Showing posts with label Phyne Ballerz. Show all posts
Showing posts with label Phyne Ballerz. Show all posts

lirik lagu Vida Phyne Ballerz

Phyne Ballerz

lirik Vida :

Setiap detik saat buat kuhiba ku melarat
Dan semakin berat terasa terjerat
Mungkin ku tidak sekuat kusangka

Setiap rintik hujan buat keadaanku tenat
Dan segala kudrat kuperah keringat
Daku dah penat melawan perasaan

Dan memang benar sebenar-benarnya
( daku terseksa )
Amat terasa sejak kau tiada

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku

Katakanlah apa saja yang dikau damba
Sedaya-upaya kutunaikannya
Asal kau pulang ke dakapanku

Daku bersungguh sesungguh-sungguhnya
( tangis berdoa )
Mahu cintamu dan masa indah lalu oh...

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku...
Kaulah nyawaku oh...

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu

Berikanlah daku peluang hanya sekali lagi
Senyumanmulah menjadi penawar hati
Melutut merayu... kau nyawaku

lirik lagu Vida Phyne Ballerz

lirik lagu Phyne Ballerz Vida

lirik lagu Monte Carlo Phyne Ballerz

Phyne Ballerz

lirik Monte Carlo :

Di dalam suara keramaian
Terserlah kau dan ku berdua
Berlatar panorama lautan dan bahtera
Ku bonekanya

Apa kau mahu kuturuti mu tanpa bersoal tanya
Kerana kaulah tuannya
Aku sebagai hamba
Itu hakikatnya

Hembusan bayu di Monte Carlo
Berharmoni mengiringi cello
Daku memberikan dikau kalor
Kau beli cinta... kuakur

Bawah purnama di Monte Carlo
Berdua berdansa rentak tango
Kita hidup ala mewah dan masyur
Kau belai jiwa... kuakur

Aku dapat merasa hadirin di fiesta
Menjeling sinis kita
Tapi apa kurasa tak penting tak bermaksa
Asal kau bahagia

Sejak dari dulu kutahu syarat dan hak dirimu
Dengan tertunai sewa
Kehidupan kuserah untuk kau mengarah

Kau beli jiwa... kuberi cinta
Sara hidupku... daku milikmu


lirik lagu Monte Carlo Phyne Ballerz
lirik lagu Phyne Ballerz Monte Carlo

lirik lagu Kawan Makan Kawan Phyne Ballerz

Phyne Ballerz

lirik Kawan Makan Kawan :

Sudah lama kumengenalinya
Dan daku menganggap dialah saudara
Walaupun apa saja yang aku mampu
Aku membantunya apa yang perlu
Sehingga daku tersisih
Berbalah dengan kekasih
Kau kata teman sejati
Lebih sukar dicari
Memang benar orng berkata
Harus awas dan waspada
Pada yang manis dibibir
Aku tersingkir

( korus )
Kawan yang ku benar harap-harapkan
Bukan jujur seperti yang kusangkakan
Kawan kini makan kawan
Ku dalam keadaan teraniaya
Kawan makan kawan

Kini hilang segala yang ku ada
Ku hilang harta, cinta, maruah, muka
Kau racunkan fikiranku dan nya
Kau ambil kesempatan merapatinya
Sehingga daku tersisih
Berbalah dengan kekasih
Kau kata teman sejati lebih sukar dicari
Memang benar orang berkata
Harus awas dan waspada
Pada yang manis di bibir
Aku tersingkir

( ulang korus )

Aku dah terkena dengan hasutannya
Dan rupa-rupanya ada agendanya
Kekasih ku pergi kerna batu api
Kawan ku sendiri membakar ku ini

Setelah ku berikan kepercayaan
Tak terlintas di fikiran kau buat bukan-bukan
Semua tipu helah tak akan terjadi lagi
Tanyalah diri apa yang sudah jadi
Kini kau tahu bagaimana kurasa
Menahan peritnya bisa
Semua ini tidak kuduga
Kawan makan kawan

lirik lagu Kawan Makan Kawan Phyne Ballerz

lirik lagu Phyne Ballerz Kawan Makan Kawan

lirik lagu Hasrat Phyne Ballerz

Phyne Ballerz

lirik Hasrat :

Kasihku ingin ku menyatakan hasrat ikhlas di hati ini
Mungkinkah luahan dapat di abadi
Bagaimana harus nak ku buktikan
Tak terdaya hendak ku lafazkan
Hanyalah satu keikhlasan diri

Kau permaisuri
Jangan kau bersedih lagi
Hanya satu ku pinta... secebis janjimu
Lelapkanlah mata
Kau selalu di hatiku
Terbayang dalam firasat
Termakbulnya hasrat

Ku bersyukur pada yang esa
Hilanglah kesepian lama
Betapa sukarnya untuk memahami dirimu
Walaupum hatiku membara
Tiada apa dapat di lakukan
Sekiranya perasaanmu berduka

Kau permaisuri
Jangan kau bersedih lagi
Hanya satu ku pinta...secebis janjimu
Lelapkanlah mata
Kau selalu di hatiku
Terbayang dalam firasat
Termakbulnya hasrat

Ingin ku belai hatimu
Dan ku pegang erat jemarimu
Apa yang nyatakan... hanyalah ku rindu

lirik lagu Hasrat Phyne Ballerz
lirik lagu Phyne Ballerz Hasrat

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib