Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Tukar Jantina, Kim Kardashian Sokong Bapa Tiri

                                                            Kim Kardashian Sokong Bapa Tiri


                                                            Menjadi selebriti dan seorang anak bukanlah suatu tugas yang mudah. Terutama apabila menghadapi kontroversi yang melibatkan keluarga anda sendiri. Itulah yang terpaksa diharungi oleh Kim Kardashian baru-baru ini. URA-URA yang bertiup kencang menyatakan bapa tirinya mahu menukar jantina menyebabkan bintang realiti terkenal ini harus tampil  menyatakan pendirian.
                                                            Dia walaubagaimana pun memilih untuk mempertahankan dan memberi sokongan kepada bapa tirinya Bruce Jenner yang merupakan seorang bekas atlet.

                                                            Berikut adalah kata-kata Kim Kardashian yang dipetik E!Online:


                                                            "Apa yang pasti dia sangat gembira dengan kehidupannya sekarang dan saya sebagai anak sentiasa menyokong dan mendoakannya," kata Kim.

                                                            Jelas Kim lagi, sejak Bruce, 65, bercerai dengan ibunya Kris Jenner, bapa tirinya itu kelihatan gembira dan dia akan sentiasa menyokong apa juga keputusan yang hendak dibuat orang tuanya itu.

                                                            Spekulasi mengenai perkara itu timbul apabila penampilan fizikal Bruce dilihat berbeza sehingga menimbulkan tanda tanya peminat. Dada Bruce dilihat besar dan dia mengenakan baju dalam wanita.
                                                            Dia juga menyimpan rambut panjang dan menipiskan keningnya serta mula mewarnakan kukunya selain dia mengenakan baju dalam wanita.

                                                            Tags: Kim Kardashian, berita hiburan, hollywood

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib