Lirik Oi Pengantin- Sarkas

Lirik Oi Pengantin- Sarkas
Oii pengantin baru
Semua nampaknya indah indah
Senyum tersipu malu
Sebulan kenal dah angkat nikah 

Duduk simpuh pengantin
Cantik di atas pelamin
Berbaju songket sampin
Senyum senyumlah kambing
Hantaran mas kawin semua settle seratus persen
Salam keruk kalua boleh jangan bagi yang sen sen

Lepas kahwin seminggu
Habis dah bulan madu
Baru nak kepit kuku dah kena lipat baju
Dulu asyik I love you pergi toilet pun I miss you
Sekarang bangun tido terkejut sebelah ada hantu

kalau malam bunyi bising tu dengkur bukan angin
lagi lama lagi kuat dah macam bunyi enjin
inilah ragam berumah tangga 
kadang manis kadang rasa menyampah
inilah asam garam hidup berdua
itulah cinta adat kisah rumahtangga
yang penting Bahagia

kasih bersimpul di hari ini
raja sehari senyum terperi
hari bahgia dinanti nanti
moga kekal hingga ke syurgawi

cinta bersemi bukan sehari
ditabur sabar disiram janji
berpegang tangan setulus hati
Bersama hadapi tiap ujian diri

(rap)
Se se sebelum kahwin muka macam ratu
Lepas kahwin jadi rupa hantu
Sebelum kahwin I bayar sema itu
Selepas kahwin pakai duit you dulu
Sebelum kahwin kepit tak tak takde ruang
Lepas berkahwin to to tolong bagi ruang
Tolonglah sayang ini je pepeluang
Nak jumpa kawan janji tak tak tak
Balik malam
(pre chorus)
kalau malam bunyi bising tu dengkur bukan angin
lagi lama lagi kuat dah macam bunyi enjin
inilah ragam berumah tangga 
kadang manis kadang rasa menyampah
inilah asam garam hidup berdua
itulah cinta adat kisah rumahtangga
yang penting Bahagia

kasih bersimpul di hari ini
raja sehari senyum terperi
hari bahgia dinanti nanti
moga kekal hingga ke syurgawi

cinta bersemi bukan sehari
ditabur sabar disiram janji
berpegang tangan setulus hati
Bersama hadapi tiap ujian diri

Doa menari di pelamin suci
Disulam harap ditenun sakti
Moga cinta mekar abadi
Sampai ke akhir hayat nanti
Moga cinta mekar abadi
Sampai ke akhir hayat nanti

cinta bersemi bukan sehari
ditabur sabar disiram janji
berpegang tangan setulus hati
Bersama hadapi tiap ujian diri

Bersama hadapi tiap ujian diri

Semoga kekal
Semoga kekal
Semoga kekal 
Hingga ke syurgawi.


 tags:Lirik Oi Pengantin- Sarkas, Lagu Terbaru 2026, lagu baru 2026, Download Lagu,Lirik Semua Lagu, Lagu Patriotik, Lagu Negeri, Lagu Negeri Selangor, Lagu Negeri Melaka, Lagu JDT, Lagu Harimau Malaya, Lagu Lagu Terbaru, Lirik Lagu Terbaru, Carta Lagu Terbaru, Lagu Inggeris, Lagu Singapura, Lagu Korea, Lagu baru melayu, Lagu Popular, Download mp3, Lagu mp3 free, Lagu OST,

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib