Ribut Salji Melanda Malaysia - berita

Berita Ribut Salji di Kuala Lumpur Malaysia Esok

Jabatan Kaji Cuaca menolak khabar angin yang menyatakan kejadian ribut salji akan melanda Kuala Lumpur esok (jumaat, 20/11/2009).

Menurut Pengarahnya, Dr Yap Kok Seng, perkara seumpama ribut salji di Negara tropika sebagai tidak mungkin.

Mengulas mengenai penyebaran email di internet tentang ribut salji pada pukul 7 ptg esok di kuala lumpur, yang mengaitkan teori pemanasan global sebagai punca berlaku ribut salji tersebut, beliau menegaskan ia sesuatu yang tak tepat dan rakyat sepatutnya menolak teori2 yang tidak disertakan dengan bukti saintifik yang kukuh.

Katanya email tersebut mungkin mendapat idea daripada kejadian ribut salji di China.

Bagaimanapun menurut ramalan, esok cuaca dijangka mendung dengan ribut petir diramalkan di sebelah petang dengan suhu antara 24-32oC.

Petikan sumber: Berita NST Online ( NewStraitsTimes Online )

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib