Lagu Raya best, Download Lagu, OST Drama 2024, OST Drama melayu, lagu terbaik, tonton drama melayu online, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu malaysia, lagu inggeris, lagu korea, OST Dia Yang Ku Jadikan Suami, OST mechamato movie, lagu mechamato movie, lirik lagu temaniku yonnyboii, OST Calar cinta, ost luruhnya bunga cinta 2, ost hai cinta dengarkanlah, ost uncle bos mama, ost andai tiada dia
Senarai LAGU OST Terbaru + POPULAR 2024
- OST Luruhnya Bunga Cinta 2 (Baru!)
- OST Andai Tiada Dia (Astro) (Baru!)
- OST Uncle Bos Mama (Astro)(Baru!)
- OST Hai Cinta Dengarkanlah (TV3) (Baru!)
- OST Calar Cinta (TV3) (Baru!)
- OST Salju Rindu Di Bumi Auckland (TV3)(Baru!)
- OST Lelaki Melayu Terakhir (TV3)
- OST Nuh Dan Nayla (Akasia TV3)
- OST Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro)
- OST Cinta Untuk Sekali Lagi (Astro)
- OST Bunga Salju (Astro Ria)
- OST Dua Darjat (Akasia TV3)
- Senarai Semua OST Drama Terbaru + Popular (Klik Sini!)
TEATER CUCI THE MUSICAL LEBIH HEBAT
PERSEMBAHAN teater muzikal di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur seakan mencipta fenomena. Satu demi satu persembahan muzikal yang mendapat sambutan luar biasa.
Yang kini mencetus percakapan ramai ialah Cuci the Musical 2 (CTM2).
Kali ini CTM2 memperlihatkan banyak perubahan ketara baik dari segi pemilihan pelakon dan juga aspek teknikal.
Tahun lalu, persembahan sama yang ditonton membuatkan majoriti penonton bersetuju ia sebuah persembahan yang luar biasa.
Pementasan CTM2 baru-baru ini harus membenarkan semua audiens memberi standing ovation (tepukan gemuruh) kepada produksi itu.
Sebetulnya, persembahan musim kedua ini lebih menarik dan dinamik berbanding tahun lalu terutama dari segi unsur humor dan komedinya.
Senang cakap CTM2 kelakar habis. Percaya atau tidak ramai penonton yang menyapu ari mata kerana tidak tahan menahan ketawa.
Keempat-empat pelakon utamanya iaitu Afdlin, Awie, Hans dan Nabil berjaya menghidupkan watak masing-masing.
Malah, kali ini mereka lebih berani dalam konteks melontarkan dialog secara spontan sehingga mereka sendiri tidak mampu untuk mengawal diri daripada ketawa.
Walaupun spontan, mereka tetap terkawal dan tidak membuatkan audiens berasa jelik mahupun berasa mual dengan lawak jenaka mereka.
Lakonan masing-masing juga memperlihatkan peningkatan ketara khususnya Awie yang berjaya mendalami watak Jojo.
Mungkin juga kerana Awie lebih bersemangat selepas dinobatkan sebagai Pelakon Utama Terbaik pada Anugerah Seni BOH Cameronian pada Mei lalu.
Rupa-rupanya, di sebalik sosok jantan Jojo, rupanya ada juga sisi femininnya sehingga membuatkan penonton berterusan ketawa melihat lakonannya.
Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah lakonan Nabil yang boleh dikategorikan dalam kelas A biarpun masih baru di pentas teater.
Memang tidak dinafikan lagi, populariti Nabil menjadi salah satu faktor untuk menarik perhatian khalayak menonton CTM musim ini.
Hans selaku penerbit bersama-sama Datuk Zahim Albakri serta Harith Iskander sebagai pengarah memang tidak silap percaturan memilih Nabil untuk memegang watak C'Tan.
Jujurnya juga, perasaan mahu menonton CTM musim kedua memang meluap-luap lebih-lebih lagi selepas mengetahui Nabil akan menggantikan AC Mizal.
Tetapi, timbul juga perasaan ragu dan kurang yakin pada awalnya kerana bimbang Nabil tidak dapat mengadaptasikan dirinya bersama-sama tiga 'abangnya' yang lain.
Maklumlah, sebelum ini, kita semua sudah dibiasakan dengan gabungan Afdlin, Awie, Hans dan AC.
Jadi, mahu atau tidak, perasaan itu tetap timbul tetapi semuanya terhapus secara automatik kerana Nabil memang boleh membawa dirinya bersama tiga aktor itu.
Memang sedari awal, Nabil dilihat sebagai calon paling tepat untuk membawakan watak C'Tan dan sekalung tahniah untuk Nabil kerana berjaya memberi interpretasi baru watak berkenaan.
Nabil tampil bersahaja dan dia dengan karakternya sendiri yang cukup mencuit hati. Teringat bisikan seorang teman yang mengatakan Nabil kelihatan sungguh menawan (charming) di atas pentas!
Aura Nabil begitu kuat dan dia berjaya menguasai pentas dengan bijak. Dia juga mampu membawa audiens larut dengan emosinya ketika dia marah, sedih mahupun gembira.
Ada ketikanya Nabil kelihatan seperti dirinya sendiri tetapi itu bukan satu masalah. Dia tidak perlu menjadi orang lain. Cukup menjadi dirinya dan rasanya audiens pun dapat menerima hakikat itu.
Selain Nabil, seorang lagi pelakon baru yang diperkenalkan untuk musim kedua ini ialah penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor atau Jac yang membawakan watak Jessy.
Kehadiran Jac bagi menggantikan penyanyi versatil, Adibah Noor yang sebelum ini membawakan watak Farah dalam musim pertama.
Bukan mahu menidakkan bakat lakonan Jac tetapi apabila namanya dipilih bagi membawakan watak yang menobatkan Adibah sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dalam Anugerah Seni BOH Cameronian, keraguan pasti akan timbul.
Memang bakatnya sudah terbukti menerusi filem Talentime tetapi mampukah Jac membawakan watak komedi pula?
Kali pertama beraksi di atas pentas, lakonan juara Malaysia Idol musim pertama itu masih boleh diperbaiki.
Dari segi nyanyian, memang Jac cukup cemerlang dan hebat. Tetapi aspek lakonan pula, Jac ada kalanya kelihatan kekok dan berasa janggal bersama barisan pelakon yang lain.
Kelucuan Jac hanya timbul apabila dia mula bertutur dalam bahasa Tamil dengan aksi dan gaya yang menambahkan lagi kelucuan itu.
Begitu juga keserasian antara Jac dan Awie yang dilihat masih ada kekurangannya. Hubungan mereka sebagai pasangan kekasih tidak sampai ke jiwa.
Tidak seperti Adibah dan Awie yang mana keserasian mereka memang cukup kuat dan ia terpancar sebaik sahaja mereka berdua muncul di atas pentas.
Namun, semuanya itu boleh dimaafkan memandangkan Jac terlalu baru dalam dunia teater. Perjalanannya juga masih panjang untuk terus menjadi pelakon teater yang baik.
Dari sudut teknikal pula, koreografi kali ini kelihatan lebih ringkas dan sentuhan Pat Ibrahim sebagai koreografer memang jelas terpancar pada setiap gerak tari.
Menariknya, kali ini apabila suntikan elemen Bollywood diberikan untuk memeriahkan lagi perjalanan cerita CTM2. Adegan tarian yang melambangkan percintaan antara Jessy dan Jojo itu memang cukup menghiburkan.
Karisma Rehman Rashid sebagai Tan Sri Ariffin memang cukup terserlah dan figura seorang bapa itu memang ada dalam dirinya. Ditambah pula dengan lontaran vokal jantannya menjadikan watak itu benar-benar serasi dengannya.
Harith pula masih lagi dengan karakter Wira yang sungguh menyakitkan hati sehingga mampu membuatkan audiens berasa benci kepadanya setiap kali dia muncul.
Kualiti nyanyian semua pelakon asal CTM juga menampakkan peningkatan. Dari sudut pembentangan naskhah pula, kali ini lebih kemas dan tidak lagi meleret-leret seperti mana musim pertama.
Sekali lagi, syabas diucapkan kepada Hans dan semua krew produksi yang telah menjadikan Cuci the Musical sebagai sebuah muzikal kontemporari yang berada dalam kelas dan landasannya sendiri.
Tags: Teater CTM2, Cuci the musical theater, Harith Iskander, Aflin Shauki, Persembahan teater Cuci the musical 2,Adibah Noor, Nabil dalam CTM2, Awie, Sinopsis,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Arkib
-
▼
2010
(1098)
-
▼
August
(9)
- OST 8 BULAN - LAGU KEKANDA ADINDA -- MONOLOQUE & A...
- Lirik Lagu Taylor Swift -Mine lyrics
- Lirik Harapan Ramadhan - Raihan feat Mambai
- Lirik True Love - Katy Perry feat Ke$ha lyrics
- Lirik Bunkface - You And Me lyrics
- Program Terbaik Di Astro Pada Bulan Puasa
- TEATER CUCI THE MUSICAL LEBIH HEBAT
- ASYRAF, JUARA SULUNG IMAM MUDA
- Katy Perry - Teenage Dream lirik
-
▼
August
(9)
No comments:
Post a Comment
Komen di sini