Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Amar Letih Siapkan Perkahwinan Dengan Amyra Rosli?

                                                            Amar  Baharin & Amyra Rosli Kahwin 11 November 

                                                             Pejam celik pejam celik, akhirnya detik bahagia yang dinantikan oleh Amar Bahrin, 31 bakal menjelma tak lama lagi. Sama seperti mempelai lain, Amar mengharapkan perkahwinan yang bakal diikat pada tanggal 11 November ini kekal bertahan sehingga ke akhir hayat. Malah bagi Amar berkahwin dengan gadis usia lebih muda, Amyra 25,  turut mengaku sudah meninggalkan lama dunia sosial dengan rakan-rakan sejak beberapa tahun lepas dan melebihkan masa bersama-sama keluarga.

                                                             

                                                            Berikut Luahan Hati Amar Mengenai Hari Bahagia & Perubahan Dialami Menjelang Perkahwinan Yang Mendatang...

                                                            Memang benar perubahan saya bermula pada usia 30 tahun. Kalau dahulu kebanyakan masa dihabiskan dengan kawan-kawan tapi sekarang semuanya untuk keluarga.

                                                            "Saya anggap ini sisi kematangan yang berlaku setahun yang lalu.

                                                            “Jadi untuk membina perkahwinan dengan Amyra bukan hal yang membimbangkan. Saya sendiri sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab berkenaan bila tiba waktunya,” kata Amar yakin.

                                                            Amar Rasa Letih Siapkan Perkahwinan ?

                                                            “Sebenarnya sejak beberapa minggu yang lalu saya sudah sibuk mempersiapkan beberapa hal majlis perkahwinan kami nanti bersama ibu Amyra. Memang letih sebenarnya mahu menguruskan majlis yang besar tetapi saya puas hati. 

                                                            Berapa Ringgit Sudah Dihabiskan Untuk Perkahwinan?

                                                            “Dari makanan sampailah kepada persiapan pelamin semuanya sudah dibincangkan. Awal-awal lagi kami sudah sepakat untuk tidak membazir dan terlalu mengejar glamor. Cukuplah saya dan Amyra selamat bernikah dan meraikan tetamu yang hadir.

                                                            Bagi saya kehidupan selepas bernikah lebih penting. Kalau berhabis wang ringgit untuk majlis bersanding, bagaimana pula masa hadapan?” tegas Amar yang bakal berangkat ke Cardiff, United Kingdom awal September nanti.

                                                            sumber: utusan online

                                                            --BANYAK LAGI BERITA HIBURAN DAN GOSIP SENSASI (KLIK SINI) --

                                                            tags: Lirik Lagu Inggeris, Lagu Baru Inggeris, Album Baru 2016, Video Baru, mp3 Baru, Lirik Lagu Inggeris, Video Inggeris, Lirik Kpop, Lagu Baru Korea, Korean lyrics, Lagu Melayu, Lagu baru Melayu, lyrics, mp3 , youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, mp3, Lagu melayu, Carta Lagu terkini

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib