PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Legenda Sumpah Bunian

Lagu Tema Legenda Sumpah Bunian





Genre: Drama fantasi

Pelakon: Nora Danish (Siti Hawa), Rizal Jaafar (Adam), Qazem Nor (Fikri), Elly Mazlein (Azeera), Mahmud Ali Bashah (Hashim), Fetty Zul (Normah), Dian P. Ramlee (Kasmah), Bienda (Jasmin), Mubarak Majid (Malik) dan Aznah Hamid (Mariam).

Pengarah: Adam Hamid
Sinopsis: Mengisahkan percintaan dua insan berlainan dunia iaitu Siti Hawa ( gadis yang lahir dalam keluarga bunian) dengan Adam, pemuda berketurunan manusia yang baik hati dan amat menghargai flora dan fauna.
Siti Hawa mula menyukai Adam sejak kecil lagi semasa dia melihat budak lelaki itu menyelamatkan seekor kucing dan melepaskan semula ikan yang ditangkap. Sebagai seorang bunian yang tinggal di dalam hutan dan berasa bertanggungjawab menjaga alam ciptaan Tuhan, Siti Hawa mula mengubah persepsinya terhadap manusia yang selama ini dianggap kaumnya sebagai rakus, sukakan membuat kerosakan dan tidak jujur.
Terpisah selama 18 tahun, mereka akhirnya dipertemukan oleh takdir. Adam telah diselamatkan Siti Hawa ketika dia jatuh ke dalam gaung. Namun bapa Siti Hawa menentang keras apabila tahu anak perempuannya menyintai lelaki itu.
Dapatkah mereka bersama akhirnya? Dapatkah Siti Hawa menyesuaikan diri hidup dalam dunia manusia? Saksikan drama bersiri ini di tv3.

English synopsis: This drama is about Siti Hawa, daughter from one of most prominence man in ‘elf’ world called ‘Bunian’ who fell in love with Adam, ordinary human being. She attracted to that man because of his kindness towards nature and other living creatures. 18 years later she meets this man again and save his life. But her father won’t approve any relationship related to man. For him men are very selfish creature who have little care for anything except themselves. He also forecast no such relationship will last. But Siti Hawa has a different idea. She wants to prove there are a happy ending between these two worlds. She believes Adam is the right man for him. And she's willing to take that chance. Will they make it? Or should Siti Hawa give up her love and return home? Watch it on tv3.
Sinopsis Legenda Sumpah Bunian

 

Pilihan Berkaitan:



No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib