PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Filem Michael Jackson This Is It laris

Dengarnya...: Filem Michael Jackson laris

KETIKA ini, ramai sekali peminat bercakap mengenai filem This Is It, yang sudah pun memasuki panggung negara ini mulai 29 Oktober lalu. Maklumlah, ia bukan calang-calang filem. This Is It ialah rakaman terakhir Michael Jackson ketika dia giat menjalani latihan untuk konsert dengan nama serupa, yang sepatutnya berlangsung di London, Julai lalu.

Khabarnya di seluruh dunia, pawagam yang menayangkan filem itu sentiasa dipenuhi penonton. Di negara ini sendiri, sambutannya cukup hangat. Cik Normah difahamkan, pada hari pertama saja, seramai 26,000 peminat menonton filem yang diarahkan Kenny Ortega, insan yang turut bertanggungjawab mereka cipta konsert berkenaan.

Jumlah terbabit dikatakan paling tinggi untuk kehadiran hari pertama mana-mana filem muzikal yang ditayangkan di Malaysia. Peminat nyata ingin sekali berkongsi detik akhir bintang mega berkenaan, yang sempat dirakam sewaktu latihannya di Los Angeles.

Cik Normah sendiri sudah pun menonton filem yang hampir memakan masa dua jam tayangan ini. Cik Normah cukup seronok menonton aksi Michael yang berlatih beberapa lagu popularnya, bersama penari dan pemuzik. Dia memang seorang yang profesional, sukakan kesempurnaan, tetapi tidak mudah melenting!

Walaupun ia hanyalah rakaman latihan akhirnya sebelum konsert, tetapi Cik Normah dan beberapa teman yang menontonnya pada malam tayangan perdana filem itu baru-baru ini benar-benar terhibur. Ada ketika This Is It membuatkan kami berasa sebak, mengenangkan betapa artis yang begitu luar biasa, kini sudah pun tiada lagi bersama kita.

Kepada peminat yang belum sempat menontonnya, cepat-cepatlah dapatkan tiket. Khabarnya, filem ini tidak akan diputarkan lama-lama di pawagam. Ia akan memasuki pasaran dalam bentuk DVD pula sedikit masa lagi. Tetapi, menonton di pawagam amat berlainan rasanya jika dibandingkan dengan menonton filem dalam bentuk DVD. Kepuasannya jauh berbeza.

Sumber Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib