Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya umpama air pasang yang tidak pernah surut-surut. Menjadi ibu juga bukan tugas yang mudah dan boleh diambil ringan . Malah semua para ibu pasti akan sedaya-upaya untuk memastikan anak yang disayangi sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.
Begitu halnya yang begitu kepada para artis yang bergelar ibu. Lebih tepat lagi kepada pelakon popular Che Ta yang baru-baru ini dilanda kepanikan kerana anaknya jatuh katil.
Apa kata Che Ta tentang peristiwa cemas yang terjadi sebelum Che Ta dan suami mahu pergi ke rumah terbuka yang diadakan baru-baru ini?
“Aaisyah jatuh katil sebelum kami datang ke sini hingga hidungnya berdarah. Kami bawanya ke klinik dan doktor menyuruh kami pastikan Aaishah tidak tidur dan aktif. Kami memang bimbang apa-apa berlaku terhadapnya”
“Ia kejadian pertama terjadi membuatkan saya ‘mengamuk’ sekejap. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius,” jelas Che Ta..
sumber Harian Metro.
Tags:Berita Hiburan, Che Ta, Aaisyah Dhia Rana
No comments:
Post a Comment
Komen di sini