Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Piala AFF: Apa Strategi Dollah Salleh Jumpa Singapura?

                                                            Nasib Harimau Malaya Genting

                                                            Tak dinafikan tentu orang yang paling pening kepala sekarang ialah Dollah Salleh.Skuad Malaysia bawah kendaliannya  berada dalam keadaan genting kini
                                                            Siapa tak pening? Ini kerana hanya kemenangan saja mampu melayakkan Malaysia ke Separuh Akhir Piala AFF 2014.
                                                             Di mana dalam masa yang sama Singapura cuma perlu seri untuk layak.
                                                            Persoalan utamanya mampukah Harimau Malaya sahut cabaran ini? Apa kata jurulatih negara, Dollah Salleh yang sangat dahagakan kemenangan pertama buat negara?

                                                            Apa  Strategi Malaysia Mahu Benam Singapura?

                                                            "Kita kena fokus 90 minit. Walaupun kita main baik, tapi kalau keputusan mengecewakan, tidak berguna juga. Saya harap para pemain dapat mencari kemenangan bagi pastikan kita layak ke separuh akhir," kata Dollah selepas sesi latihan skuad itu di Stadium Bishan.

                                                            Sama-sama kita nantikan pertembungan hebat antara Malaysia lawan Singapura pada hari Sabtu 29 November 2014 pada jam 7:55 petang di TV3. Kepada rakyat Malaysia, mari sokong pasukan kebanggaan kita, Harimau Malaya! Yakin, Malaysia Boleh!


                                                            Tags:Piala AFF Suzuki 2014,

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib