Showing posts with label Hijjaz. Show all posts
Showing posts with label Hijjaz. Show all posts

Lirik Lagu Nasyid Kesekian Kali In TEam & Hijjaz

In-TEam & Hijjaz

Lirik Nasyid Kesekian Kali :

Kesekian kali kini ku berdiri
Tulus hati dihadapanmu
Masih terus merayu dengarkan aku

Jalan yang berliku
Sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami

Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang didepanmu

Lihatlah jua ke hatiku
Aku lah temanmu
Terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini

Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi


Lirik Lagu Nasyid Kesekian Kali In TEam & Hijjaz
Lirik Lagu In TEam & Hijjaz Nasyid Kesekian Kali

lirik lagu Zapin Kesyukuran Hijjaz

Hijjaz

lirik Zapin Kesyukuran :

Subhanallah Maha Suci Allah (2X)

Subhanallah Maha Suci Allah
Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah
Allahu Akbar Allah Yang Maha Besar
Segala Pujian Hanya Untuk Mu

Tuhanku Yang Maha Esa
Hamba Mu Ini Selalu Melupai Mu
Ku Harapkan Keredhaan Mu
Agar Menjadi Hamba Yang Bersyukur

Subhanallah Maha Suci Allah (2X)
Diciptakan Manusia Sebaik-Baiknya
Supaya Menjadi Insan Berguna
Agar Beriman Dan Bertaqwa
Bekalan Untuk Bertemu Mu Ya Allah

Allahu Allah (2X)

Kepada Mu Kami Memohon
Ampunan Mu Ku Harapkan

Pada Mu Kami Berserah
Mohon Restu Dan Juga Keampunan
Moga Bahagia Hidup Kami
Dengan Rahmat Dan Kasih Sayang Mu

Allahu Allah (4X)
Subhanallah Maha Suci Allah


lirik lagu Zapin Kesyukuran Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Zapin Kesyukuran

lirik lagu Ya Rabbi Bil Mustafa Hijjaz

Hijjaz

lirik Ya Rabbi Bil Mustafa :

Ya Allah Ya Tuhan
Doaku panjatkan
Limpahkan hidayah Mu
Ya wasi'al karami

Dengan mengingati Mu
Kan tenang di hatiku
Rahmatilah hidupku
Ya wasi'al karami

Tiada amal ibadah
Yang dapat kubanggakan
Mohon belas kasihan
Ya wasi'al karami


lirik lagu Ya Rabbi Bil Mustafa Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Ya Rabbi Bil Mustafa

lirik lagu Untuk Tuhan Hijjaz

Hijjaz

lirik Untuk Tuhan :

Kerakusan pada duniawi
Terbuang suci budi
Keegoan melampau batasan
Hilang kemanusiaan

Luka parah isi dunia
Tangan-tangan penuh dosa
Hukum Tuhan
Sedar segera

Obor Islam yang marak membara
Serata ruang dunia
Sunnah nabi kian dituruti
Dihidupkan kembali

Janji Tuhan pasti berlaku
Kebatilan kan berlalu
Indah Islam kan jadi nyata

( korus )
Marilah kita berganding tangan
Bersatu tenaga tegakkan syiar Islam
Hidup bahagia diredhai Tuhan
Akhirat kan kekal di syurga

Teguhkan iman di dalam diri
Tetapkan amalan pada Ilahi
Segala cabaran tabahkan hati
Janji Tuhan iman taqwa
Kita dibela

Tiap saat masa yang berlalu
Bertambah usiamu
Tetap pergi tak kembali lagi
Rebutlah saat ini

Di dunia yang sementara
Pergunakan sebaiknya
Untuk Tuhan
Pencipta kita


lirik lagu Untuk Tuhan Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Untuk Tuhan

lirik lagu Untukmu Rasulullah Hijjaz

Hijjaz

lirik Untukmu Rasulullah :

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya Habiballah ( 2X )

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habiballah ( 2X )

lirik lagu Untukmu Rasulullah Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Untukmu Rasulullah

lirik lagu Tanpa Agama Hijjaz

Hijjaz

lirik Tanpa Agama :

Tanpa agama manusia binasa
Tanpa ilmu manusia buta
Tanpa iman manusia sengsara
Tanpa ukhuwah manusia terseksa

Ada agama datangnya pelita
Ada ilmu datangnya harta
Ada harta datangnya derma
Ada ukhuwah datangnya saudara

Agama Tuhan dapat membina
Pekerti tinggi budi mulia
Seluruh dunia negara dan bangsa
Aman sentosa damai bahagia

Agama Islam agama yang suci
Mari bersama kita hayati
Untuk mendapat keredhaan Ilahi
Mudah-mudahan kita diberkati

Tiada Tuhan kecuali Allah
Tuhan Yang Esa Lagi Pemurah
Nabi Muhammad utusan Allah
Hindarkan dari jalan yang salah


lirik lagu Tanpa Agama Hijjaz

lirik lagu Hijjaz Tanpa Agama

lirik lagu Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah) Hijjaz

Hijjaz

lirik Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah) :

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

( korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah


lirik lagu Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah) Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah)

lirik lagu Senandung Pujian Hijjaz

Hijjaz

lirik Senandung Pujian :

Subhanallah...
Subhanallah...
Subhanallah...
Maha suci Allah

Hebat sungguh ciptaan Allah
Sifat kudrat Nya amat terserlah
Hanya pada Nya kita berserah
Pada Nya jua mohon maghrifah

Bersyukur selalu pada Ilahi
Agar selalu diberkati
Balasan syukur ditambah lagi
Orang bersyukur tak akan rugi

Yakinlah kita kepada Allah
Kerana janji Nya tidak berubah
Cabaran hidup jangan mengalah
Bila diuji harus tabah

Untuk agama kita berbakti
Sesama insan terus berbudi
Berkasih sayang jangan berdengki
Jagalah maruah dan peribadi

Ajaran islam mari hayati
Ingat selalu pesanan ini


lirik lagu Senandung Pujian Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Senandung Pujian

lirik lagu Selamat Pengantin Baru Hijjaz

Hijjaz

lirik Selamat Pengantin Baru :

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga


lirik lagu Selamat Pengantin Baru Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Selamat Pengantin Baru

lirik lagu Sebelum Terlena Hijjaz

Hijjaz

lirik Sebelum Terlena :

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu


lirik lagu Sebelum Terlena Hijjaz

lirik lagu Hijjaz Sebelum Terlena

lirik lagu Rumahku Syurgaku Hijjaz

Hijjaz

lirik Rumahku Syurgaku :

Suami perlukan belaian dari isteri yang penyayang
Yang dapat melayani dan menghiburkannya
Serta pandai mengurus rumah tangga
Itulah harapan suami

Isteri juga sangat mengharapkan suami yang penyayang
Bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik
Anak-anak akan bahagia dan tenang
Apabila ibubapanya berkasih sayang
Bertanggungjawab mengasuh dan mendidik

Ibubapa bahagia kalau anak-anaknya
Menyayangi mentaati dan memuliakan mereka
Rasa kasih murni antara suami isteri boleh rosak
Jika masing-masing tidak berakhlak

Cinta murni antara anak-anak dengan ibubapanya
Diikat kuat oleh cinta tabii
Yang semulajadi akan punah
Jika tidak disuburkan

Cinta suci akan subur
Apabila ada iman dan akhlak yang mulia
Iman dan akhlak mulialah menjadi penyebab
Membentuk keluarga yang bahagia
Dan berkasih sayang...
Sehingga lahirlah
Masyarakat
Penyayang dan negara makmur

Hasil daripada keistimewaan
Kasih sayang dalam rumah tangga


lirik lagu Rumahku Syurgaku Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Rumahku Syurgaku

lirik lagu Rintihan Hijjaz

Hijjaz

lirik Rintihan :

Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...

( korus )
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya


lirik lagu Rintihan Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Rintihan

lirik lagu Rindu Hijjaz

Hijjaz

lirik Rindu :

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


lirik lagu Rindu Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Rindu

lirik lagu Rasul Junjungan Hijjaz

Hijjaz

lirik Rasul Junjungan :

Mari berselawat ke atas nabi
Berselawat ke atas rasul (2X)

Sallallah hu ala muhammad
Sallallah hu alai hi wasallam (2X)
Engkau bagaikan matahari
Menerangi seluruh alam
Engkau bagaikan bulan purnama
Menerangi kegelapan malam

Ya... Rasulullah
Ya... Rasulullah ya habiballah (2X)
Sallamun alaik

Berselawatlah ke atas nabi
Moga hidup kita diberkati
Amalkan sunnah rasul junjungan
Moga kita mendapat syafaat (2X)

( korus )
Rasulullah pernah bersabda
Ku diutus menyatu ummat
Juga membawa akhlak mulia
Contoh tauladan sebaik ummat (2X)


lirik lagu Rasul Junjungan Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Rasul Junjungan

lirik lagu Rasulullah Hijjaz

Hijjaz

lirik Rasulullah :


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


lirik lagu Rasulullah Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Rasulullah

lirik lagu Puteri Ku Sayang Hijjaz

Hijjaz

lirik Puteri Ku Sayang :

*
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

( ulang *)

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman


lirik lagu Puteri Ku Sayang Hijjaz

lirik lagu Hijjaz Puteri Ku Sayang

lirik lagu Pesanan Abadi Hijjaz

Hijjaz

lirik Pesanan Abadi :

Hidupnya insan
Tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azali
Hilanglah nafas tak bergerak lagi
Tanah perkuburan kita bersemadi

Ya Tuhan... Ya Allah... Ya Rahman
Ampuni kami

Mayat terbujur telah dikafan
Dibawa pergi sanak saudara
Di kubur tempat akhir pesanan
Tinggal di dalam gelap gelita

Ya Tuhan... Ya Allah... Ya Rahman
Ampuni kami

Talkin dibaca ingatan diberi
Kepada semua yang hidup lagi
Jadikan tauladan kesedaran diri
Kubur yang sempit siksa sekali


lirik lagu Pesanan Abadi Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Pesanan Abadi

lirik lagu Permaisuri Hatiku Hijjaz

Hijjaz

lirik Permaisuri Hatiku :

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

( korus )
Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu


lirik lagu Permaisuri Hatiku Hijjaz

lirik lagu Hijjaz Permaisuri Hatiku

lirik lagu Pelita Hidup Hijjaz

Hijjaz

lirik Pelita Hidup :

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan


lirik lagu Pelita Hidup Hijjaz
lirik lagu Hijjaz Pelita Hidup

lirik lagu Mesra Desa Hijjaz

Hijjaz

lirik Mesra Desa :

Bila terkenangkan desa
Rindu selalu melanda
Pada ayah dan bonda sanak dan saudara
Kampung halaman nun jauh di mata

Kini tiba ketikanya
Saat kembali ke desa
Indah suasana mesra sambutannya
Rasa gelora di dalam dada

Terimalah buah tanganku
Sekadarnya yang aku mampu
Buatmu ayah dan juga ibu
Tanda ingatan kasihku

Meriahnya suasana desa
Semuanya ramah dan mesra
Dimanakah teman-teman lama
Bertahun tidak bersua

Ketika kenduri kendara
Sekampung bagai berpesta
Bertolong Bantu jiran tetangga
Beramai makan bersama

Berzanji di surau lama
Tak sedar hari dah senja
Begini caranya kemesraan desa
Moga kekal selamanya

Sedang asyik bercerita
Melintas si gadis desa
Manis senyumannya bertudung kepala
Anak saudara sendiri rupanya

Bergurau teruna dara
Pastikan ada batasnya
Adat kesopanan dan budaya bangsa
Agar agama terpelihara


lirik lagu Mesra Desa Hijjaz

lirik lagu Hijjaz Mesra Desa

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib