Ngeri: Mayat bayi tanpa tangan, kaki dan alat sulit dijumpai

Mayat bayi tanpa tangan, kaki dan alat sulit dijumpai
16/03/2011

GEORGETOWN 16 Mac – Mayat seorang bayi dijumpai dibuang dalam keadaan mengerikan berhampiran kawasan pembinaan di Desa Relau, Paya Terubong di sini petang tadi.

Mayat bayi yang dipercayai berusia sehari itu dijumpai kira-kira 4 petang tanpa tangan dan kaki serta alat sulit dipercayai telah dimakan oleh haiwan liar.

Seorang pekerja di situ Shanvogavellu, 30, yang menjumpai bayi itu berkata, pada mulanya dia menyangka bayi itu sebatang pokok pisang.

"Namun apabila saya melihat lebih dekat, saya dapati ia mayat bayi yang tidak mempunyai tangan dan kaki.

"Saya terkejut melihat mayat bayi itu. Saya terus hubungi polis selepas memberitahu majikan saya mengenainya,” katanya kepada pemberita.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan tentang penemuan mayat bayi tersebut. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib