Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis Ahmad Durrah - Slot Zehra

                                                            Sinopsis Ahmad Durrah - Slot Zehra
                                                            SUKA Drama Ahmad Durrah? SIMPAN DI TWITTER, FACEBOOK ATAU AKAUN ANDA YANG LAIN. HANYA PILIH DI BAWAH INI:
                                                             
                                                             
                                                            Bookmark and Share


                                                            Sinopsis : Ahmad Durrah

                                                            Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli, seorang ahli korporat yang jatuh muflis, melarikan diri dari kota menuju ke kampung untuk mencari ketenangan diri.
                                                            Bukan itu saja, penghijrahannya untuk mendalami ilmu agama turut menjadi perhatian penduduk di kampung itu. Di samping itu, terbit pula perasaan cinta Ahmad Durrah dengan tiga wanita yang meminatinya.

                                                            Di sebalik cinta, turut diselitkan kekentalan seorang ibu tunggal, Islah (Eja) yang tinggal dengan Mak Suri (Normah Damanhuri). Lebih menyedihkan, orang kampung menganggap Mak Suri perempuan gila. Namun ada satu pertalian misteri antara Ahmad Durrah dan Mak Suri.

                                                            Penonton akan mengetahui sendiri kesudahan cerita itu serta perebutan cinta antara Islah, Fatanah (Nabila Huda) dan Anisa (Nik Zaris Nelydia Senrose, seorang pelakon baru) dengan Ahmad Durrah.
                                                            Eja dengan watak tragik wanita yang lari daripada suami durjana kerana cuba melacurkannya. Dia terpaksa menjadi nelayan tanpa sebarang pengalaman demi kelangsungan hidup.


                                                            Tags: Sinopsis Ahmad Durrah, Sinopsis Drama Ahmad Durrah, Sinopsis Drama Slor Zehra Ahmad Durrah, Drama Lakonan Eja dan Rusdi Ramli, Drama Tv3

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib