Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Tonton Live Manchester United Vs Manchester City 7 Ogos 2011

                                                            KEPUTUSAN PENUH Manchester United Vs Manchester City 7 Ogos 2011
                                                            PERLAWANAN TELAH TAMAT. KEPUTUSAN PENUH : Manchester United Menang, 3-2 ke atas Manchester City
                                                            Penaring Gol:

                                                            Joleon Lescott '38
                                                            Edin Dzeko '46
                                                            Chris Smalling '52
                                                            Luis Carlos Nani '58


                                                            Barisan Pemain:
                                                            04. Vincent Kompany
                                                            25. Joe Hart (G)
                                                            13. Aleksandar Kolarov
                                                            02. Micah Richards
                                                            19. Joleon Lescott
                                                            34. Nigel de Jong
                                                            42. Yaya Toure
                                                            21. David Josue Jimenez
                                                            07. James Milner
                                                            10. Edin Dzeko
                                                            45. Mario Balotelli
                                                            01. David Quintana de Gea (G)
                                                            05. Rio Ferdinand
                                                            12. Chris Smalling
                                                            15. Nemanja Vidic
                                                            03. Patrice Evra
                                                            08. Luis de Abreu
                                                            17. Luis Carlos Nani
                                                            16. Michael Carrick
                                                            18. Ashley Young
                                                            10. Wayne Rooney
                                                            19. Danny Welbeck

                                                            Malam ini Bermulanya saingan musim baru liga Perdana Inggeris dengan perlawanan bagi merebut Trofi Perisai Komuniti. Siapa yang bakal bergelar juara?
                                                            Saksikan perlawanan ini secara LIve streaming di sini.Tonton Live Manchester United Vs Manchester City 7 Ogos malam Ahad. Nantikan!


                                                            Manchester City VS Manchester Utd (LIVE)

                                                            (FA Community Shield)



                                                            Klik SINI (Man U vs Man City Live)


                                                            Laporan akhbar menjelang kehangatan perlawanan Manchester United Vs Manchester City 7 Ogos 2011
                                                            Ferguson sindir Manchester City

                                                            LONDON - Menjelang perlawanan Perisai Komuniti hari ini, pengurus Manchester United, Alex Ferguson melancarkan perang psikologi ke atas musuh berjiran, Manchester City dengan menyindir pasukan itu bahawa kewangan hebat belum tentu menjamin kegemilangan mereka pada musim baru Liga Perdana Inggeris.

                                                            Ferguson berkata demikian, beberapa jam sebelum juara Liga Perdana dan Piala FA itu bertemu di Stadium Wembley, malah dia juga turut menyindir pasukan yang dibimbing oleh Roberto Mancini itu dengan menggelar mereka sebagai 'jiran yang bising' dan berada dalam ancaman serius.

                                                            Pemilik City yang berpengkalan di Abu Dhabi membawa masuk ramai nama besar ke Eastland itu sejak mengambil alih pasukan beberapa tahun lalu, namun mereka belum berupaya menghasilkan kejuaraan liga.

                                                            "Sekarang sudah masanya untuk dia (Mancini) bukan saja mempunyai kawalan (ke atas pasukan), malah mula mencatat kejayaan, namun ia tetap bergantung kepada jenis kelab yang anda miliki.

                                                            "Di United, kami bertuah kerana mempunyai ramai pengarah hebat seperti Maurice Watkins, Mike Edelman dan Bobby Charlton. Mereka ini sentiasa membentuk persefahaman dengan orang paling penting dalam kelab iaitu pengurus,'' ujar Ferguson.

                                                            Ketika bahang Perisai Komuniti semakin dirasai dan perang mulut mula dilancarkan, Ferguson bagaimanapun tidak terlepas daripada berada dalam keresahan ekoran masalah kecederaan dialami tiga tonggak, Javier Hernandez, Michael Carrick dan Rafael.

                                                            Penyerang Mexico, Hernandez yang telah menjaringkan 13 gol dalam musim pertama bersama United, belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami dalam perlawanan pra musim di Amerika Syarikat.

                                                            Turut tidak pasti dapat diturunkan hari ini adalah pemain tengah, Carrick dan tonggak pertahanan Brazil, Rafael yang cedera ketika menentang Barcelona dalam aksi persahabatan minggu lalu.

                                                            Hernadez dijangka pulih sepenuhnya pada akhir bulan ini, bermakna bukan saja terlepas perlawanan Perisai Komuniti, malah mungkin diketepikan daripada aksi pembuka tirai Liga Perdana bertemu West Bromwich Albion, minggu depan.

                                                            United telah beraksi dalam 18 perlawanan Piala Komuniti dan membawa pulang kejuaraan pada kemunculan terakhir tahun lalu, manakala City pula membuat penampilan terakhir pada 1973, dan menutup perlawanan tersebut dengan kekecewaan. - AFP

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib