PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Brazil Malu Besar, Jerman Mara Bergaya ke Final

Video Brazil Malu Besar, Jerman Mara Bergaya





 Berikut adalah kata-kata pemain dan jurulatih Jerman dan Brazil mengenai keputusan Brazil dimalukan di tempat sendiri dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia yang menyaksikan mereka dibelasah 7-1.

"Kami mohon kemaafan.Kepada semua orang, tolong maafkan kesilapan negatif kami.
Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku di atas padang, saya adalah orang yang harus dipersalahkan atas keputusan ini. Saya rasa, ini adalah hari paling buruk dalam hidup saya, namun hidup perlu diteruskan.
Saya akan ingat sebagai jurulatih, kami kalah 7-1 tetapi saya sedar akan risiko yang ditanggung sebaik saja bersetuju untuk memikul tanggungjawab,"-Liuz Felipe Scolari

"Ia sangat tidak dijangkakan.
"Saya masih tidak percaya. Ia benar-benar gila. Semuanya berjalan dengan sangat baik hari ini,"
"Ia kemenangan yang luar biasa, namun sekarang kami harus segera melupakannya dan fokus kepada perlawanan akhir di Stadium Maracana, Ahad ini,"- Thomas Mueller.

 Saya hanya mahu untuk memberikan kebahagiaan kepada negara saya. Kepada orang-orang saya, yang mengalami begitu banyak kesusahan. Malangnya kami tidak boleh melakukannya. Saya minta maaf, semua orang. Maaf kepada semua orang Brazil. Saya mahu melihat orang saya tersenyum. Semua orang tahu betapa pentingnya adalah bagi saya untuk buat rakyat Brazil gembira, walaupun hanya kerana bola sepak."
-David Luiz

Berikut merupakan antara reaksi peminat Piala Dunia 2014 di laman mikro Twitter selepas Brazil kalah teruk kepada pasukan Jerman yang dilaporkan Astro Awani.


"Mereka harus hentikan permainan ini sekarang. Tiada negara berhak diperlakukan sebegini" -Twitter Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan Malaysia)

"Brazil didn't show up today haha would hate be a Brazilian fan right about now.. Pele pun tak nak mengaku Brazilian haha. well lose some.".-Zain Saidin.

Erm dibelasah "@afwanasaurr: salam uncle. Macam mana team uncle ni? Kesian brazil."-Anwar Ibrahim

Tags:Piala Dunia 2014, Brazil, Jerman, Neymar, Muller

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib