang menanti. Semasa Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian anaknya Puteri, Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez.

                                                            Adakah Remy akan kembali dengan Lia atau memilih Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

                                                            Kalau mahu tahu jangan lupa tetapkan  Drama Hebat berjudul Satu Hari di TV9 ini dalam jadual anda setiap Selasa dan Rabu mulai jam 8:30 malam.

                                                            Pilihan Drama Melayu Terbaru + Popular 2015:



                                                          • Istikharah Cinta (baru!)


                                                          • Asam Pedas Untuk Dia(baru!)


                                                          • Satu Hari(baru!)


                                                          • Senarai Drama Melayu Terbaru + Popular 2015



                                                          • Tags:Sinopsis Drama Satu Hari (Ratu TV9), Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib