Filem Kisah hidup sebenar Celine Dion

Filem diva terkenal


NEW YORK 16 Feb. - Filem terbaru Celine Dion, (gambar) Celine: Through the Eyes of the World bukan sahaja memberi tumpuan kepada persembahan ketika jelajah dunia terakhirnya, ia turut membolehkan peminat- peminat menyaksikan sendiri kehidupan penyanyi ini di luar pentas nyanyian.

Dokumentari ini memaparkan Dion sebagai seorang pelawak, ibu yang memanjakan anak, isteri yang lemah lembut, gemar melancong, anak yang baik dan banyak lagi.

Rakaman video diambil sepanjang saat-saat bahagia bintang terkenal ini untuk dikongsi dengan peminat-peminatnya.

"Saya mahu menjadi seseorang yang mudah didekati. Saya tidak mahu melakukan perniagaan ini dan menjadi orang lain.

"Apa yang kami buat adalah sesuatu yang besar dan luar biasa. Saya tidak menganggapnya kehidupan biasa tetapi kami adalah orang biasa.

Oleh kerana orang ramai melihat kami hidup normal... membuatkan nyanyian saya lebih asli dan memberi ikatan lebih kuat dengan peminat," kata Dion yang berehat selama setahun selepas melakukan konsert jelajah, dalam satu temuramah baru-baru ini.

Filem dokumentari ini akan dikeluarkan minggu hadapan di panggung wayang tertentu sahaja.

Dion kini sedang menerbitkan album baru dalam bahasa Inggeris dan Perancis, dia akan kembali ke Las Vegas tahun hadapan untuk menetap selama tiga tahun di Colosseum, Caesars Palace.

Ketika ditanya sebab memilih filem dokumentari berbanding terus kepada rakaman konsert, diva ini menyatakan ia sebenarnya bukan untuk dipertontonkan tetapi satu cubaan menjadikannya seperti album foto.

Tambah Dion, selepas lebih 25 tahun dalam karier nyanyian, suaranya berubah setelah mencapai umur 42 tahun namun lontaran suaranya sekarang adalah lebih baik berbanding ketika mula-mula menceburi bidang vokal ini pada usia 15 tahun. - AP

Sumber: Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib