lirik lagu Kau Dian Hatiku Jamal Abdillah

lirik lagu Kau Dian Hatiku Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Kau Dian Hatiku :

Pengorbananmu
Seperti dian di hati
Suatu waktu
Suram hidupku
Kau menerangi

Andainya dosa meninggalkan tanda-tanda
Pasti wajah ku jelek di mata
Tercemar oleh noda
Terhina oleh dusta
Yang tak bernoktah

Setiap kali ku kelemasan
Hidup tiada pedoman
Kau sentiasa sabar menanti
Tabah memimpin ku kembali
Bagi diriku
Engkaulah dian
Menghiasi kegelapan
Dengan cahaya harapan

Airmatamu
Andainya titisan hujan
Karam hatiku
Oleh sesalan
Tak pernah memerhati
Tak pernah ku hargai
Kau yang berbudi

Kerana aku sering terlupa
Kau hanya insan biasa
Kesabaranmu akhirnya punah
Dianku tak lagi menyala
Aku kembali melayang-layang
Bagai daun kekeringan
Tak tahu arah tujuan
Secebis harapan di sudut hati
Semoga dianku bercahaya kembali


lirik lagu Jamal Abdillah Kau Dian Hatiku

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib