NORA DANISH berundur daripada Spa Q 3?


Dengan tajuk Nora Danish Tak Profesional? Fasha Sandha Tak Bersalah? Laman web Gua.com melaporkan pelakon comel Nora Danish akhirnya disahkan berundur daripada Spa Q 3. Meskipun pada awalnya Nora memaklumkan pengundurannya dari 'Spa Qistina' adalah kerana pertindihan jadual 'Spa Qistina' dan filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2', akibat perubahan jadual 'Spa Qistina'namun sebenarnya ada cerita lebih panas.
Pihak penerbit dikatakan terpaksa tampil ke depan untuk mendedahkan perkara sebenar.
Kisahnya begini. Nora mengamuk apabila mendapat tahu Fasha telah tiba di set lebih awal dari dijadualkan untuk membuat persiapan bagi 'scene'-nya. Puas kru produksi memujuk tetapi kemarahan Nora tak juga reda. Akhirnya, Nora meninggalkan lokasi tanpa bertembung langsung dengan Fasha. Ekoran insiden itu, diputuskannya untuk mengundurkan diri dari produksi 'Spa Qistina'.
Tempat Nora Danish kini akan diganti oleh Ummi Nazeera.

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib