Peraduan Yebo! Juara Dunia hangatkan Piala Dunia 2010
KUALA LUMPUR - Peraduan Yebo! Juara Dunia anjuran Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia akan dilancarkan secara rasmi hari ini bertempat di Wangsa Walk Mall di sni, pada pukul 4 petang.
Peraduan meneka pasukan pilihan dalam Piala Dunia FIFA 2010 yang akan layak ke setiap peringkat dalam pertandingan tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Nik Anura Nik Abd Rahman berkata, majlis perasmian tersebut turut dihadiri pemain bola sepak kebangsaan, Yong Kuong Yong dan pemain bola sepak Selangor, Asrarudin Putra Omar.
Menurutnya, orang ramai yang hadir pada hari berkenaan akan dihiburkan oleh penyanyi terkenal tanah air seperti Aliya dan kumpulan Badboyz.
''Pihak penganjur turut menyediakan aktiviti yang menarik untuk pengunjung yang hadir pada hari tersebut seperti pertandingan menimbang bola, melakar bola paling kreatif dan sesi autograf bersama ikon bola sepak.
''Orang ramai digalakkan hadir pada hari tersebut kerana pelbagai hadiah menarik untuk ditawarkan kepada pengunjung yang bertuah,'' katanya di sini, semalam.
Mengulas mengenai peraduan tersebut, Nik Anura berkata, borang hanya dikeluarkan pada 15 dan 16 Mei ini menerusi akhbar rasmi peraduan iaitu Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
''Peraduan ini sangat mudah kerana peserta hanya diminta memilih pasukan pilihan yang akan layak bermula dari perlawanan pusingan kedua hingga ke akhir dalam pertandingan tersebut.
Beliau berkata, peraduan ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,00 dan pemenang tempat pertama akan menerima sebuah kereta Honda City.
''Pemilihan pemenang peraduan akan ditentukan menerusi keputusan sebenar perlawanan Piala Dunia dan peserta yang berjaya meneka dengan tepat atau mengumpul markah paling tinggi dikira sebagai pemenang,'' katanya.
Lagu best, Download Lagu, Lagu Baru 2026, OST Drama MELAYU, lagu terbaik, tonton drama melayu online, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu malaysia, lagu inggeris, lagu korea,
Showing posts with label Peraduan Piala Dunia. Show all posts
Showing posts with label Peraduan Piala Dunia. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
Arkib
-
▼
2026
(12)
-
▼
January
(12)
- Lirik Kumbang Bunga-Siti Nurhaliza ft Lesti Kejora
- Lirik Lagu Dansa -Ernie Zakri
- Lirik Lagu Rasa Dan takdir-Amira Othman ft Irfan H...
- Lirik Oi Pengantin- Sarkas
- Lirik 'F' - Floor 88
- Senarai Lagu Terbaru JANUARI 2026 + VIDEO
- Lirik Lagu Demi Kebenaran -Insomniacks lyrics + Video
- Lirik Lagu Tiga-Najwa Latif ft Akwa Arifin lyrics ...
- Lirik Lagu Kentoot -Ayda Jebat lyrics + Video
- Lirik Lagu Pilihanmu - Bunga ft Luqman Podolski ly...
- Lirik Cinta Ini -Naufal Azrin lyrics + VIDEO
- Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi-Batas Senja (OST Pap...
-
▼
January
(12)