PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Drama Tidak Pernah Ku Sesali

Judul drama: Tidak Pernah Ku Sesali
Episod: 30 episod
Pengarah: Faizal Ishak
Saluran: Tv1
Pelakon: Arni Nazira (Hanim), Fauziah Nawi (nenek), Khairil Anuar (Datuk Mahmud), Khaty Azean (Datin Sharifah), Amyza Adnan (Anita), Watie Elite (Junaidah), Zed Zaidi (Asmadi), Zarina Zainuddin (Rita), Ashraf Sinclair (Dr. Farid) dan Zaefrul Nadzarine Nordin (Prof. Helmi).

Sinopsis:
Hanim dan Helmi telah terlibat dalam satu kemalangan. Dalam tragedi tersebut kedua-duanya telah kehilangan pasangan masing-masing. Kepulangan Helmi kerana ingin memperkenalkan isterinya kepada bapa yang sakit kini tergendala. Semasa Hanim koma, dia telah menjaga wanita itu. Selepas sembuh, Hanim telah menggantikan tempat isteri sebenar Helmi dan mereka berpura-pura kononnya pasangan suami isteri semata-mata tidak mahu mengecewakan bapanya.
Selepas beberapa tahun, suami sebenarnya Hanim, Dr Farid yang mereka sangka telah mati kembali dan Hanim terpaksa pulang ke pangkuannya. Namun perasaan Hanim telah berubah. Dia baru menyedari cintanya kepada Dr Farid telah tiada lagi.
Disebabkan itu Dr Farid melepaskan Hanim kepada Helmi. Mereka berdua pun merancang hendak berkahwin. Semasa majlis pernikahan sedang berlangsung, isteri Helmi pulang. Khalida berasa terkejut melihat majlis tersebut? Apakah yang bakal berlaku kepada hubungan Prof. Helmi dan Hanim apabila Khalidah yang disangka mati selama ini muncul kembali menagih cinta? Dapatkah mereka bersama atau adakah Helmi akan pulang kepada isterinya?

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib