Mahu Lagu Terbaru? SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

Anda Boleh Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!






*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

OST Drama Akasia Setia Hujung Nyawa (+Sinopsis)

Berapa bintang? 

Sinopsis Setia Hujung Nyawa – Slot Akasia TV3





Drama Setia Hujung Nyawa akan mengisi Slot Akasia TV3 mulai 24 Disember 2012 menggantikan drama Cinta Itu Milikku yang baru sahaja berakhir. Antara pelakon yang membintangi drama 28 episod ini ialah Nellydia Senrose, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Drama ini merupakan adaptasi dari novel tulisan Fatin Nabila.

Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidang terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.



OST, Lagu tema + Lirik Drama Setia Hujung Nyawa ( Adamu- Najwa latif)





Lirik Lagu Adamu-Najwa Latif Download lagu, free mp3, lyrics, video

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Pilihan Berkaitan:





Tags:ost setia hujung nyawa, Drama Setia hujung Nyawa, Lagu Tema Setia Hujung Nyawa, Foto, Gambar Pelakon Setia Hujung Nyawa, Slot Akasia, Drama Baru, Lirik Lagu Adamu Najwa Latif, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik