Thailand terharu bantuan Malaysia

Thailand sanjung bantuan Malaysia kepada mangsa banjir


HATYAI (Thailand) 9 Nov. - Keprihatinan dan kesungguhan rakyat Malaysia menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir Thailand mendapat sanjungan kerajaan negara itu.

Gabenor Songkhla, Vinyoo Thongsakul berkata, air minum bersih sangat diperlukan kerana bekalan tidak mencukupi untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

"Kami merayu mendapatkan sumbangan terutama air minuman dan makanan kering kerana banjir yang melanda Bangkok dan Ayuthaya sejak Ogos lepas dijangka berlarutan sebulan lagi.

"Bantuan rakyat Malaysia benar-benar menyentuh hati dan perasaan kami,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas menyambut ketibaan tiga treler air minuman dan makanan kering halal di markas Divisyen Keempat Tentera Thailand di sini petang semalam.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Malaysia, Datuk Latt Shariman Abdullah yang bertindak sebagai penyelaras misi ”Bantuan Banjir Thailand”, mengetuai misi penghantaran bantuan ketiga itu bernilai lebih RM100,000. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib