Scha Takut Lihat Anaknya Tersedak Susu
Sememangnya tugas menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah dan harus dipandang ringan. Lebih-lebih lagi apabila si anak masih bayi dan memerlukan sepenuh perhatian. Inilah antara cabaran yang terpaksa dihadapi juga oleh artis yang telah bergelar ibu, Scha Al Yahya. Menerusi Mstar pelakon Scha Alyahya berkongsi pengalaman cemasnya apabila anak kesayangannya Lara Alanayang kini berusia 7 bulan tersedak susu.
Scha, 32, berkata, selepas kejutan itu dia dan suaminya pengacara Awal Ashaari belajar sedikit sebanyak tentang teknik apabila berhadapan dengan situasi tersebut melalui orang yang lebih berpengalaman.
"Sepanjang tujuh bulan menjaga Lara ada beberapa kali dia buat kami panik apabila tersedak susu.
"Saya takut sangat melihat keadaan itu kerana Lara susah nak bernafas, nasib baik juga ketika itu saya berada dengan dia.
"Bahaya kalau kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur dan kita tidak berada disamping dia," ujarnya.
"Ia memang perkara biasa bagi kanak-kanak tetapi bahaya dan selalu kita dengar bayi meninggal dunia kerana tersedak susu.
"Sebab itu juga saya risau untuk tinggalkan dia bersendirian biarpun sedang tidur," ujarnya.
Pilihan Berkaitan:
Tags:Hiburan, Lara Alana

- Foto Romantik, Fahrin dan Izreen Hangat Bercinta?
- Foto Tunang Lana Nordin, Pemain Bola Tampar Amerika
- Lara Alana Tersedak Susu, Scha Cemas
Tags:Hiburan, Lara Alana
No comments:
Post a Comment
Komen di sini