Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis Drama Sayang Cendana



                                                            AlKisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana lakonan Juliana Evans dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna lakonan Nadia Mustapha dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia. Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor.
                                                            Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas. Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu. Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana. Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana.
                                                            Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan. Hakimi berjanji akan mencintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya lakonan Kat Mentor mula mempengaruhi Hakimi. Apakah pengorbanan Cendana akan membawa kebahagiaan kepadanya?, adakah Hakimi cinta sejati Cendana?? Saksikan drama siri yang disiarkan setiap hari dari Isnin hingga Jumaatdalam slot Lagenda.

                                                            Tags: Drama Sayang Cendana, Sayang Cendana, slot lagenda, drama melayu, tv3, Juliana Evans, para pelakon sayang cendana, OST sayang cendana

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib